Sunday 26 January 2014

Garis Panduan SKM

SKM dari masa kesemasa telah mengeluarkan garis panduan untuk menjadi panduan dan peraturan kepada Gerakan Koperasi, Garis Panduan yang dikeluarkan adalah selari dengan maksud Akta Koperasi. Garis Panduan ini menjelaskan bagaimana seksyen dalam Akta tersebut boleh dikuatkuasakan. Ianya akan menjadi panduan kepada gerakan koperasi dan juga pegawai penyelia dari SKM. Dalam Akta Koperasi, seksyen 86B menjelaskan kuasa SKM untuk mengeluarkan Garis Panduan :

86B. Kuasa untuk mengeluarkan arahan, garis panduan, dll.

(1) Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis 
berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini termasuk perkara yang dinyatakan dalam Jadual  yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kuat kuasa sepenuhnya kepada atau untuk menjalankan  mana-mana peruntukan Akta ini.

Isunya ada koperasi yang berpendapat Garis Panduan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan kerana ianya tidak diwartakan atau tidak dimasukkan dalam senarai kesalahan am dalam seksyen 91 Akta Koperasi.  Pada pandangan saya kuasa SKM itu telah jelas mengikut seksyen 86B  tersebut. Bahkan ianya telah banyak membantu koperasi yang pengurusannya  jujur dan amanah, dan mendapat kepujian  dari koperasi-koperasi tersebut. Mungkin , ada setengahnya garis panduan tersebut agaknya mengekang koperasi untuk berdaya maju, dan ini boleh dikaji semula. Saya cadangkan koperasi-koperasi ini memaklumkan semula kepada SKM garis panduan yang mana telah mengekang kemajuan koperasi mereka supaya dipinda, Beri cadangan bagaimana untuk meminda supaya menjadi garis panduan yang baik.