Wednesday 25 March 2015

Kenapa Gerakan Koperasi Masih Lemah

Melihat kepada perkembangan Gerakan Koperasi kita, saya berpandangan gerakan kita masih lemah kerana pertumbuhan kita tidak menyeluruh kepada semua sektor terutama dalam sektor pertanian dan industri yang kurang penglibatan koperasi dalam aktiviti ini. Kita masih bermain aktiviti berskala kecil. Kita masih belum mempunyai supermarket koperasi yang besar dan efektif seperti supermarket fairprice di Singapura. Kita belum dapat menanam konsep jika murah dan bermutu mesti beli di kedai koperasi. Kita belum mempunyai majoriti  anggota yang bangga dengan koperasi meraka. Kita masih belum mempunyai anggota koperasi yang taat setia dengan kedai koperasi mereka seperti yang berlaku di Jepun misalnya. KENAPA?
Faktor utama , pada pandangan saya ialah kurangnya kefahaman atau jati diri anggota dalam memahami konsep koperasi yang sebenar. Tiada penghayatan yang mendalam mengenai konsep dan falsafah koperasi. Senang tergugat dengan niat penting diri. sudah sampai masanya setiap koperasi wajib sediakan peruntukan kursus ilmu dan aktiviti yang boleh menanam semangat jatidiri berkoperasi ini. Masukkan dalam belanjawan koperasi. Jika konsep dan falsafah berkoperasi ini terpahat kuat dalam hati setiap anggota koperasi, mereka sebagai anggota sudah pasti peka dengan kemajuan koperasi mereka. Kerana majunya koperasi mereka bermakna majulah anggota tersebut. Faktor -faktor lain antaranya ialah:-

  • orang ramai menyertai koperasi hanya dengan niat untuk mendapat perkhidmatan koperasi itu sahaja, misalnya hendak dapatkan pinjaman yang cepat tanpa kisah dengan caj yang dikenakan
  • tidak tahu bila mesyurat agung koperasi, tidak tahu hak mereka, 
  • tidak tahu pun dimana pejabat koperasi dan ada yang tidak tahu mereka itu anggota koperasi
  • kurang majlis ilmu untuk mereka memahami konsep koperasi ini. Koperasi sebenarnya juga adalah satu bentuk dakwah ke jalan yang baik.
  • pentingkan bilangan koperasi dari kualiti koperasi - rangka penyeliaan koperasi perlu di kemaskini
  • susah mencari  mereka yang bermutu untuk dianggap tokoh koperasi, yang boleh dikenali sepertima kenalnya kita kepada Prof Di Raja Ungku Aziz