
Banyak aktiviti koperasi pengguna yang boleh dijalankan, setelah mendapat persetujuan mesyuarat agung koperasi, ni
antaranya menjalankan aktiviti insuran, pembekalan barangan
input pertanian, barangan keperluan harian , barangan rumah dan sebagainya.
Perbezaan antara kedai milik sendiri dengan
kedai koperasi adalah kedai koperasi wajib
menyediakan perkhidmatan berkualiti dangan harga yang sesuai dan munasabah
kerana kedai tersebut adalah milik anggota sendiri. Kedai koperasi tidak sepatutnya menaikan
harga yang tinggi kerana itu akan menyusahkan anggota sendiri. Manakala kedai
bukan koperasi akan ada motif keuntungan yang berlebihan dan wujud kes untuk
menaikan harga barangan keterlaluan. Keuntungan atau lebihan yang ada di kedai
koperasi akan dipulangkan semula kepada anggota koperasi dalam bentuk rebat
langganan dan dividen atas saham mereka dalam koperasi. Ini semua akan memberi
tambahan pendapatan kepada anggota koperasi. Selebihnya koperasi akan simpan
untk membesarkan lagi perniagaan koperasi demi untuk membantu anggota koperasi.
Apabila perniagaan kedai koperasi maju dan
membesar, ini akan menyediakan peluang pekerjaan kepada anggota koperasi.
Anggota koperasi boleh juga membekalkan produk kepada kedai koperasi mereka.

Oleh itu kita sebagai anggota koperasi pengguna kena bantu koperasi kedai runcit kita dengan berlanggan dan memberi modal supaya sentiasa relevan dalam membantu meringankan kos sara hidup kita sendiri.