Koperasi Sekolah

TUJUAN KOPERASI SEKOLAH DAN PERKEMBANGAN KOPERASI SEKOLAH 

Kerajaan telah memperkenalkan Koperasi Sekolah. Ada beberapa tujuan koperasi sekolah ditubuhkan dan tertakluk pada Akta Koperasi  dan kaedah-kaedahnya. Tujuan utama penubuhan koperasi sekolah ini adalah  untuk memberi dedahan dan pengalaman mengenai pengurusan dan aktiviti koperasi dikalangan para pelajar. Pendedahan ini nanti akan  akan menjadikan mereka  bakal koperator dewasa yang berkebolehan dalam aktiviti berkoperasi. Lebih-lebih lagi apabila tamat persekolahan , para pelajar ini ada idea untuk meneruskan kehidupan melalui koperasi.

 

Di Koperasi Sekolah , para pelajar di beri latihan amali mengenai perjalanan sebuah perniagaan terutama melibatkan pengurusan. Mereka juga dididik dengan semangat kerjasama yang menjadi kunci kepada kejayaan koperasi.
 Antara tujuan-tujuan seperti tercatit di undang-undang kecil koperasi sekolah  ialah:-

 

Mengadakan kemudahan untuk membolehkan anggota-anggota menyimpan sebahagian daripada wang mereka bagi maksud yang yang baik,

 

Mengadakan kemudahan untuk menjual kepada anggota-anggota barang-barang keperluan mereka itu seperti barang-barang persekolahan, makanan, pakaian dan sebagainya dengan kebenaran Pengetua/Guru Besar

 

Membuat atau mengadakan sebarang alat kelengkapan persekolahan dan menternak atau memelihara sebarang jenis binatang yang mustahak untuk kegunaan pelajaran anggota-anggotanya.

 

Memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak penguasa sekolah dalam sebarang usaha dan rancangan yang dianjurkan olehnya bagi faedah dan kebajikan anggota-anggotanya.

 

Menjalankan sebarang aktiviti-aktiviti yang munasabah dan berfaedah selain daripada aktiviti-aktiviti di atas dengan kebenaran Ketua Pendaftar terlebih dahulu.

 

Namun begitu, tujuan utama koperasi ini adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai pengurusan , penubuhan dan konsep koperasi kepada para pelajar supaya apabila meraka tamat persekolahan nanti boleh menubuhkan koperasi untuk membantu sesama mereka. 

  

Kejayaan model Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia telah dijadikan contoh oleh banyak negara lain yang ingin menerapkan semangat berkoperasi kepada generasi muda bermula sejak di peringkat sekolah. Sekarang ni, hampir 90% sekolah menengah telah menubuhkan koperasi sekolah. Kewujudan koperasi sekolah bukannya untuk mencari keuntungan yang tinggi melalui perniagaan yang dijalankan.


 Kegiatan yang dijalankan oleh koperasi lebih kepada memupuk minat seseorang pelajar menceburi bidang perniagaan. Ianya bertujuan untuk membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan apabila keluar sekolah nanti.


Kejayaan tersebut bukannya datang bergolek tetapi perlu diusahakan. Salah satu caranya ialah menggalakan mereka berniaga dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah berusaha keras membangunkan gerakan koperasi sekolah ini.

Hari Koperasi Sekolah misalnya  bertujuan untuk menilai prestasi koperasi masing-masing melalui perbandingan dengan koperasi-koperasi lain yang berjaya. Melalui Hari Koperasi Sekolah ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mengenali gerakan koperasi di peringkat sekolah dengan lebih dekat, malahan dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan akan membuka mata dan minda mereka tentang sumbangan gerakan ini di Malaysia sebagai wahana penggerak ekonomi kepada negara.



Cadangan Penubuhan Gabungan Koperasi Sekolah


 

Penubuhan gabungan koperasi sekolah adalah salah satu usaha Kerajaan untuk memperkukuhkan gerakan koperasi sekolah supaya lebih mampan dan berdaya saing. Gabungan koperasi sekolah adalah merupakan koperasi peringkat menengah di mana anggota-anggotanya terdiri daripada koperasi-koperasi sekolah di peringkat asas. Anggota-anggotanya adalah tediri daripada koperasi-koperasi sekolah yang ada di Daerah dan Wilayah setempat.


Gabungan koperasi sekolah boleh dijalankan secara integrasi menegak iaitu di mana beberapa buah koperasi sekolah yang menjalankan aktiviti perniagaan yang sama jenis atau fungsi yang sama, bergabung dan bekerjasama dalam satu entity bagi membantu menyelesaikan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh koperasi sekolah.Matlamat penubuhan gabungan ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi para anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.  Ia bertingak sebagai payung yang melindungi anggota-anggotanya

 

Isu Koperasi Sekolah

 

Koperasi-koperasi sekolah juga seringkali mengakui menghadapi masalah dari aspek pengurusan yang berkesan. Saya pernah buat kajian di Gerakan Koperasi Sekolah Wilayah Persekutuan beberapa tahun dulu, antara penemuannya:-

  • 50% daripada koperasi bermasalah dari segi penyediaan akaun dan penyimpanan rekod-rekod yang berkaitan.

  •  30% pula dibelenggui masalah pentadbiran dan pengurusan

  • dan 20% daripada koperasi tersebut memerlukan kawalan dalaman yang lebih fokus kerana tidak aktif

  • masalah utama aspek pengurusan adalah bebanan tugas guru-guru koperasi yang dihadapi hampir semua koperasi-koperasi sekolah.

  • Kekurangan pengalaman dan latihan dalam pengurusan koperasi sering berlaku apabila guru-guru koperasi terutamanya yang memegang jawatan bendahari, dan setiausaha bertukar sekolah  atau berpindah



 Nota Koperasi Sekolah


Berikut adalah beberapa perkara yang sebagai panduan,  , rujuk undang-undang kecil  semasa mengadakan mesyuarat agung, persiapan yang dijalankan:

  1. Pastikan kehadiran anggota , tanda tangan kehadiran
  2. Setelah cukup kourum, setiausaha akan maklumkan bahawa mesyuarat agung boleh dijalankan. Panggil anggota masuk dewan.
  3. Ikut agenda, lantik pengerusi mesyuarat. Rujuk perjalanan mesyuarat dalam undang-undang kecil koperasi. Paling mustahak pengesahan minit yang lepas.
  4. Pastikan akauan kewangan      koperasi dibentang, dibahaskan dan diluluskan. Elok didik para pelajar bertanya mengenai akaun dan kewangan koperasi.
  5. Pastikan perbelanjaan dan pembahagian keuntungan diluuskan dalam mesyuarat agung koperasi, terutama elaun lembaga dan dividen
  6. Anggota hendaklah mengambil bahagian dalam perbahasan di mesyuarat agung
  7. Perlantikan audit luar
  8. Pelaburan Koperasi
  9. Membincangkan Aktiviti Kopeasi




Nota Tambahan
The Rochdale Pioneers (1844)
This is an inspiring story of how a group of locals realised the power they had in
working together, making it possible for a set of simple ideas to transform into a
powerful global force.
The Rochdale Society of Equitable Pioneers was a group of 10 weavers and 20 others in
Rochdale, England, that was formed in 1844. The mechanization of the Industrial Revolution
was forcing more and more skilled workers into poverty. These tradesmen werefed up with
dishonest and corrupt shopkeepers selling poor quality products at high prices, and decided
to band together to open their own store selling food items they could not otherwise afford.
With lessons from prior failed attempts at co-operation in mind, they designed the now
famous Rochdale Principles, and over a period of four months they struggled to pool one
pound sterling per person for a total of 28 pounds of capital. On December 21, 1844, they
opened their store with a very meager selection of butter, sugar, flour, oatmeal and a few
candles. Within three months, they expanded their selection to include tea and tobacco, and
they were soon known for providing high quality, unadulterated goods. In 1850 the
membership increased by 8 times.

The main objectives of Roch Dale co-operative were:
1. To take up production and distribution of commodities required by members.
2. To make available houses to member for improving their conditions of life.
3. To manufacture articles in order to provide employment opportunities.
4. To meet the clothing requirements of the members.
5. To arrange for the education of members and so on.
The Roch Dale systems is considered to be an important model of co-operation because of its
contribution to co-operative thought in the form of principles which have practical relevance
even today.

9 comments:

  1. bagus...tp saye nk karangan ulasan dan tajuknye ialah ttg koperasi sekolah.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koperasi sekolah bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai konsep koperasi kepada para pelajar kerana para pelajar ini bakal menjadi anggota koperasi dewasa. Falsafah koperasi ini kalau dihayati akan menjadi pendorong kepada para pelajar untuk berdikari apabila lepas persekolahan, dengan bersatu untuk memajukan diri dan masyarakat.

      Delete
  2. bagus tapi saya nak karangan mengenai peranan koperasi sekolah dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan....

    ReplyDelete
  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com

    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete
  4. Bagus tetapi jangan sampai ada pertindihan dengan pihak kantin atau kedai buku.Pihak sekolah telah memberi hak eksklusif kepada kantin untuk menjual makanan dan minuman sepertimana yang termaktub dalam perjanjian sewa kantin.

    Koperasi tidak dibenarkan menjual makanan atau minuman pada waktu persekolahan.Hanya dibenarkan menjual makanan dan minuman diluar waktu persekolahan sahaja.Siaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia telah dikeluarkan pada 12/6/2013.

    Amat malang sekiranya pelajar diajar menjalankan perniagaan yang bertentangan dengan undang2.

    ReplyDelete
  5. Hello,ada x sesiapa yg tahu pengurus koperasi sekolah untuk berurusan. Saya perlu buat tugasan dan perlu berurusan dengan koperasi sekolah untuk mendapatkan maklumat mengenai koperasi sekolah

    ReplyDelete
  6. 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙣𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙣𝙤𝙩𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗 𝙠𝙪𝙞𝙯 𝙠𝙤𝙤𝙥𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙨𝙚𝙠𝙤𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙞𝙖 𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙚4𝙝𝙖𝙨𝙞𝙡 😇👍👍

    ReplyDelete
  7. masalahnya, ada koperasi sekolah yang lebih menumpukan kepada jualan makanan sehingga bersaing dengan kantin sekolah sehingga kadang kala menimbulkan perbalahan.

    ReplyDelete