Friday 17 July 2020

Anggota Koperasi Penentu Kejayaan Koperasi

Malam ni, sempat beramah mesra dengan Jawatan Kuasa Koperasi negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh Dato Hashim Mamat, orang lama dalam gerakan koperasi Terengganu. Dalam ucapan saya, saya menegaskan kejayaan sesebuah koperasi adalah bergantung kepada sumbangan dan komitmen anggotanya. Ini adalah faktor utama. Kekuatan anggota ini kerana:-

  • anggota yang akan menyumbang modal kepada koperasi mereka. Apabila merreka yakin koperasi boleh memberi faedah kepada mereka, anggota akan meningkatkan sumbangan saham mereka dalam koperasi. Ini merupakan punca kewangan mudah koperasi
  • anggota yang akan melanggan dengan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi mereka, anggota adalah pelanggan tetap
  • anggota mesti mempunyai sifat ingin tau perkembangan koperasi mereka, kehadiran mereka dalam mesyuarat agung koperasi dan memberi idea utk membangunkan koperasi.
  • anggota juga bersedia menawarkan diri untuk bekerja dengan koperasi, baik secara tetap atau sukarela
  • anggota akan mempunyai networking sesama mereka, ini akan menyebarkan maklumat koperasi untuk faedah bersama

Apabila adanya kekuatan anggota ini, kefahaman mereka yang meningkat, faktor sumbangan modal dan idea untuk membantu koperasi akan datang selepas itu. Oleh itu, koperasi hendaklah mengadakan program untuk menambah `keanggotaan, program untuk menambah pengetahuan anggota mengenai koperasi mereka dan seterusnya program networking dengan anggota mereka. Belanja dalam teknologi maklumat dan media supaya tersbarnya pengetahuan kepada anggota koperasi.