Sunday 12 March 2023

Gerakan Koperasi Boleh Membantu Membangunkan Masyarakat Madani

 

Berdasarkan harapan Perdana Menteri yang memperkenalkan  konsep MADANI dalam membangunkan negara ini. Konsep ini telah dirangka sebagai ikhtiar kerajaan  untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan. Negara – dan peradaban – yang kita citakan, dan akan bangunkan menerusi konsep M.A.D.A.N.I. - iaitu Mampan, sejahterA, berDaya cipta, saling menghormAti, punyai keyakiNan dan bersifat Ihsan. Umumnya , pada pandangan saya konsep Masyarakat  MADANI ini selari dengan konsep dan tujuan kita berkoperasi.

Dalam konsep koperasi, amalan nilai-nilai murni dalam penjalanan koperasi iaitu amanah, integreti, tanggungjawab bersama, tiada penindasan dan pembahagian yang adil melalui aktiviti yang dijalankan. Tujuan berkoperasi adalah untuk membantu sesama kita dan kebahagian bersama melalui pengurusan dan aktiviti yang koperasi jalankan. Koperasi akan pasif jika tiada kerjasama antara anggotanya. Setiap anggota mesti faham kenapa mereka menyertai koperasi.

Sejarah telah membuktikan bagaimana sesebuah koperasi itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anggota koperasi, menambahkan pendapatan mereka dan meningkatkan kerjasama serta perpaduan dalam masyarakat tersebut. Kita ambil contoh koperasi di Felda, bagaimana para peneroka bersatu dibawah koperasi, berlanggan dengan koperasi mereka dan koperasi menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan yang sewajarnya. Simpanan mereka meningkat melalui aktiviti koperasi.Koperasi juga telah menyediakan keperluan harian di kedai koperasi atau di stesyen minyak milik koperasi..


Isunya ialah bagaimana konsep koperasi ini mesti difahami dengan baik oleh masyarakt kita. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) perlu mengerakkan dan meningkatkan program-program pengembangan yang berterusan, dengan penglibatan bersama Institut Koperasi Malaysia (IKMA) dan Angkasa. Perlu ada dikalangan kita , para koperator  yang selalu bercakap mengenai perkara ini.