Saturday 29 April 2023

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi

 Mengikut subseksyen 39(1), Akta Koperasi, Mesyuarat Agung hendaklah diadakan dalam tempoh 6 bulan setelah berakhirnya tahun kewangan (akaun koperasi di tutup dan diaudit.) Jika akaun berakhir bulan Disember, maknanya mesyuarat agung perlu diadakan selewat-lewatnya bulan 6. Ini keperluan Akta Koperasi, jika gagal dilaksanakan koperasi boleh didenda, boleh disabitkan kesalahan dan membawa imej yang tidak baik kepada anggota-anggota koperasi.



Tujuan kita mengadakan mesyuarat agung tahunan ni adalah untuk menilai kembali kemajuan koperasi kita dan mencari jalan untuk memprbaiki jika ada kelemahan. Kelulusan mesyuarat agung diperlukan untuk meluluskan aturan baru dan polisi baru, yang akan menjadi panduan kepada lembaga pengarah koperasi untuk menguruskan koperasi untuk tahun yang mendatang.


Isunya kenapa koperasi-kopeasi lewat atau gagal untuk mengadakan mesyuarat agung tersebut, melalui pengalaman saya, antara sebabnya ialah:-

  • tiada persiapan awal, termasuk akaun tidak diuruskan dengan baik, tidak kemaskini
  • koperasi tidak aktif, lembaga kurang berjumpa, anggota tidak dapat dikesan
  • lembaga tidak sehaluan, tiada sepakat menyebabkan tiada keputusan untuk mengadakan mesyuarat agung
  • ingin menutup kelemahan atau kesilapan, lembaga koperasi tangguh mesyuarat agung supaya anggota-anggota koperasi tidak tahu apa yang berlaku
  • tidak faham perundangan koperasi
Saya mencadangkan setiap lembaga koperasi mesti mempunyai jadual kerja, perancangan kerja tahunan, untuk lembaga bertindak mengikut perancangan  yang disusun. Dapatkan khidmat nasihat dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Setiap anggota koperasi harus berperanan mengikut  perkembangan koperasi mereka dan ambil tahu jika mesyuarat agung tidak dilaksanakan.
SKM boleh buat iklan atau papan tanda atau melalui media, bertanya "Sudahkah Koperasi Anda Mengadakan Mesyuarat Agung" , ni sebagai kempen kesedaran, disamping menerangkan keperluan koperasi mengadakan mesyuarat agungnya.


Sunday 9 April 2023

Salam Dari Pejabat Koperasi Serbausaha Makmur Bhd (KOSMA)

 Mula dilantik sebagai Pentadbir Kosma pada 26 Mac tahun ini. Tujuan SKM melantik pentadbir apabila lembaga koperasi yang sedia ada dibubarkan . Byk sebab lembaga koperasi dibubarkan, Mengikut Seksyen 69 Akta Koperasi, antaranya lembaga koperasi telah memudaratkan koperasi, keadaan kewangan yang bahaya, tiada muafakat antara lembaga atau telah melanggar , engkar mematuhi Akta Koperasi

Mengikut taksiran orang yang dilantik sebagai pentadbir, akan  bertindak bagi pihak Suruhanjaya untuk memulihkan keadaan koperasi dan serah semula kepada lembaga baru yang dilantik melalui mesyuarat agung yang akan diuruskan oleh Pentadbir.



Sesebuah koperasi hendaklah mengelak dari tindakan pembubaran lembaga sehingga dilantik seorang pentadbir. Untuk itu, semua pihak dalam koperasi iaitu barisan lembaga koperasi, pengurusan dan  semua anggota koperasi mesti memainkan peranan yang sewajarnya. Jangan ada salah tadbir urus yang dijalankan. Kemaskini peraturan melalui kelulusan mesyuarat agung, sebagai panduan dan kelulusan untuk lembaga koperasi bertimdak.


Sebagai pentadbir, tentunya memerlukan kemahiran dan pengetahuan mengenai perjalanan sesebuah koperasi. Bagaimana nak mengawal anggota yang ramai, terutama jika koperasi itu sedang menghadapi isu yang besar. Pergeseran antara anggota yang berterusan. Keadaan aktiviti yang tidak diurus dengan baik, ada kebocuran sana sini. Matlamat koperasi tidak tercapai. Semuanya ini perlu kebijaksanaan pentadbir untuk meguruskannya sebelum diserahkan semula kepada lembaga koperasi yang baru.