Mengikut subseksyen 39(1), Akta Koperasi, Mesyuarat Agung hendaklah diadakan dalam tempoh 6 bulan setelah berakhirnya tahun kewangan (akaun koperasi di tutup dan diaudit.) Jika akaun berakhir bulan Disember, maknanya mesyuarat agung perlu diadakan selewat-lewatnya bulan 6. Ini keperluan Akta Koperasi, jika gagal dilaksanakan koperasi boleh didenda, boleh disabitkan kesalahan dan membawa imej yang tidak baik kepada anggota-anggota koperasi.
Tujuan kita mengadakan mesyuarat agung tahunan ni adalah untuk menilai kembali kemajuan koperasi kita dan mencari jalan untuk memprbaiki jika ada kelemahan. Kelulusan mesyuarat agung diperlukan untuk meluluskan aturan baru dan polisi baru, yang akan menjadi panduan kepada lembaga pengarah koperasi untuk menguruskan koperasi untuk tahun yang mendatang.
Isunya kenapa koperasi-kopeasi lewat atau gagal untuk mengadakan mesyuarat agung tersebut, melalui pengalaman saya, antara sebabnya ialah:-
- tiada persiapan awal, termasuk akaun tidak diuruskan dengan baik, tidak kemaskini
- koperasi tidak aktif, lembaga kurang berjumpa, anggota tidak dapat dikesan
- lembaga tidak sehaluan, tiada sepakat menyebabkan tiada keputusan untuk mengadakan mesyuarat agung
- ingin menutup kelemahan atau kesilapan, lembaga koperasi tangguh mesyuarat agung supaya anggota-anggota koperasi tidak tahu apa yang berlaku
- tidak faham perundangan koperasi
Saya mencadangkan setiap lembaga koperasi mesti mempunyai jadual kerja, perancangan kerja tahunan, untuk lembaga bertindak mengikut perancangan yang disusun. Dapatkan khidmat nasihat dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Setiap anggota koperasi harus berperanan mengikut perkembangan koperasi mereka dan ambil tahu jika mesyuarat agung tidak dilaksanakan.
SKM boleh buat iklan atau papan tanda atau melalui media, bertanya "Sudahkah Koperasi Anda Mengadakan Mesyuarat Agung" , ni sebagai kempen kesedaran, disamping menerangkan keperluan koperasi mengadakan mesyuarat agungnya.
No comments:
Post a Comment