Monday 17 February 2014

Kekuatan Anggota Adalah Kekuatan Koperasi

Ramai yang bertanya dimanakah sebenarnya kekutan sesebuah koperasi itu. Pada pandangan saya, kekuatan sesebuah koperasi itu bergantung kepada komitmen anggota-anggotanya, yang faham maksud mereka berkoperasi. Anggota merasai kepunyaan dalam koperasi tersebut. Ada komunikasi yang jelas antara anggota bersama lembaga koperasi, mereka sepatutnya saling memahami arah tuju koperasi mereka.
Kegagalan setiap anggota memainkan peranan dalam mengawal, berlanggan dan memberi modal akan membawa koperasi mereka lari dari sifat sebuah koperasi yang tulin. Anggota yang berkualiti akan memberi impak koperasi yang berkualiti.
Banyak contoh dimana jika anggota gagal memgambil tahu perjalanan koperasi mereka, hanya serah pada lembaga, koperasi mereka akhirnya lingkup, banyak hutang dan tak mampu nak bayar balik saham anggotanya. bayar dividen jauh sekali. Apabila mereka sedar, mungkin sudah terlambat untuk memulihkan koperasi tersebut.
Oleh itu, setiap koperasi kena memastikan:-

  • setiap anggota terlibat dalam aktiviti koperasi
  • wujudkan media komunikasi yang jelas, gunakan teknologi terkini
  • wujudkan sistem maklumbalas yang berkesan