Sunday 26 August 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Kalau ada silap dan salah saya harap dimaafkan. Sekarang bertugas di Onsite, SKM Ibu Pejabat. Akan buat pemeriksaan wajar (DDE) kepada koperasi khususnya tanf dikategorikan turn over besar dan sederhana. Pemeriksaan Off Site berdasarkan laporan yang diterima dari koperasi termasuk akaun koperasi, manakala pemeriksaan on site , kita membuat semakan di pejabat koperasi. Koperasi yang menjalankan tadbir urus yang baik, kita bagi lima bintang. Skop pemeriksaan termasuklah pengurusan, kewangan , aktiviti, sistem teknologi dan kepatuhan akta koperasi dan perundangan.

Wednesday 1 August 2012

Bertugas di Bahagian Penyeliaan Onsite

Mulai 1 Ogos 2012, bertugas di Bahagian on site. Saya pernah bekerja di bahagian ini dulu dan saya juga salah seorang perintis mengadakan bahagian ini. Kerja bahagian ini adalah untuk melakukan pemeriksaan dan melaporkan penemuan yang diterima. Kita juga akan beri gred kepada koperasi mulai dari gred 5 untuk terbaik kepada gred 1 untuk sgt tidak baik. Isu bas masih hangat diperkatakan. Tetapi yang penting, saya telah melaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Isu ini diluar kawalan kerana ianya meletup di saat akhir. Apapun kita dah buat yang terbaik dan bersyukur dengan ketentuan ilahi.

Tuesday 17 July 2012

kedai coop 1malaysia

koperasi digalakan menyediakan perkhidmatan kedai runcit koperasi dengan nama kedai coop 1 malaysia. skm akan menyediakan bantuan pembangunan dan pembekal dari feldz trading. Ini sebenarnya tujuan kita tubuh kop untuk membantu anggota dengan harga barangan yang berpatutan. SIla hubungai skm yang berhampiran. Tapi katanya, menjaga kedai runcit ni perlu pengawasan yang rapi sebab marginnya rendah. Kalau ada bocoran sikit, payah nak cover.

Wednesday 11 July 2012

Hari Koperasi Negara

Tuan/Puan dijemput ke Stadium Bukit Jalil pada 13hb hingga 15 Hb Julai ini sempena sambutan tersebut. Sebagai koperasi dan koperator, hari tersebut merupakan hari perayaan kita, maka beramai-ramai kita ke Stadium Bukit Jalil. Agenda aktiviti seperti berikut:-

Tuesday 10 July 2012

ADAKAH KOPERASI MAMPU MENYUMBANG

PERKARA INI TELAH TERBUKTI DI LUAR NEGARA DI MANA KOPERASI MENYUMBANG DI ANTARA 10% HINGGA 25% KELUARAN DALAM NEGERA KASAR (KDNK). CONTOHNYA KOPERASI TENUSU NEW ZEALAND MERUPAKAN PENERAJU UTAMA DALAM INDUSTRI TENUSU YANG MENGUASAI HAMPIR 80% DARIPADA PENGELUARAN SUSU DI NEW ZEALAND. BEGITU JUGA DALAM INDUSTRI KEWANGAN DI MANA KOPERASI JUGA MAMPU MENGWUJUDKAN BANK-BANK KOPERASI SEPERTI YANG TERDAPAT DI EROPAH. DI NEGARA KITA MASIH DALAM SEKITAR 2% SUMBANGAN DALAM KDNK.

Skim Cepat Kaya

Hairan ye ..ada koperasi yang boleh menjalankan skim ini..akibatnya anggota koperasi yang tertipu dan menjatuhkan imej koperasi. Memanglah dijanjikan dengan pulangan dividen 5% hingga 10% sebulan...mana meniaga boleh beri pulangan macam tu..AWAS

APA ITU KOPERASI

Koperasi  merupakan organisasi yang dianggotai oleh manusia yang mengamalkan konsep berkerjasama dalam menjalankan pengurusan dan aktiviti-aktivitinya bagi memenuhi keperluan bersama anggota-anggotanya. Maka tadbir urus dalam koperasi, ianya didefinasikan sebagai hubungan di antara anggota sebagai pemilik perniagaan , pihak pengurusan yang mengendalikan perniagaan dan lembaga sebagai peneraju dan penasihat kepada pengurusan bagi pihak pemilik dengan tujuan untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi.[1]
Elemen-eleman penting tadbir urus yang baik perlu diamalkan dalam pentadbiran koperasi antaranya ialah akauntabiliti, ketelusan, kebolehjangkaan dan penglibatan, disamping mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.


[1] Panduan Tadbir Urus Koperasi , Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia, 2007


KESALAHAN KOPERASI

Mengikut Seksyen 91 Akta Koperasi, kesalahan-kesalahan yang mesti dielakkan OLEH LEMBAGA DAN INDIVIDU yang menguruskan koperasi iaitu:-

·                     tidak patuh kepada peruntukan Akta Koperasi dan arahan Ketua Pendaftar
·                     koperasi membuat kenyataan palsu atau memberi maklumat palsu kepada anggota dan Ketua Pendaftar
·                     koperasi melakukan perbuatan atau aktiviti tanpa kelulusan Ketua Pendaftar, jika kelulusan Ketua Pendaftar atau kelulusan Mesyuarat Agung Koperasi  itu telah diwajibkan oleh Akta Koperasi.

Monday 9 July 2012

SALAM KOPERASI

Salam, nama saya Zazali Haron. Blog ini dibina untuk saya menceritakan pengalaman saya menyelia koperasi.. Saya bekerja di Suruhanjaya Koperasi Malaysia.  Pengalaman kerja hampir 26 tahun dari mengajak orang ramai tubuh koperasi, daftar koperasi, menyelia dan menutup koperasi juga. Pernah menjadi pentadbir koperasi yang SKM ambilalih.  Organisasi ini bertanggungjawab dalam memajukan Gerakan Koperasi di negara ini. Kita boleh bercerita pasal koperasi, isu-isu koperasi dan hala tuju koperasi masa depan. Maklumat lanjut mengenai organisasi saya , sila ke http://www.skm.gov.my/

\Semuga dengan pandangan yang diberi, ulasan yang diberi akan kita bincang untuk membina kehidupan berkoperasi yang mamtap di negara ini. Terima kasih atas pandangan tuan/puan.


wasalam