Showing posts with label Apa itu Koperasi. Show all posts
Showing posts with label Apa itu Koperasi. Show all posts

Wednesday, 12 June 2013

Peraturan Pelaburan Koperasi

 Peraturan-Peraturan Koperasi menjelaskan peruntukan Akta Koperasi berkenaan dengan aktiviti pelaburan koperasi. Sebelum pelaburan dibuat dari wang berlebihannya koperasi hendaklah memastikan:

(i)         Pelaburan itu mematuhi peruntukan Akta, peraturan-peraturan, pekeliling dan   garis panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);

(ii)        Undang-undang kecil koperasi membenarkan aktiviti pelaburan;

(iii)      Pelaburan itu memperuntukkan pulangan atau manfaat kepada koperasi dan anggotanya;

(iv)       Tujuan pelaburan bukan untuk spekulasi;

(v)         Pelaburan itu diluluskan oleh Lembaga Koperasi;

(vi)        Pelaburan itu tidak menjejaskan aktiviti utama koperasi;

(vii)       Pelaburan itu diuruskan secara berkesan dan sistematik dan hendaklah:

·     menetapkan polisi dan tatacara bagi operasi dan  aktiviti pelaburan;

·      menjalankan pemantauan dan penilaian berkala ke atas pegangan instrumen-instrumen pelaburan;

·      mengadakan kawalan dalaman yang berkesan; dan

·      mewujudkan polisi pengurusan risiko.

Tuesday, 10 July 2012

APA ITU KOPERASI

Koperasi  merupakan organisasi yang dianggotai oleh manusia yang mengamalkan konsep berkerjasama dalam menjalankan pengurusan dan aktiviti-aktivitinya bagi memenuhi keperluan bersama anggota-anggotanya. Maka tadbir urus dalam koperasi, ianya didefinasikan sebagai hubungan di antara anggota sebagai pemilik perniagaan , pihak pengurusan yang mengendalikan perniagaan dan lembaga sebagai peneraju dan penasihat kepada pengurusan bagi pihak pemilik dengan tujuan untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi.[1]
Elemen-eleman penting tadbir urus yang baik perlu diamalkan dalam pentadbiran koperasi antaranya ialah akauntabiliti, ketelusan, kebolehjangkaan dan penglibatan, disamping mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.


[1] Panduan Tadbir Urus Koperasi , Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia, 2007