Makna Koperasi
Sebagai satu pertubuhan yang matlamatnya untuk meningkatkan kepentingan sosio ekonomi angota-anggota. Anggota koperasi hendaklah berjaya membantu diri sendiri dengan menggembleng sumber dalaman yang ada (saham, yuran, aset) untuk melaksanakan sesuatu aktiviti yang boleh memberi faedah kepada semua anggota dan dapat memberi pulangan dalam bentuk dividen yang baik.
Prinsip-Prinsip Koperasi
Prinsip yang patut diamalkan oleh koperasi/ selari dengan amalan oleh kopeasi seluruh dunia, untuk membezakan koperasi dengan badan perniagaan yang lain ialah:-
1. Keanggotaan secara sukarela dan terbuka.
Keanggotaan koperasi sepatutnya terbuka kepada mereka yang layak, tanpa mengira bangsa, jantina dan ugama. Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi serta berniat untuk memajukan diri melalui koperasi boleh memohon untuk menjadi anggota koperasi tersebut
Anggota koperasi hendak berusaha mempelajari ilmu berkoperasi',tahu akan hak dan tanggungjawab mereka sebagai anggota. antaranya menyumbang modal dan membuat langganan atas produk koperasi.
2. Kawalan dan Pengurusan Secara Demokratik
Anggota-anggota koperasi sebenarnya merupakan pengawal dan pembuat keputusan. Peranan anggota yang aktif sangat diperlukan dalam Mesyuarat Agung koperasi. Dalam pengurusan harian pula, lembaga koperasi yang dilantik telah diberi mandat dan garispanduan untuk menguruskan koperasi tersebut.
3. Pulangan Terhad Atas Modal Yang Di Sumbangkan Oleh Anggota-Anggota.
Pulangan kepada anggota dalam bentuk dividen adalah dihadkan. Akta Koperasi membenarkan pemberian dividen kurang 10 % boleh diberi kepada anggota melalui keuntungan bersih tahunan koperasi tanpa kelulusan Pendaftar Koperasi. Tujuan dihadkan pulangan dividen ini ada beberapa sebab antaranya ialah :-
1. sebahagian keuntungan direzabkan untuk harta mudah cair
2. menekankan pembayaran rebet atas langganan
3. lebihan akan digunakan sebagai modal pusingan
4. untuk diagihkan dalam kumpulanwang yang diwujudkan bagi menjaga kebajikan anggota-anggota
Prinsip ini sebenarnya menggalakkan anggota menjadi anggota yang aktif menyertai aktiviti koperasi, bukan sebagaiAnggota pelabur yang diam sahaja.
4. Pembahagian Keuntungan Dengan Saksama
Prinsip ini menekankan sebarang keuntungan yang diperolehi oleh koperasi dan apabila dipulangkan semula keuntungan tersebut kepada anngota hendaklah dibuat secara adil. Keadilan ini boleh diasaskan melalui :-
1. Terdapat kelulusan anggota-anggota melalui kelulusan Mesyuarat Agung Koperasi.
2. Pulangan kepada anggota sepatutnya diasaskan kepada penglibatan mereka dalam koperasi. Penglibatan mereka sebenarnya yang menentukan kemajuan koperasi itu.
3. . kos per unit akan menjadi lebih rendah, Terdapat aturan atau garispanduan bagaimana pulangan tersebut diagihkan atau digunakan oleh lembaga koperasi.
5. Penggalakkan Pendidikan Koperasi
Prinsip ini menekankan perlunya pendidikan dan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan dan perniagaan koperasi diberi kepada anggota-anggota koperasi supaya mereka dapat memahami perjalanan koperasi mereka dan membantu dalam membuat keputusan yang baik. Dengan ada nya pengetahuan yang baik, anggota-anggota koperasi dan lembaga dapat menentukan perjalanan koperasi mereka akan mencapai objektif penubuhannya. Dengan ini , ada baiknya lembaga merancang program pendidikan ini setiap tahun, dengan mengadakan peruntukan tahunan dan pastikan anggota mereka dapat menyertai program pendidikan koperasi ini.
6. Kerjasama Aktif Di Kalangan Koperasi-Koperasi Berdaftar
Oleh kerana koperasi mempunyai prinsip tersendiri, koperasi boleh membantu sesama sendiri melalui kerjasama yang dijalinkan antara mereka. Kerjasama antara koperasi boleh dijalankan secara mendatar atau secara menegak, misalnya koperasi yang menjalankan aktiviti pengeluaran boleh mengadakan kerjasama dengan koperasi yang menjalankan aktiviti pengguna dan perkhidmatan. Dengan adanya bentuk kerjasama ini, kegiatan koperasi kan menjadi bertambah besar , harga barang dan perkhidmatan dapat dikurangkan lagi tanpa menjejaskan kualiti barangan dan perkhidmatan tersebut.
7. Prihatin terhadap Masyarakat
MENGAMBIL BERAT TERHADAP MASYARAKAT Koperasi berusaha untuk mengenalpasti isu-isu dalam masyarakat dan membantu pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya melalui dasar-dasar yang dipersetujui oleh anggotanya.
Berdasarkan kepada persekitaran operasi koperasi, Lembaga Koperasi memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Keperluan kepada ilmu pengetahuan ini telah diberi penekanan oleh Akta Koperasi 1993 yang menetapkan kuasa dan tanggungjawab Lembaga yang pada
Umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan. Dalam melaksanakan hal ehwal sesuatu koperasi, Lembaga dikehendaki berhemat dan bertekun seperti ahli-ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun itu seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 45(1) Akta Koperasi 1993.
PETIKAN SEKSYEN 45(1) AKTA KOPERASI MALAYSIA 1993
(AKTA 502)
Liabiliti anggota Lembaga
(1) Dalam perjalanan hal ehwal suatu koperasi, anggota Lembaga koperasi itu hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli-ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun sedemikian atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan, undang-undang kecil koperasi berdaftar itu atau arahan mesyuarat agungnya.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan terhadap diri mana-mana anggota Lembaga atau pegawai suatu koperasi
berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat bona fide menurut atau semasa melaksanakan atau dengan tujuan untuk melaksanakan Akta ini, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil koperasi itu.
(3) Jika Lembaga suatu koperasi telah melantik seseorang sebagai pengurus untuk mentadbirkan dan menguruskan hal ehwal koperasi itu, pelantikan itu tidaklah mengecualikan anggota Lembaga daripada liabiliti dan tanggungjawab bagi arahan dan penjalanan yang sepatutnya akan hal ehwal koperasi itu.
(4) Mana-mana anggota Lembaga sesuatu koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
Konsep koperasi juga menekankan keterbukaan dan ketelusan.
Apakah maksud keterbukaan dan ketelusan dalam pentadbiran koperasi. Konsep koperasi adalah milik kita sebagai anggota, membayar saham dan berlanggan dengan aktiviti koperasi, sudah pasti kita hendak tahu perjalanan koperasi kita berjalan dengan baik. Minit mesyuarat agung dan peraturan yang diluluskan mudah diakses oleh anggota terutama dengan kemudahan internet sekarang ini. Koperasi yang baik tadbir urusnya akan mempunyai kod etika dan peraturan yang lengkap untuk setiap aktivitinya, dan kos etika dan peraturan ini telah diluluskan dalam mesyuarat agung koperasi.
Anggota hendaklah mengetahui setiap perkembangan koperasi
terutama aktiviti perniagaan dan kewangan koperasi. Lembaga koperasi hendaklah
memberi penjelasan yang betul dan cepat kepada setiap isu yang dibangkitkan
oleh anggota yang bertanya. Agenda mesyuarat agung hendaklah diedar mengikut
notis yang ditetapkan supaya setiap anggota mempunyai masa untuk membaca dan
mengkajinya.
Penyebaran maklumat yang tepat dan mengikut peraturan ini
adalah selari dengan konsep dan amalan koperasi yang sebenar.
Ketelusan juga bermaksud tiada kepentingan diri dalam
keputusan yang dibuat oleh koperasi. Anggota lembaga yang ada kepentingan
hendaklah membuat pengakuan atas kepentingan nya dan tidak terlibat dalam
membuat keputusan.
Bagaimana Prinsip Koperasi ini dapat diamalkan dalam kegiatan /pengurusan Koperasi
Pendidikan tentang amalan koperasi yang betul sangat penting. Ini menjadi asas untuk pengurusan koperasi bergerak dalam landasan yang betul. Koperasi perlu menyediakan buget untuk pendidikan koperasi kepada semua lembaga dan anggota koperasi. Institut Koperasi Malaysia(IKMA) mesti memainkan peranan yang aktif dalam mendidik semua lembaga koperasi di negara ini.
Prinsip koperasi ni raser nyer perlu dikemaskini ikut Kongres ICA 1995 di Manchester..... ada 7 prinsip.
ReplyDeleteTq Tuan. Mula kerjanya dulu Akta Koperasi yang lama, ini asalnya sebelum ditambah.
ReplyDelete