Sunday 10 September 2017

Sambutan hari koperasi

Bulan ogos yang lalu, semua negeri telah menganjurkan sambutan Hari Koperasi. Suruhanjaya Koperasi Negeri telah mengadakan denga kerjasama koperasi-koperasi tempatan. Tentunya beribu peruntukan telah digunakan. Sekarang untuk menilai apakah impak sambutan tersebut. Pada pandangan saya tentunya ada impak yang sangat baik untuk kemajuan gerakan koperasi di negeri dan Negara amnya. Diantara impak yang telah kita Nampak ialah:-
  • orang ramai khususnya anggota koperasi sentiasa menunggu sambutan hari tersebut kerana mereka handak tahu kedudukan koperasi mereka melalui anugerah yang kita beri semasa perayaan tersebut


  • peluang perniagaan baik kepada koperasi dan peniaga persendirian yang mengambil peluang berniaga semasa hari perayaan tersebut. Setiap negeri difahamkan menunjuukan rekod jualan yang baik dan penginjung yang bertambah ramai.
  • imej koperasi meningkat kerana media telah mengeluarkan berita hari perayaan koperasi ini kerana pemimpin datang untuk merasmikan majlis tersebut
  • peluang pendapatan untuk peniaga tempatan melalui tempahan makan dan khemah yang dibuat
  • peluang untuk meningkat ilmu melalui seminar dan ceramah yang dianjurkan dalam majls tersebut.


 

Monday 17 July 2017

Hari Koperasi Negara 2017

Pelacanran Hari Koperasi Negara 2017 oleh YB Menteri KPDNKK menunjukkan kerajaan khususnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia sentiasa mencari jalan dan aktiviti untuk merancakkan perjalanan Gerakan Koperasi di Negara ini. Selain dari pameran produk2 koperasi, setiap negeri akan mengumunkan koperasi terbaik peringkat negeri. SEmua koperasi hendaklah menyertai sambutan hari koperasi ini kerana ini adalah peluang untuk mereka berkenalan antara satu dengan yang lai, bertukar tukar fikiran dan pandangan serta mengembangkan rangkaian aktiviti antara mereka, Skill perniagaan yag besar dan luas antara koperasi-koperasi akan mengurangkan kos operasi setiap koperasi. Dan yang paling penting, kos pengajuran Hari Koperasi ini datangnya dari sumbangan gerakan koperasi sendiri, Rujuk web site SKM untuk dapatkan tarikh-tarikh sambutan di setiap negeri.

Monday 6 February 2017

ANGKASA Badan Puncak Koperasi

ANGKASA telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan puncak koperasi. Sebagai badan puncak, ANGKASA akan mewakili gerakan koperasi dalam Negara ini. Kerajaan sebenarnya boleh mengiktiraf mana-mana gabungan koperasi sebagai apex koperasi selain dari ANGKASA. Namun, keyakinan diberi kepada ANGKASA untuk mewakili gerakan koperasi Negara ini. Untuk itu, kerajaan telah memberi banyak kemudahan dan sokongan kepada badan puncak tersebut, antaranya kemudahan biro potongan gaji, peruntukan dana  kumpulan wang amanah dan menerima kunjungan wakil badan puncak ini dalam perbincangan bersama  kerajaan semasa mengariskan dasar dan polisi kerajaan. Contohnya dalam meminda Akta Koperasi atau menyediakan deraf Rancangan Pembangunan Kerajaan, pandangan ANGKASA diterima dan dibincangkan.. Untuk itu, ANGKASA perlu lebih kuat dan pro aktif dalam membangunkan gerakan koperasi Negara ini.Sudah sampai masanya kerajaan menentapakan Sasaran yang ANGKASA mesti capai (KPI) dan sasaran ini perlu dibentangkan kepada kerajaan sebagai balasan pengiktirafan dan kemudahan yang telah diberi selama ini. Kita ingin melihat ANGKASA menetapkan  :_
  • apa sasaran turn over perniagaan aktiviti koperasi yang menjadi anggotanya
  • bagaimana kerjasama antara koperasi boleh dipertingkatkan
  • tunjukkan impak program kursus pendidikan koperasi yang telah dijalankan
  • bagaimana konsep dan falsafah koperasi mesti di kekalkan sebagai identity
  • apa impaknya slogan jati diri koperasi yang selama ini diperjuangkan
  • Promosi bagaimana untuk meningkatkan imej dan kemajuan koperasi