Tuesday 1 September 2020

Anggota Adalah Faktor Utama Kejayaan Koperasi

 Apakah sebenarnya faktor kejayaan sebuah koperasi.? 


Jawapannya adalah anggota yang berkualiti, yang komitmen tinggi dengan koperasi yang dianggotainya. Kenapa anggota koperasi itu penting;

  • anggota yang aktif , yang faham akan menyumbang modal untuk koperasi melalui saham atau syer koperasi. Puangan atas saham adalah dividen apabila koperasi memperolehi keuntungan  dan diputuskan dalam mesyuarat agung koperasi
  • anggota yang aktif akan berlanggan dengan koperasi. Mereka akan membeli produk dan perkhidmatan koperasi mereka. Sudah pasti koperasi akan menjual produk perkhidmatan dengan harga yang berpatutan kerana belanjawan koperasi diluluskan dalam mesyuarat agung koperasi
  • anggota yang aktif akan mengambil tau perkembangan koperasi mereka. Mereka bayar saham, mereka tambah saham, sudah pasti mereka ingin mengetahui aktiviti yang koperasi buat dari saham mereka itu. Apabila anggota mengambil tau kegiatan koperasi, sudah pasti koperasi akan diurus dengan baik. Ini pastinya meningkatkan hasil dalam koperasi.
  • anggota yang aktif adalah anggota yang berilmu. Mereka akan menyumbang idea yang bernas untuk pembangunan koperasi mereka. Kebijaksanaan anggota boleh membantu anggota lain melantik mereka menjadi lembaga koperasi. Peranan lembaga koperasi adalah untuk menentukan koperasi diurus dengan baik.
  • anggota yang aktif adalah anggota yang bermasyarakat. Koperasi adalah aktiviti berkelompok. Bukan bertindak untuk kepentingan diri. Oleh itu sifat kerjasama, sifat kerja berpasukan akan menentukan kejayaan sesebuah koperasi itu.