Saturday, 4 July 2026

Hari Koperasi Negara 2026

 Alhamdulilah, hari ini 4 Julai 2026, Gerakan Koperasi Malaysia menyambut Hari Koperasi Negara (HKN), bertempat di PICC Pulau Pinang, Satu majlis istimewa yang kerajaan mengadakan  pada setiap tahun. Dalam setiap sambutan, kerajaan meraikan koperasi koperasi yang berjaya, peranan koperasi dalam membantu anggota anggotanya, seterusnya membantu dalam pembangunan negara.

Banyak acara yang diadakan sempena majlis tersebut  antaranya Anugerah koperasi terbaik mengikut sektor, forum perdana dgn ahli panel yang hebat, jualan kedai koperasi, malam kebudayaan dan cabutan bertuah. Kerajaan komited untuk memajukan gerakan koperasi dalam negara ini. Juiga dilancarkan profil koperasi terbaik setiap tahun. Tema sambutan HKN tahun ini ialah  “ Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara Madani”

Koperasi yang hebat, bermakna lembaga dan anggota anggotanya hebat, seterusnya membawa kesejteraan kepada rakyat dan negara.



Setuju dengan ucapan YB Menteri bahawa tujuan koperasi adalah untuk memajukan ekonomi rakyat dan membina perpaduan kaum. Gerakan koperasi tidak mengira warna kulit dan fahaman politik.  Bagaimana nak merancakkan lagi sambutan HKN ini, suka saya mencadangkan beberapa perkara antaranya:-

  • mengadakan seminar koperasi pada hari tersebut supaya selain dari membeli belah di khemah jualan koperasi, para koperator boleh bertukar-tukar idea dan pandangan mengenai koperasi, khususnya perniagaan koperasi. Buat jemputan supaya mereka hadir dalam seminar ini dan SKM boleh  beri sijil penghargaan. Pastikan kehadiran mereka ada merit untuk pertimbangan SKM.
  • Penghargaan kepada semua koperasi 100 terbaik dengan naik ke pentas dan menerima sijil. Kalau masa perasmian suntuk, boleh dibuat pada sebelah petangnya. Paling tidak mereka naik ke pentas dan diberi penghargaan.
  • Mungkin sudah sampai masanya, Angkasa, badan puncak koperasi dalam negara ini, yang menganjurkan HKN dimasa akan datang dan SKM boleh fokus kepada penyeliaan dan pengiktirafan koperasi terbaik.
Apapun, tahniah kepada gerakan koperasi kerana sentiasa menyambut baik program-program yang kerajaan aturkan. 






Saturday, 13 June 2026

Pemilihan Lembaga Koperasi

 Salam Berkoperasi. 

Bulan Jun ni , rancak koperasi yang aktif mengadakan mesyuarat agung tahunannya. Ianya dibuat untuk menyahut keperluan Akta Koperasi yang menetapkan tempoh 6 bulan setelah tutup akuan hendaklah mengadakan mesyuarat agung tahunan. Pastinya akaun tahunan tersebut telah diaudit oleh auditor yang bertauliah dan dibentangkan dalam mesyuarat agung nanti untuk kelulusan, terutamanya untuk pembahagian keuntungan termasuk dividen pada anggota. 


Saya cuma nak bawa agenda pemilihan lembaga. Mengunakan teknologi, meriah dalam watsup-watsup  group koperasi mereka berkempen . Kalau ada yang tak tahan mental boleh terbakar dan jadilah cabar mencabar. Melalui pengalaman , suka saya cadangkan beberapa kriteria yang boleh dijadikan panduan untuk memilih :-

  • sebaiknya setiap calon ada profilnya untuk dibaca oleh anggota-anggota koperasi, terutama untuk memberi kefahaman kepada  mereka yang baru jadi anggota. Profil ringkas mengenai diri calon dan pengalaman calon
  • Karektor calon perlu dilihat, jangan hanya muncul atau aktif sempena mesyuarat agung sahaja. Ni bagi saya kurang aktif sebenarnya ,
  • Pengalaman dan kemahiran calon juga perlu dinilai, pilihlah calon yang faham koperasi dan perniagaan koperasi, pastinya mesti ada jiwa koperasi, keutamaan untuk membantu anggota-anggota koperasi.
  • Latarbelakang calon, pastinya tiada isu-isu yang telah merosakkan organisasi yang telah mereka buat sebelum ini, calon yang begini seharusnya ditolak kerana kerisauan perkara tersebut akan timbul kembali. Banyak lagi calon-calon yang sesuai. Pilih muka baru yang ada karisma.
  • Pilih mengikut keyakinan anggota kerana ini hak anggota, jangan mudah dipengaruhi dengan faktor-faktor lain, anggota patutnya  tepuk dada tanya selera, Tunaikan hak dengan jujur dan penuh tanggungjawab.
Semuga kita dapat memilih lembaga yang baik, yang membawa koperasi menunaikan objektif penubuhannya terutama untuk membantu anggota-anggota koperasi. Matlamat keuntungan yang maksima , ni perkara ke dua, yang penting MEMBANTU menyelesaikan masalah anggota-anggotanya, Ni baru matlamat kita berkoperasi.
Semuga semuanya berjalan lancar. Aminn