Friday 8 December 2023

KURSUS WAJIB LEMBAGA KOPERASI

 Kursus wajib untuk anggota lembaga kopeasi merupakan satu keperluan kepada semua lembaga koperasi.  Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) telah  mengarahkan setiap anggota baru yang dipilih menjadi /yang dilantik sebagai lembaga koperasi hendaklah menghadiri kursus wajib ini dalam tempoh 2 tahun setelah dilantik menjadi lembaga koperasi. Kegagalan menghadiri kursus tersebut menyebabkan lembaga tersebut boleh dikompoun.


Institut Koperasi Malaysia (IKMA) telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan kursus wajib untuk semua anggota koperaasi di negara ini. Kursus ini akan memberi pendedahan awal kepada semua anggota lembaga koperasi yang baru, Kandungan kursus termasuklah pengenalan konsep koperasi, tadbir urus koperasi dan kewangan koperasi sambil bertukar-tukar fikiran antara anggota lembaga koperasi.
Sudah sampai masanya , semua lembaga koperasi mengambil serius keperluan untuk hadir kursus wajib ini. Pengetahuan yang ada nanti sidah pasti akan memantapkan perjalanan koperasi kita dengan tadbir urus yang baik. Sila rujuk ke website IKMA.