Monday 21 August 2023

PERANAN BANK KOPERASI MEMBANTU KOPERASI

 Bank Koperasi bermaksud bank yang ditubuhkan melalui Akta Koperasi dengan kelulusan Bank Negara. Di Malaysia, kita ada dua buah Bank Koperasi iaitu Bank Rakyat dan Bank Pertama (dulu dikenali sebagai bank persatuan). Bank koperasi ini sebenarnya dipunyai oleh koperasi-koperasi yang melanggan saham bank koperasi ini, jadi wakil-wakil koperasi akan hadir dalam mesyuarat agung Bank Koperasi ini. Bank koperasi wajib mengadakan mesyuarat agung setiap tahun, melantik lembaga bank koperasi, selain meluluskan dividen , dan keputusan-keputusan penting yang lain dalam mesyuarat agung tersebut. Ini bermakna koperasi-koperasi adalah anggota bank koperasi yang sepatutnya, meluluskan hala tuju koperasi dan dalam masa yang sama merupakan pelanggan kepada Bank koperasi ini.

Saya melihat sambutan koperasi-koperasi terhadap bank mereka ini kurang kecuali dalam mendapatkan dana untuk koperasi menjalankan aktiviti kredit. Pembiayaan kepada lain-lain aktiviti-aktiviti koperasi tidak berapa menggalakan terutama dalam aktiviti pertanian dan perladangan,

 Apakah sebabnya, adakah:-

  • kerana caj perkhidmatan dan faedah keuntungan yang dikenakan tinggi atau sama dengan bank komersil yang lain, ini disebabkan ukuran memberi dividen tinggi meupakan "kejayaan" sebuah koperasi
  • Bank koperasi lebih suka bagi pinjaman yang selamat iaitu pembiayaan pinjaman peribadi untuk koperasi jalankan sebab adanya potongan gaji Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
  • kurang promosi , atau tidak mesra dengan koperasi-koperasi yang baru, kecil dan sederhana
  • lembaga Bank Koperasi  kurang memahami tujuan penubuhan bank koperasi ini.


Ternakan Lembu Mempunyai potensi yang besar


Saya berpandangan , bank-bank koperasi ini sepatutnya fokus membantu koperasi-koperasi dalam negara ini. Sepatutnya Bank Koperasi menyediakan skim pinjaman mudah dan rasional, selari denga falsafah koperasi, iaitu membantu anggota-anggotanya iaitu koperasi-koperasi yang menjadi anggota Bank Koperasi ini. Kenapa koperasi lebih suka dapatkan pinjaman dari Bank komersil.

Kejayaan Bank Koperasi jangan diukur dengan pemberian dividen yang tinggi tetapi dengan berapa banyak pinjaman ekonomi yang yang telah dikeluarkan dapat membantu koperasi-koperasi. Lihat bagaimana pinjaman tersebut telah membantu meningkatkan ekonomi koperasi-koperasi, seterusnya koperasi tersebut dapat memberi dividen yang baik kepada anggota-anggotanya. Dilema apabila memcari dividen yang tinggi, bank koperasi akan mengenakan caj yang agak tinggi.

Tambahan lagi, apabila SKM telah melantik Bank Koperasi untuk menguruskan Dana Kumpulan Wang Rezab Koperasi yang ada hampir RM2 Bilioan , dan angka ini terus meningkat. Sepatutnya dana ini boleh bagi pinjaman mudah kepada koperasi-koperasi. 
Jika peraturan yang menjadi halangan, ubahlah sewajarnya. Fahamilah konsep koperasi yang sebenar,