Sesiapa pun boleh , asalkan dan berumur 18 tahun ke atas, warganegara malaysia, tidak bangkrab dan ada rakan-rakan yang ingin menyertai koperasi tuan, sekurang-kurangnya 50 orang.2. Berapa saham koperasi ni.
Biasanya koperasi meletakan RM100 sebagai saham anggota dan RM10 bayaran masuk. Bayaran masuk ni hanguslah, kira sebagai kos pentadbiran. Dapatlah senaskah undang-undang kecil koperasi tu.Saham tu pulak milik anggota, dapat dividen atas jumlah saham. Bila berhenti nanti keluarkan saham tu.3.Kenapa duit dividen koperasi ni sedikit, walaupun diumumkan 10 % dividen.
Jumlah sikit sebab hanya letak RM100 je sampai bila-bila. Kalau umum 10% dividen atas RM100, baru dapat RM10. Memang gagah bunyi 10% tapi sikit duit yang dapat. jadi, tambahlah saham kalau RM10,000 sure dapat RM1,000. kan banyak tu. Saham ni sebenarnya untuk buat modal koperasi kembangkan perniagaannya,4. Apa aktiviti yang biasa koperasi jalankan.
Ini berdasarkan tujuan penubuhan koperasi tu, kalau kakitangan kerajaan biasanya aktiviti utama adalah pinjam meminjam. Kalau penduduk perumahan , selalunya perkhidmatan seperti kawalan keselamatan atau bukan kedai runcit untuk keperluan bersama. Aktiviti ni mesti dipersetujui bersama dalam mesyuarat agung koperasi dan ditulis dalam Undang-undang kecil koperasi.5.Apa itu Gabungan Koperasi
Gabungan koperasi ini merupakan koperasi yang dianggotai oleh koperasi-koperasi asas dan tujuan penubuhannya untu membantu aktiviti koperasi asas tersebut, contohnya gabungan koperasi kredit, tujuan nya akan memcari dana untuk dipinjamkan kepada koperasi asas yang menjalan aktiviti kredit kepada anggotanya. Gabungan koperasi akan mengukuhkan gerakan koperasi
6, Bagaimana nak tau koperasi itu berjalan dengan baik
Dengan menilai penyata kewangannya. Tujuan penyediaan penyata kewangan adalah bagi menunjukkan struktur kewangan dan hasil urusniaga yang dijalankan oleh sesebuah koperasi.
Objektifnya ialah untuk menyediakan maklumat yang berguna mengenai
kedudukan kewangan, prestasi dan aliran tunai sesebuah koperasi kepada
anggota dan orang awam . Penyata kewangan juga menunjukkan natijah
pengurusan sumber-sumber yang diamanahkan kepada anggota Lembaga
koperasi. Penyata kewangan yang baik perlu menyediakan
maklumat kewangan seperti berikut:-
(a) aset-aset koperasi;
(b) senarai liabiliti;
(c) kumpulan wang anggota dan lain-lain akaun rizab;
(d) pendapatan dan perbelanjaan termasuk untung dan rugi yang koperasi alami;
(e)bagaimana cara pembahagian keuntungan; dan
(f)kedudukan aliran tunai koperasi.
7 Apakah peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
SKM merupakan agensi yang menyelisn koperasi di negara ini, yang melaksanakan dwifungsi iaitu pengawalseliaan dan pembangunan gerakan koperasi. Seksyen 4 Akta 665 memperuntukkan objektif SKM iaitu
(a) merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah pencapaian objektif sosio-ekonomi negara;
(b) menggalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mapan; dan
(c) mengekalkan keyakinan dalam pergerakan koperasi.
(c) mengekalkan keyakinan dalam pergerakan koperasi.
Adakah Anda Masih Tercari - Cari Cara Sebenar Untuk BEBAS KEWANGAN? Bagaimana jika anda mencuba sistem MMM-Malaysia ? MMM adalah komuniti orang yang
ReplyDeleteberpikiran nya sama, jujur, ikhlas dan saling tolong menolong
dalam kewangan dengan satu sistem online canggih yang lengkap untuk kesejahteraan bersama.
Sila layari : http://mmmglobal.org/?i=worlds.target@yahoo.com
#MMM-Malaysia #3y56