Tuesday 2 April 2024

Gerakan Koperasi Malap Selepas 100 Tahun

 Salam Ramadan. 

Saya lihat kegiatan dan peranan kerajaan dalam membantu Gerakan Koperasi negara ini nampak malap. Tiada nampak inisiatif-inisiatif  baru yang dilancarkan, kebanyakkan program-program lama yang dikitar semula. Bahkan , gerakan koperasi juga tidak ada peranan dalam kongress bumiputera yang diadakan baru-baru ini. Walhal, hampir 90% bumiputera terlibat dalam kegiatan koperasi negara ini, khususnya di kawasan Felda, Risda,, nelayan, Guru guru, tentera dan polis. Sepatutnya dalam keadaan ekonomi yang susah, kerajaan melihat kepentingan gerakan koperasi ini dan membantu gerakan koperasi dengan inisiatif baru dan program yang berkesan.

Agaknya isu kekurangan  kepimpinan mereka yang boleh membawa hala tuju gerakan koperasi. Agaknya mereka pun tak faham  apa koperasi boleh lakukan.  Pembuat dasar tidak memandang gerakan koperasi negara ini boleh membantu kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup. Padahal , jika dilihat sejarah penubuhan koperasi di dunia ini, adalah untuk membantu anggota-anggotanya yang susah supaya dapat kemudahan melalui penglibatan mereka dalam koperasi. Oleh kerana koperasi itu mereka punya, dikendalikan sendiri, pastinya kos barangan dan perkhidmatan yang mereka langgan adalah dengan harga yang berpatutan.



Saya berharap, kerajaan dan pembuat dasar lihat kepentingan koperasi dinegara ini. Kewujudan gerakan koperasi dinegara ini melebihi 100 tahun  dan masih relevan. Bantulah koperasi dengan program yang berinovatif, Bantulah bimiputera melalui Gerakan koperasi. Gembelingkan mereka yang mahir dalam bidang ini, ramai lembaga koperasi yang berjiwa besar dan berilmu. Libatkan mereka.

Wednesday 24 January 2024

Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi

 Awal tahun ini, kebanyakkan koperasi sedang mengadakan Mesyauart Agung Kawasan untuk memilih perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan, selain dari membincangkan deraf akaun koperasi serta membawa usul usul untuk dibawa ke mesyuarat agung tahunan tersebut. Mengadakan Mesyuarat kawasan ini selaras dengan kehendak Akta Koperasi dan Undang-undang Kecil koperasi. Setelah bersara ini, saya juga akan menewarkan diri untuk menjadi perwakilan dalam Mesyuarat Agung Bank Pertama Malaysia (dulu Bank Persatuan) . Dulu sebagai pegawai menyelia koperasi SKM, tiada kesempatan untuk merasai proses ini. 

Ada dua jenis mesyuarat agung , satu yang memerlukan mesyuarat agung kawasan untuk memilih perwakilan dalam mesyuarat agung tahunan, dan ada koperasi yang terus mengadakan mesyuarat agung tahunan yang mana semua anggotanya yang layak boleh hadir. Selalunya , koperasi yang perlu mengadakan mesyuarat agung kawasan dulu adalah kerana kawasan operasnya lebih besar, anggota yang ramai dan telah ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi. Taraf perwakilan ini layak untuk dua tahun.



Dengan adanya mesyuarat kawasan ini, semua anggota mempunyai peluang untuk bersama dalam memberi pandangan mengenai perjalanan koperasi mereka. Anggota koperasi yang hebat adalah anggota yang mengambil tahu perjalanan koperasi mereka, terutama kedudukan kewangan koperasi. Pastinya lembaga koperasi akan berusaha keras untuk menunjukkan keadaan yang baik dalam koperasi semasa mereka menjadi lembaga. Anggota yang hebat akan menggunakan peluang ini untuk memberi pandangan bagaimana meningkatkan lagi kemajuan koperasi, dan yang penting dapat memberi dividen kepada anggotanya.

Ini juga peluang kepada lembaga koperasi untuk memperjelaskan lagi hala tuju koperasi, dan mendapatkan maklumbalas dari anggota-anggotanya. Tetapi ada yang datang kerana mengharapkan elauan kehadiran saja dan tidak ambil pusing dalam agenda yang dibentangkan.

Selamat bersidang.