Salam Ramadan.
Saya lihat kegiatan dan peranan kerajaan dalam membantu Gerakan Koperasi negara ini nampak agak malap. Tiada nampak inisiatif-inisiatif baru yang dilancarkan, kebanyakkan program-program lama yang dikitar semula. Bahkan , gerakan koperasi juga tidak ada peranan dalam kongress bumiputera yang diadakan baru-baru ini. Walhal, hampir 90% bumiputera terlibat dalam kegiatan koperasi negara ini, khususnya di kawasan Felda, Risda,, nelayan, Guru guru, tentera dan polis. Sepatutnya dalam keadaan ekonomi yang susah, kerajaan melihat kepentingan gerakan koperasi ini dan membantu gerakan koperasi dengan inisiatif baru dan program yang berkesan.
Agaknya isu kekurangan kepimpinan mereka yang boleh membawa hala tuju gerakan koperasi. Agaknya mereka pun kurang faham apa koperasi boleh lakukan. Pembuat dasar masih tidak memandang gerakan koperasi negara ini boleh membantu kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup. Padahal , jika dilihat sejarah penubuhan koperasi di dunia ini, adalah untuk membantu anggota-anggotanya yang susah supaya dapat kemudahan melalui penglibatan mereka dalam koperasi. Oleh kerana koperasi itu mereka punya, dikendalikan sendiri, pastinya kos barangan dan perkhidmatan yang mereka langgan adalah dengan harga yang berpatutan.
Saya berdoa dan berharap, kerajaan dan pembuat dasar lihat kepentingan koperasi dinegara ini. Kewujudan gerakan koperasi dinegara ini melebihi 100 tahun dan masih relevan. Bantulah koperasi dengan program yang berinovatif, Bantulah bimiputera melalui Gerakan koperasi. Gembelingkan mereka yang mahir dalam bidang ini, ramai lembaga koperasi yang berjiwa besar dan berilmu. Libatkan mereka dalam merancang pembangunan koperasi. Masih ada ruang yang boleh diperbaiki.
No comments:
Post a Comment