Tuesday 1 September 2020

Anggota Adalah Faktor Utama Kejayaan Koperasi

 Apakah sebenarnya faktor kejayaan sebuah koperasi.? 


Jawapannya adalah anggota yang berkualiti, yang komitmen tinggi dengan koperasi yang dianggotainya. Kenapa anggota koperasi itu penting;

  • anggota yang aktif , yang faham akan menyumbang modal untuk koperasi melalui saham atau syer koperasi. Puangan atas saham adalah dividen apabila koperasi memperolehi keuntungan  dan diputuskan dalam mesyuarat agung koperasi
  • anggota yang aktif akan berlanggan dengan koperasi. Mereka akan membeli produk dan perkhidmatan koperasi mereka. Sudah pasti koperasi akan menjual produk perkhidmatan dengan harga yang berpatutan kerana belanjawan koperasi diluluskan dalam mesyuarat agung koperasi
  • anggota yang aktif akan mengambil tau perkembangan koperasi mereka. Mereka bayar saham, mereka tambah saham, sudah pasti mereka ingin mengetahui aktiviti yang koperasi buat dari saham mereka itu. Apabila anggota mengambil tau kegiatan koperasi, sudah pasti koperasi akan diurus dengan baik. Ini pastinya meningkatkan hasil dalam koperasi.
  • anggota yang aktif adalah anggota yang berilmu. Mereka akan menyumbang idea yang bernas untuk pembangunan koperasi mereka. Kebijaksanaan anggota boleh membantu anggota lain melantik mereka menjadi lembaga koperasi. Peranan lembaga koperasi adalah untuk menentukan koperasi diurus dengan baik.
  • anggota yang aktif adalah anggota yang bermasyarakat. Koperasi adalah aktiviti berkelompok. Bukan bertindak untuk kepentingan diri. Oleh itu sifat kerjasama, sifat kerja berpasukan akan menentukan kejayaan sesebuah koperasi itu.


Friday 17 July 2020

Anggota Koperasi Penentu Kejayaan Koperasi

Malam ni, sempat beramah mesra dengan Jawatan Kuasa Koperasi negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh Dato Hashim Mamat, orang lama dalam gerakan koperasi Terengganu. Dalam ucapan saya, saya menegaskan kejayaan sesebuah koperasi adalah bergantung kepada sumbangan dan komitmen anggotanya. Ini adalah faktor utama. Kekuatan anggota ini kerana:-

  • anggota yang akan menyumbang modal kepada koperasi mereka. Apabila merreka yakin koperasi boleh memberi faedah kepada mereka, anggota akan meningkatkan sumbangan saham mereka dalam koperasi. Ini merupakan punca kewangan mudah koperasi
  • anggota yang akan melanggan dengan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi mereka, anggota adalah pelanggan tetap
  • anggota mesti mempunyai sifat ingin tau perkembangan koperasi mereka, kehadiran mereka dalam mesyuarat agung koperasi dan memberi idea utk membangunkan koperasi.
  • anggota juga bersedia menawarkan diri untuk bekerja dengan koperasi, baik secara tetap atau sukarela
  • anggota akan mempunyai networking sesama mereka, ini akan menyebarkan maklumat koperasi untuk faedah bersama

Apabila adanya kekuatan anggota ini, kefahaman mereka yang meningkat, faktor sumbangan modal dan idea untuk membantu koperasi akan datang selepas itu. Oleh itu, koperasi hendaklah mengadakan program untuk menambah `keanggotaan, program untuk menambah pengetahuan anggota mengenai koperasi mereka dan seterusnya program networking dengan anggota mereka. Belanja dalam teknologi maklumat dan media supaya tersbarnya pengetahuan kepada anggota koperasi.

Friday 24 April 2020

Kesan kawalan pergerakan kepada aktiviti koperasi

Koperasi mempunyai objektif memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada semua anggotanya pada kadar harga yang berpatutan. Sudah pasti kawalan pergerakan semasa wabak convid ini akan memberi kesan kepada sebahagian aktiviti koperasi. Aktiviti yang terjejas antaranya pelancungan, perhotelan, pembinaan dan hasil kraf tangan. Ini kerana kita diminta duduk dirumah untuk mencegah wabak ini merebak. Namun begitu aktiviti kedai runcit, pinjaman , arrahnu dan kesihatan tidak terjejas sangat kerana aktiviti ini diklaskan sebagai keperluan. Apa sepatutnya kita sebagai lembaga dan anggota koperasi berperanan semasa ini:-


  • Sebagai lembaga koperasi, kita mestinya sangat peka dengan keperluan dan masalah anggota kita. Lembaga mesti cari jalan membantu anggota kita yang terjejas.
  • Sebagai anggota pula, ini masanya kita sama-sama membantu jika ada anggota lain yang bermasalah. Contohnya kita tambah lagi saham dan yuran kita supaya koperasi dapat menyediakan perkhidmatan kepada anggota kita yang terjejas dengan harga yang rendah. Motif keuntungan bukan tujuan kita.
  • Lembaga hendaklah mengesan mana-mana anggota kita yang terjejas, gunakan laman web resmi koperasi sebagai media perhubungan.
  • Semangat kerjasama telah menjadi prinsip asas kenapa kita berkoperasi. Kalau prinsip ini tidak diamalkan , pincanglah perjalanan koperasi kita. Kita tidak boleh mendakwa kita ini berkoperasi.
  • Akhirnya , secara berkumpulan, kita jalainkan kerjasama antara kita , antara koperasi dan sama-sama memberikan pandangan kepada kerajaan.