Saturday 29 October 2016

Peranan Sebagai Pegawai Penyelia Koperasi


Peranan sebagai pegawai penyelia koperasi


1.       Sebagai seorang pegawai penyelia, tuan/puan mestilah mempunyai ilmu yang baik mengenai perundangan koperasi, pengurusan koperasi dan segala hal yang berkaitan dengan hal –ehwal koperasi.

2.       Pegawai mesti yakin bahawa prinsip dan falsafah koperasi mesti di dukung supaya roh koperasi hidup dalam setiap koperasi yang diselia

3.       Diantara peranan kita sebagai pegawai penyelia koperasi adalah:-

a.       Menasihat dan membimbing koperasi dalam hal peraturan koperasi

b.      Memberi idea dan pandangan mengenai aktiviti yang koperasi hendak jalankan. Pastikan aktiviti koperasi itu diperlukan olah majority anggota koperasi, tidak menindas anggota dengan bayaran yang melampau.

c.       Menjadi orang tengah dalam perselisihan pendapat antara lembaga dan anggota

d.      Memaklumkan kejayaan koperasi kepada orang ramai, sebagai satu usaha untuk mempromosikan kelebihan berkoperasi

e.      Menyediakan laporan mengenai perangkaan koperasi. Ini semua sebagai maklumat perancangan masa depan gerakan koperasi

4.       Dalam kaedah penyeliaan ini, pejabat penyeliaan perlu ada system yang baik dalam memantau perjalanan sesebuah koperasi itu. Sistem yang ada mampu mengesan masalah diperingkat awal lagi. Pastikan ada laporan dari pegawai yang menyelia kepada pegawai atasannya. Highlight isu –isu yang perlu diberitau kepada pengurusan atasan. Diantara isu-isu yang perlu dipantau ialah:-

a.       Kewangan koperasi yang makin susut, isu cash flow yang meruncing

b.      Keanggotaan koperasi yang trend menurun

c.       Lembaga koperasi lama tidak bermesyuarat seperti yang dikehendaki oleh undang-undang kecil koperasi

d.      Akaun koperasi tidak kemaskini

e.      Terdapat unsur salah laku lembaga

f.        Koperasi menidas anggota melalui kos perkhidmatan yang mahal dan tidak munasabah

g.       Mendapatkan keuntungan berlebihan dari anggota

5.       Sebagai pegawai penyelia, kita perlu mempunyai hubungan yang baik tetapi dalam masa yang sama koperasi menghormati peranan kita. Jangan pula kita terpengaruh dengan lembaga koperasi yang menyebabkan kita tidak bertindak dengan sewajarnya. Beberapa tips yang boleh dikongsi apabila menyelia koperasi ini ialah:-

a.       Sentiasa berhubung dengan koperasi, paling tidak 2 bulan sekali

b.      Adakan profile koperasi untuk rujukan kita, masukkan maklumat penting antaranya alamat, jumlah anggota, jumlah saham, aktiviti, apa isu semasa koperasi, keuntungan tahunan dan telepon. Letakan di atas meja kita supaya hari-hari di lihat.

c.       Gunakan saikologi, perrhatikan karektor setiap lembaga dan cari kelemahan mereka supaya senang kita tackle

d.      Gunakan kaedah menasihat, kadang2 perlu ketegasan. Lihat situasi

e.      Jangan komit dengan pendapat jika tuan/puan tidak yakin itu pendapat yang masih diragui. Minta masa untuk rujuk masalah tersebut kepada ketua kita.

 

Friday 21 October 2016

Co-operatives are significant economic factors in national economies


Co-operatives are significant economic factors in national economies

Presented at the 2014 International Co-operative Summit, the third edition of the World Co-operative Monitor revealed that the turnover of the largest 300 co-operatives has grown by 11.6% to reach 2.2 trillion USD in 2012, equivalent to the GDP of Brazil. The overall turnover of the near 2,000 co-operatives in the 65 countries surveyed by the Monitor totals 2.6 trillion.
*       In Denmark, consumer co-operatives in 2007 held 36.4% of consumer retail market. Source: Coop Norden AB Annual Report 2007. 
*       In Japan, the agricultural co-operatives report outputs of USD 90 billion with 91% of all Japanese farmers in membership. In 2007 consumer co-operatives reported a total turnover of USD 34.048 billion with 5.9% of the food market share. Source: Co-op 2007 Facts & Figures, Japanese Consumers' Co-operative Union.
*       In Mauritius, in the agricultural sector, co-operators play an important role in the production of sugar, vegetable, fruit and flower, milk, meat and fish. Nearly 50% of sugar-cane planters are grouped in co-operatives. Source: Ministry of Industry, Small & Medium Enterprises, Commerce & Cooperatives.
*       In The Ivory Coast, co-operatives invested USD 26 million into setting up schools, building rural roads and establishing maternal clinics in 2002. Source: ICA, Briefing for NGOs on the Work of the Noncommunicable Diseases and Mental Health Cluster, 2004. 
 

*       In New Zealand, 3% of the gross domestic product (GDP) is generated by co-operative enterprise. Co- operatives are responsible for 95% of the dairy market and 95% of the export dairy market. Source: New Zealand Co-operative Association, 2007.
Ssumber : ICA

Monday 17 October 2016

Faktor Kejayaan Koperasi Tulen

Jika kita kaji koperasi-koperasi yang Berjaya, kebanyakannya telah berdaftar sekian lama, ada yang lebih 50 tahun. Kenapa ye? Koperasi ini banyak menerima cabaran  tetapi masih mampu bertahan. Contohnya koperasi tentera, koperasi guru, koperasi kakitangan kerajaan,  termasuklah bank rakyat. Apakah factor yang menentukan kejayaan koperasi tersebut.


Pada pandangan saya Diantara faktor faktor kejayaan koperasi ini ialah:-
  • Tadbir urus yang baik , samada diperingkat lembaga koperasi dan kakitangan. Komitmen mereka tinggi
  • Bertindak professional,, pembahagian tugas lembaga dengan pasukan pengurusan 
  • Mempunyai SOP, garis panduan dan peraturan peraturan yang tersusun
  • Komitmen anggota adalah tinggi terutama dalam menyumbang modal koperasi : selalu tambah saham dan yuran, serta berlanggan dengan produk-produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh  koperasi
  • Memberi kepercayaan kepada barisan lembaga yang dipilih dalam mesyuarat agung
  • lembaga yang amanah dan sedar akan tanggungjawab mereka sebagai lembaga
  • Mempunyai pasukan audit dalam yang baik, semakan audit yang baik dan telus
  • Mempunyai pengurus dan kakitangan yang mahir dan berpengalaman dalam pengurusan koperasi, bahkan mereka yang banyak mengingatkan lembaga koperasi mengenai peraturan dan pengurusan koperasi
  • Mempunyai produk dan perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh anggota koperasi. Bukan buat produk yang membebankan anggota.
  • Pastinya mempunyai hubungan yang baik dengan SKM dan sentiasa mendapatkan nasihat dari pegawai SKM

Faktor Kejayaan Koperasi Tulen

Jika kita kaji koperasi-koperasi yang Berjaya, kebanyakannya telah berdaftar sekian lama tetapi masih mampu bertahan. Contohnya koperasi tentera, koperasi guru termasuklah bank rakyat. Apakah factor yang menentukan kejayaan koperasi tersebut. Diantara faktor faktor kejayaan koperasi ii ialah:-
  • Tadbir urus yang baik , samada diperingkat lembaga koperasi dan kakitangan
  • Mempunyai peraturan peraturan yang tersusun
  • Komitmen anggota dalah tinggi terutama dalam menyumbang modal koperasi : tambah saham dan yuran, serta berlanggan dengan produk koperasi
  • Memberi kepercayaan kepada barisan lembaga yang dipilih dalam mesyuarat agung
  • lembaga yang amanah dan sedar akan tanggungjawab mereka sebagai lembaga
  • Mempunyai semakan audit yang baik dan telus
  • Mempunyai pengurus dan kakitangan yang mahir dan berpengalaman dalam pengurusan koperasi, bahkan mereka yang banyak mengingatkan lembaga koperasi mengenai peraturan dan pengurusan koperasi
  • Mempunyai produk dan perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh anggota koperasi
  • Pastinya mempunyai hubungan yang baik dengan SKM dan sentiasa mendapatkan nasihat dari pegawai SKM

Saturday 16 January 2016

KOPERASI - Cabaran Tahun 2016

Dalam keadaan ekonomi kita yang tidak menentu pada tahun ini akibat kejatuhan harga minyak dan penurunan ringgit,kos sara hidup yang meningkat,  perniagaan koperasi juga terjejas yang menyebabkan pendapatan koperasi menurun. Pendapatan koperasi menurun , jika kos operasi yang masih sama, ada kemungkinan ada koperasi yang mengalami kerugian. Keadaan ini jika berlaku, koperasi tidak akan mampu memberi dividen dan rebet kepada anggota-anggotanya.
Oleh itu apa lembaga koperasi dan pengurusan koperasi perlu lakukan? Keadaan tidak saa seperti dulu...kena berubah. Antaranya :-
  • pihak pengurusan koperasi kena jimat berbelanja, lihat struktur belanjawan kita. Optimakan peruntukan yang ada untuk mendatangkan impak yang tinggi
  • focus kepada perniagaan yang betul-betul menguntingkan koperasi dan memberi faedah kepada anggota koperasi
  • memperkemaskan tadbir urus koperasi. Zaman bermewah sudah habis!
  • kena gerakkan rangkaian antara koperasi..kerjasama antara koperasi supaya economy of scale boleh dijalankan.
  • maklumat mesti telus dan cepat. Keputusan yang lebih pantas setelah kajian mendalam dibuat.
Adalah menjadi harapan kita, koperasi kita , menbantu anggota kita dalam kehidupan ini. Cuba cari jalan supaya anggota kita menggunakan perkhidmatan dan barangan koperasi kita dengan harha yang berpatutan. Kerana itu adalah tujuan kita berkoperasi. Salam.