Pada pandangan saya Diantara faktor faktor kejayaan koperasi ini ialah:-
- Tadbir urus yang baik , samada diperingkat lembaga koperasi dan kakitangan. Komitmen mereka tinggi
- Bertindak professional,, pembahagian tugas lembaga dengan pasukan pengurusan
- Mempunyai SOP, garis panduan dan peraturan peraturan yang tersusun
- Komitmen anggota adalah tinggi terutama dalam menyumbang modal koperasi : selalu tambah saham dan yuran, serta berlanggan dengan produk-produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi
- Memberi kepercayaan kepada barisan lembaga yang dipilih dalam mesyuarat agung
- lembaga yang amanah dan sedar akan tanggungjawab mereka sebagai lembaga
- Mempunyai pasukan audit dalam yang baik, semakan audit yang baik dan telus
- Mempunyai pengurus dan kakitangan yang mahir dan berpengalaman dalam pengurusan koperasi, bahkan mereka yang banyak mengingatkan lembaga koperasi mengenai peraturan dan pengurusan koperasi
- Mempunyai produk dan perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh anggota koperasi. Bukan buat produk yang membebankan anggota.
- Pastinya mempunyai hubungan yang baik dengan SKM dan sentiasa mendapatkan nasihat dari pegawai SKM
Memang betul En. Zazali. Koperasi saya di tubuh sejak 10 tahun dahulu. Kami memang ada Lembaga Pengarah yang baik, tetapi sedihnya semua mereka ada kerja penuhmasa dan tidak dapat menyumbang kepada perkembangan Koperasi. Dalam sepuloh tahun in kami telah memperolehi bangunan Koperasi yang sendiri. Pendapatan dari sewa bangunan cuma cukup untuk membayar pinjaman yang kita perolehi dari SKM. Oleh kerana tanggungan hutang, kami tidak mampu membayar dividend kepada anggota-anggota atau pun menggajikan kakitangan bagi urusan Koperasi. Ini satu kelemahan Koperasi tidak menarik ramai lagi ahli-ahli. Apakah nasihat En. Zazali boleh berikan pada Koperasi ini untuk terus maju.
ReplyDelete