Thursday 28 November 2013

Tribunal Koperasi

Pertikaian antara anggota dengan lembaga koperasi, ataupun dikalangan lembaga koperasi sendiri telah menjadi asam garam pengurusan sesebuah koperasi. Kerajaan telah menyediakan tempat rujukan untuk membantu menyelesaikan pertikaian tersebut iaitu melalui Tribunal Koperasi yang diletakan di bawah  Suruhanjaya Koperasi.
Pada pandangan saya, jika tadbir urus koperasi baik dan telus, isu pertikaian ini kita boleh minimakan dan tidak membuang masa untuk pergi ke tribunal. Lembaga koperasi harus tanamkan semangat kerjasama yang kuat, selari dengan falsafah koperasi. Lagi pun malu pada anggota kita jika pertikaian ini menjadi buah mulut masyarakat.

Saturday 23 November 2013

CARUMANAN KEPADA KUMPULANG WANG PENDIDIKAN

Sistem kewangan pengurusan koperasi di negara ini sangat baik dan menarik. Jika betul diuruskan, perkembangan gerakan koperasi dalam negra ini tidak memerlukan sumbangan kerajaan. Gerakan koperasi boleh berdikari sendiri melalui perbagai kumpulan wang yang ada mengikut Akta Koperasi. Salah satunya ialah Kumpulang Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang mana koperasi yang mendapat untung bersih melebihi RM50,000 kena mencarum dalam kumpulan wang ini, jumlah yang diambil dari keuntungan bersih koperasi tersebut. Dana ini akan membantu Gerakan koperasi dalam hal pendidikan koperasi, yang akhirnya akan memajukan perniagaan koperasi secara keseluruhannya. Dana ini sentiasa meningkat. Surat perintah untuk potongan tersebut yang perlu dipatuhi oleh Gerakan Koperasi, sila rujuk disini Tekan butang

Friday 22 November 2013

Penyeliaan Berkesan

Ini adalah antara slide taklimat saya kepada pegawai baru Suruhanjaya Koperasi (SKM)  yang akan bertugas sebagai penyelia koperasi, taklimat yang telah diberikan kepada kakitangan SKM<iframe src="https://docs.google.com/file/d/0B4vLvXOZHmwwYnpqVDJpZlJfNVE/preview" width="340" height="280"></iframe>

Wednesday 20 November 2013

Konflik dalam koperasi

Konflik atau pertikaian antara sesama lembaga koperasi, atau antara lembaga koperasi dengan pihak pengurusan, ataupun pertikaian antara anggota koperasi dengan pihak lembaga koperasi bukannya perkara baru. Isu pertikaian ini telah berlaku sejak mula koperasi bertapak di negara ini kerana pertubuhan koperasi adalah pertubuhan yang dianggotai oleh manusia. Fikiran dan perasaan manusia yang menjadi anggota koperasi tidak sama antara satu dengan yang lain. Ini bermakna pertikaian isu dalam koperasi adalah perkara biasa. Cuma bagaimana isu ini dihadapi oleh mereka. Jika perpanjangan , maka berpecah belah hingga membawa kes ke Tribunal koperasi. Yang menang akan mendapat pampasan tetapi selalunya hubungan antara mereka sukar nak diperbetulkan balik. Kalau diselesaikan cara baik, sama dapat persetujuan, maka hubungan nya akan berkekalan dan koperasi pun jimat kos sebab tidak perlu pakai peguam yang mahal.
Melalui pengalaman , sebaik-baiknya pertikaian yang berlaku diselesaikan dengan baik, kaedahnya:-
  • kenalpasti isu tersebut secara jujur oleh semua pihak, dengan suci hati, niat hanya untuk memajukan koperasi
  • Cuba usaha mencari persetujuan bersama atas isu tersebut, cuba kompromi
  • Cari pilihan tindakan untuk mengatasi isu tersebut
  • kawal emosi dan bertindak rasional
  • Hormati semua pendapat dan menjadi pendengar yang baik
Pengalaman sebagai panel tribunal koperasi, banyak isu yang dibicarakan mengambil masa dan ada yang berlaku terlalu lama hingga banyak yang lupa fakta. Oleh itu, demi semangat koperasi, jalan yang paling baik untuk menyelesaikan pertikaian dalam koperasi adalah bermusyuwarah dengan hati yang terbuka.

Sunday 17 November 2013

Kumpulan Wang Likuiditi Koperasi


Likuiditi merupakan kelemahan utama yang perlu diatasi oleh koperasi untuk berkembang
Pengalaman yang lalu
-1980an dan 1998 – Kerajaan terpaksa menyediakan soft loan  untuk menstabilkan koperasi kredit dan koperasi pengambil deposit yang menghadapi masalah likuiditi. Kos menyelamat ini sangat tinggi jika krisis ini berulang.
Oleh itu penubuhan Kumpulan Wang Likuiditi Pusat (KWLP)  adalah salah satu satu kaedah yang dirumus oleh kerajaan khasnya SKM bagi menyediakan kemudahan likuiditi kepada koperasi yang layak
Dana ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan kestabilan kewangan dengan menyediakan sumber pinjaman kepada koperasi
 KWLP hendaklah daripada –
(a)  caruman yang disumbang oleh koperasi;
(b)  wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh SKM; dan
 (c)wang yang dipinjam
(Seksyen 42 (1) dan (2) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007)
 (d) atau dijana oleh SKM dengan mengeluarkan bon, debentur, stok debentur atau mana-mana sekuriti lain.
.

Mampukah koperasi bertahan

Gerakan Koperasi di negara kita telah menjangkau umur hampir 90   tahun. Dalam seusia begini, Gerakan Koperasi kita sebenarnya telah matang, berpengalaman  dan mempunyai daya saing yang sangat baik. . Sebagai koperator, kita sepatutnya boleh belajar dari perkembangan Gerakan Koperasi yang berlaku dalam negara ini. Ada koperasi yang mampu bertahan dari awal penubuhannya iaitu sama dengan pengenalan Gerakan Koperasi di negara ini dan ada koperasi yang berkubur akhirnya hanya setelah beberapa tahun didaftarkan dan menjejaskan kepercayaan orang ramai sebanyak
Koperasi Ladang Pekebun Kecil yang sangat berjaya hingga hari ini
sedikit terhadap koperasi negara ini. Banyak koperasi yang baru tubuh tidak mampu bertahan lama.

Monday 11 November 2013

Koperasi Kredit Terbaik 2013

Koperasi Guru Melayu Kedah Berhad patut dijadikan contoh oleh mana-mana koperasi yang ingin jalankan aktiviti kredit. Koperasi ini didaftarkan pada 21 Januari 1950   dengan  jumlah keanggotaan kini seramai  13, 367 orang. Kejayaan koperasi dalam menjalankan aktiviti pinjaman kepada anggotanya patut dijadikan contoh dan lambang kejayaan koperasi guru di Malaysia.  Koperasi ini menyediakan berbagai jenis  pinjaman tanpa faedah dengan hanya mengenakan kos prosesan  sahaja.  Dengan sambutan yang baik daripada anggota, koperasi ini mampu memiliki banyak aset antaranya beberapa rumah kedai,  hotel, pusat dialysis buah pingang dan hospital bersalin. Faktor kejayaan koperasi ini juga turut di kongsi bersama dengan masyarakat setempat khususnya para pelajar miskin disekitar Kedah yang dijadikan anak angkat koperasi. Difahamkan, banyak koperasi yang telah datang melawat dan mendengar taklimat dari koperasi ini.
Atas kejayaan tersebut, koperasi ini telah dianugerahkan koperasi kredit terbaik tahun 2013 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia semasa sambutan Hari Koperasi Negara 2013 yang lalu.
Pejabat Koperasi Guru Melayu Kedah Berhad

YANG SAMA SAIZ DAN AKTIVITINYA.