Saturday, 23 November 2013

CARUMANAN KEPADA KUMPULANG WANG PENDIDIKAN

Sistem kewangan pengurusan koperasi di negara ini sangat baik dan menarik. Jika betul diuruskan, perkembangan gerakan koperasi dalam negra ini tidak memerlukan sumbangan kerajaan. Gerakan koperasi boleh berdikari sendiri melalui perbagai kumpulan wang yang ada mengikut Akta Koperasi. Salah satunya ialah Kumpulang Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang mana koperasi yang mendapat untung bersih melebihi RM50,000 kena mencarum dalam kumpulan wang ini, jumlah yang diambil dari keuntungan bersih koperasi tersebut. Dana ini akan membantu Gerakan koperasi dalam hal pendidikan koperasi, yang akhirnya akan memajukan perniagaan koperasi secara keseluruhannya. Dana ini sentiasa meningkat. Surat perintah untuk potongan tersebut yang perlu dipatuhi oleh Gerakan Koperasi, sila rujuk disini Tekan butang

Jika dirujuk pada pada aturan kumpulanwang ini, tujuan khususnya adalah seperti berikut

(a)
untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan pengendalian Maktab Kerjasama;
(b)
untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan kajian mengenai pergerakan koperasi;
(c)
untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan mengadakan seminar, persidangan atau mesyuarat koperasi, dan penyertaan mana-mana anggota mana-mana koperasi berdaftar atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa di seminar, persidangan atau lawatan sambil belajar koperasi di peringkat antarabangsa;
(d)
untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan kemajuan pendidikan koperasi dalam apa jua bentuk yang difikirkan relevan oleh Jawatankuasa;
(e)
untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan pentadbiran Kumpulan Wang Amanah.


No comments:

Post a Comment