Konflik atau pertikaian antara sesama lembaga koperasi, atau antara lembaga koperasi dengan pihak pengurusan, ataupun pertikaian antara anggota koperasi dengan pihak lembaga koperasi bukannya perkara baru. Isu pertikaian ini telah berlaku sejak mula koperasi bertapak di negara ini kerana pertubuhan koperasi adalah pertubuhan yang dianggotai oleh manusia. Fikiran dan perasaan manusia yang menjadi anggota koperasi tidak sama antara satu dengan yang lain. Ini bermakna pertikaian isu dalam koperasi adalah perkara biasa. Cuma bagaimana isu ini dihadapi oleh mereka. Jika perpanjangan , maka berpecah belah hingga membawa kes ke Tribunal koperasi. Yang menang akan mendapat pampasan tetapi selalunya hubungan antara mereka sukar nak diperbetulkan balik. Kalau diselesaikan cara baik, sama dapat persetujuan, maka hubungan nya akan berkekalan dan koperasi pun jimat kos sebab tidak perlu pakai peguam yang mahal.
Melalui pengalaman , sebaik-baiknya pertikaian yang berlaku diselesaikan dengan baik, kaedahnya:-
- kenalpasti isu tersebut secara jujur oleh semua pihak, dengan suci hati, niat hanya untuk memajukan koperasi
- Cuba usaha mencari persetujuan bersama atas isu tersebut, cuba kompromi
- Cari pilihan tindakan untuk mengatasi isu tersebut
- kawal emosi dan bertindak rasional
- Hormati semua pendapat dan menjadi pendengar yang baik
Pengalaman sebagai panel tribunal koperasi, banyak isu yang dibicarakan mengambil masa dan ada yang berlaku terlalu lama hingga banyak yang lupa fakta. Oleh itu, demi semangat koperasi, jalan yang paling baik untuk menyelesaikan pertikaian dalam koperasi adalah bermusyuwarah dengan hati yang terbuka.
No comments:
Post a Comment