Pertikaian antara anggota dengan lembaga koperasi, ataupun dikalangan lembaga koperasi sendiri telah menjadi asam garam pengurusan sesebuah koperasi. Kerajaan telah menyediakan tempat rujukan untuk membantu menyelesaikan pertikaian tersebut iaitu melalui Tribunal Koperasi yang diletakan di bawah Suruhanjaya Koperasi.
Pada pandangan saya, jika tadbir urus koperasi baik dan telus, isu pertikaian ini kita boleh minimakan dan tidak membuang masa untuk pergi ke tribunal. Lembaga koperasi harus tanamkan semangat kerjasama yang kuat, selari dengan falsafah koperasi. Lagi pun malu pada anggota kita jika pertikaian ini menjadi buah mulut masyarakat.
No comments:
Post a Comment