Sunday, 17 November 2013

Mampukah koperasi bertahan

Gerakan Koperasi di negara kita telah menjangkau umur hampir 90   tahun. Dalam seusia begini, Gerakan Koperasi kita sebenarnya telah matang, berpengalaman  dan mempunyai daya saing yang sangat baik. . Sebagai koperator, kita sepatutnya boleh belajar dari perkembangan Gerakan Koperasi yang berlaku dalam negara ini. Ada koperasi yang mampu bertahan dari awal penubuhannya iaitu sama dengan pengenalan Gerakan Koperasi di negara ini dan ada koperasi yang berkubur akhirnya hanya setelah beberapa tahun didaftarkan dan menjejaskan kepercayaan orang ramai sebanyak
Koperasi Ladang Pekebun Kecil yang sangat berjaya hingga hari ini
sedikit terhadap koperasi negara ini. Banyak koperasi yang baru tubuh tidak mampu bertahan lama.
 
Kita sepatutnya belajar dari peristiwa tersebut, kenapa setengah koperasi  terus berjaya dan kenapa pula ada koperasi tidak lama hayatnya. Pastinya, pengajaran yang baik akan kita jadikan teladan dan yang buruk akan kita jadikan sempadan. Belajarlah dari kegagalan yang lalu untuk kita membaiki keadaan koperasi kita untuk masa akan datang.

Umumnya Koperasi yang berkualiti dalam pentadbiran serta pengurusannya adalah koperasi yang mampu bertahan lama, koperasi ini yang mengamalkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan berladaskan prinsip dan falsafah koperasi. Diantara faktaor-faktor kualiti yang mesti ada  ialah ketulusan dalam pengurusan, ketelusan dalam membuat keputusan, pematuhan undang-undang yang baik, berhemah dan berdisplin dalam perbelanjaan, pengaliran maklumat yang jelas antara lembaga, pengurusan koperasi  dengan anggota-anggota, mengutamakan kebajikan dan perkhidmatan kepada para anggotanya,  mengemaskinikan rekod-rekod kewangan mengikut masa yang ditetapkan dan mengadakan mesyuarat-mesyuarat seperti yang dikehendaki oleh undang-undang kecil koperasi.

Koperasi-koperasi yang mempunyai ciri-ciri tersebut adalah koperasi yang mampu membantu anggota-anggotanya baik dari segi ekonomi dan sosial, iaitu  berjaya memenuhi tujuan penubuhan koperasi mengikut persetujuan penubuhannya. Koperasi jenis inilah yang yang mampu bertahan lama, kita mahu mengikuti perkembangan koperasi ini  dan koperasi jenis inilah yang ingin kita kembangkan lebih banyak lagi. Contoh-contohnya Koperasi  PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD , BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BANK RAKYAT, KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BERHAD dan KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERHAD  (rujuk 100 indeks koperasi terbaik SKM

No comments:

Post a Comment