Monday 6 February 2017

ANGKASA Badan Puncak Koperasi

ANGKASA telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan puncak koperasi. Sebagai badan puncak, ANGKASA akan mewakili gerakan koperasi dalam Negara ini. Kerajaan sebenarnya boleh mengiktiraf mana-mana gabungan koperasi sebagai apex koperasi selain dari ANGKASA. Namun, keyakinan diberi kepada ANGKASA untuk mewakili gerakan koperasi Negara ini. Untuk itu, kerajaan telah memberi banyak kemudahan dan sokongan kepada badan puncak tersebut, antaranya kemudahan biro potongan gaji, peruntukan dana  kumpulan wang amanah dan menerima kunjungan wakil badan puncak ini dalam perbincangan bersama  kerajaan semasa mengariskan dasar dan polisi kerajaan. Contohnya dalam meminda Akta Koperasi atau menyediakan deraf Rancangan Pembangunan Kerajaan, pandangan ANGKASA diterima dan dibincangkan.. Untuk itu, ANGKASA perlu lebih kuat dan pro aktif dalam membangunkan gerakan koperasi Negara ini.Sudah sampai masanya kerajaan menentapakan Sasaran yang ANGKASA mesti capai (KPI) dan sasaran ini perlu dibentangkan kepada kerajaan sebagai balasan pengiktirafan dan kemudahan yang telah diberi selama ini. Kita ingin melihat ANGKASA menetapkan  :_
  • apa sasaran turn over perniagaan aktiviti koperasi yang menjadi anggotanya
  • bagaimana kerjasama antara koperasi boleh dipertingkatkan
  • tunjukkan impak program kursus pendidikan koperasi yang telah dijalankan
  • bagaimana konsep dan falsafah koperasi mesti di kekalkan sebagai identity
  • apa impaknya slogan jati diri koperasi yang selama ini diperjuangkan
  • Promosi bagaimana untuk meningkatkan imej dan kemajuan koperasi