Salam Berkoperasi.
Bulan Jun ni , rancak koperasi yang aktif mengadakan mesyuarat agung tahunannya. Ianya dibuat untuk menyahut keperluan Akta Koperasi yang menetapkan tempoh 6 bulan setelah tutup akuan hendaklah mengadakan mesyuarat agung tahunan. Pastinya akaun tahunan tersebut telah diaudit oleh auditor yang bertauliah dan dibentangkan dalam mesyuarat agung nanti untuk kelulusan, terutamanya untuk pembahagian keuntungan termasuk dividen pada anggota.
Saya cuma nak bawa agenda pemilihan lembaga. Mengunakan teknologi, meriah dalam watsup-watsup group koperasi mereka berkempen . Kalau ada yang tak tahan mental boleh terbakar dan jadilah cabar mencabar. Melalui pengalaman , suka saya cadangkan beberapa kriteria yang boleh dijadikan panduan untuk memilih :-
- sebaiknya setiap calon ada profilnya untuk dibaca oleh anggota-anggota koperasi, terutama untuk memberi kefahaman kepada mereka yang baru jadi anggota. Profil ringkas mengenai diri calon dan pengalaman calon
- Karektor calon perlu dilihat, jangan hanya muncul atau aktif sempena mesyuarat agung sahaja. Ni bagi saya kurang aktif sebenarnya ,
- Pengalaman dan kemahiran calon juga perlu dinilai, pilihlah calon yang faham koperasi dan perniagaan koperasi, pastinya mesti ada jiwa koperasi, keutamaan untuk membantu anggota-anggota koperasi.
- Latarbelakang calon, pastinya tiada isu-isu yang telah merosakkan organisasi yang telah mereka buat sebelum ini, calon yang begini seharusnya ditolak kerana kerisauan perkara tersebut akan timbul kembali. Banyak lagi calon-calon yang sesuai. Pilih muka baru yang ada karisma.
- Pilih mengikut keyakinan anggota kerana ini hak anggota, jangan mudah dipengaruhi dengan faktor-faktor lain, anggota patutnya tepuk dada tanya selera, Tunaikan hak dengan jujur dan penuh tanggungjawab.

No comments:
Post a Comment