Tuesday, 10 July 2012

KESALAHAN KOPERASI

Mengikut Seksyen 91 Akta Koperasi, kesalahan-kesalahan yang mesti dielakkan OLEH LEMBAGA DAN INDIVIDU yang menguruskan koperasi iaitu:-

·                     tidak patuh kepada peruntukan Akta Koperasi dan arahan Ketua Pendaftar
·                     koperasi membuat kenyataan palsu atau memberi maklumat palsu kepada anggota dan Ketua Pendaftar
·                     koperasi melakukan perbuatan atau aktiviti tanpa kelulusan Ketua Pendaftar, jika kelulusan Ketua Pendaftar atau kelulusan Mesyuarat Agung Koperasi  itu telah diwajibkan oleh Akta Koperasi.

Apabila sabit kesalahan, koperasi atau individu yang terlibat boleh didenda tidak lebih RM 50,000 (Lima Puluh Ribu ) atau dipenjarakan tidak lebih 4 tahun atau kedua-dua hukuman sekali. Jika kesalahan itu berterusan, boleh didenda RM 100.00 bagi setiap hari kesalahan.

Mengikut Seksyen 44 Akta Koperasi, lembaga hendaklah menguruskan dan mengawasi urusan, wang dan harta koperasi serta menjalankan segala kuasa yang perlu untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan koperasi berjalan dengan baik.

Mengikut Seksyen 45 Akta Koperasi, lembaga hendaklah bertekun dan berhemat (exercise the prudence and diligence) seperti ahli perniagaan dan bertanggungjawab secara bersama atau berasingan bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment