Thursday, 6 March 2025

Pelaburan Koperasi

Gerakan koperasi baru-baru ini telah digemparkan dengan berita pelaburan oleh sebuah koperasi yang telah dituduh  menipu anggota-anggotanya. Difahamkan sebuah koperasi di Pahang telah gagal menunaikan janji kepada anggota-anggotanya yang melabur dalam skim pelaburan yang dikendalikan oleh koperasi tersebut sehingga beberapa laporan polis telah dibuat.  Koperasi telah menjanjikan pulangan yang lumayan melalui aktiviti jualan emas, Ada beberapa tips yang patut kita fikirkan sebelum pelaburan dibuat oleh anggota koperasi , antaranya

  • Boleh ke dipercayai kadar pulangan yang dijanjikan, apa jenis aktiviti pelaburan tersebut yang boleh membawa keuntungan besar, Cuba bandingkan dengan syarikat-syarikat besar yang berjaya. 
  • Adakah skim pelaburan tersebut telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sepertimana kehendak Akta Koperasi.  Mereka yang hendak membuat pelaburan mesti minta salinan surat kelulusan tersebut,
  • Perlu dikaji track record perjalanan koperasi tersebut, sekurang-kurangnya lihat prestasi 5 tahun sebelum nya,
  • Adakah koperasi aktif dalam  pengurusannya, contohnya bila mesyuarat agung terakhir, bila akaun teraudit yang terakhir dan bila mesyuarat lembaga diadakan, Berapa dividen yang diberikan tahun-tahun sebelumnya,
  • Lihat juga rezab koperasi, simpanan dalam bank dan sebagainya. Lebih tinggi simpanan rezab, bermakna koperasi berjalan dengan keuntngan yang baik, Lihat nisbah-nisbah kewangan, rujuk pada Institut Koperasi Malaysia (IKMA) yang ada kursus kriteria pelaburan yang baik,
  • Lihat juga peraturan yang ada dalam koperasi, khususnya peraturan yang mengawal pelaburan tersebut,
  • Lihat juga peranan syarikat Trustee yang memantau pelaburan tersebut, jika tidak ada kemungkinan koperasi membuat pelaburan tidak seperti yang diluluskan oleh SKM
    Kegagalan koperasi menunaikan janji pulangan yang dibuat oleh anggota koperasi memberi kesan tidak baik pada Gerakan Koperasi. Sudah pasti akan timbul hilang keyakinan orang ramai terhadap skim pelaburan yang dibuat oleh koperasi. Walhal , banyak koperasi yang telah membuat skim pelaburan yang baik untuk anggota-anggotanya, tetapi tidaklah menjanjikan pulangan yang terlalu  besar.

Wednesday, 1 January 2025

Apa Yang Kurang


 


Alhamdulilah, saya sempat menghadiri Forum Anjuran Angkasa sempena pelunjuran Hari Koperasi Sedunia dengan tema *Koperasi membina Kesejahteraan Sejagat" pada bulan Disember 2024 yang lepas. panel panel yang bercakap dalam forum tersebut antaranya Tan Sri Abu Kasim (ex SPRM)   dan Prof Tan Sri Dr Nor Azlan (UKM). Masa pendik, ramai yang nak bertanya dan memberi pandangan tidak kesenpatan. Ahli panel byk bercakap tentang baiknya berkoperasi dan apa kerajaan boleh bantu.
Pada pandangan saya , banyak dah kerajaan membantu menyuburkan Gerakan Koperasi dinegara ini, antaranya yang sempat saya ingat , antaranya:-

  • Kerajaan  telah menyatukan Akta koperasi untuk seluruh negara, dulunya ada tiga akta berasingan untuk semenanjung, sabah dan sarawak.
  • Kerajaan  teah selaraskan semua pendaftaran dan seliaan koperasi kepada satu agensi iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). dulunya koperasi fungsi pertanian dan perikanan dibawah Kementeria Pertanian
  •  Setiap garis panduan dan dasar dikaji dan diperbaiki antaranya  Dasar Koperasi Negara (2010 - 2030) dan rangangan 5 tahun 
  • Kerajaan  peruntukan belanjajawan setiap tahun ,  hampir RM30 Juta setiap tahun dengan mengambilkira penggunaan dana Kumpulan Wang Pembangunan , Kumpulan Wang pendidikan, Tabung Modal Pusingan (TMP) dan buget dari MOF dalam belanjawan tahunan
  • Kerajaan juga telah menyelaraskan fungsi antara SKM, IKMA dan Angkasa melalui deklasai Aspirasi Koperasi Negara (ASKOM), yang mana masing masing ada fungsi yang tersendiri untuk bekerjasama membantu melonjakkan Gerakan Koperasi negara ini
  • Tambahbaik dalam Akta Koperasi, tingkatkan lagi denda dan sebagainya
  • Setiap tahun latihan koperasi ,  sumbangan bantuan diadakan.
  • Gerakan Koperasi telah berada 102 tahun dinegara ini
TETAPI APA YANG KURANG ? Dalam forum tersebut ada dibangkitkan sumbangan KDNK Gerakan koperasi masih rendah, bawah 3%. Angka ini sebenarnya tiada pengiraan yang tepat, Tiada kajian sebenar dibuat , hanya kiraan kasar berdasarkan formula sedia ada. Perlu juga dikira program kebajikan, kemudahan kebajikan dan perkhidmatan  yang disediakan kepada anggota koperasi , yang membantu anggota tersebut, yang perlu diberi penilaian jika kita hendak mengukur kesejahteraan koperasi membantu anggota-anggotanya,
Bagi saya kerajaan telah banyak membantu, yang kurang ialah apa anggota-anggota koperasi termasuk Barisan Lembaga Koperasi memainkan peranan masing-masing dalam membangunkan koperasi mereka, berlandaskan prinsip dan nilai koperasi yang sebenar. apabila nilai koperasi yang sebenar diamalkan oleh koperasi dan semua anggota koperasi dinegara ini, saya yakin Gerakan Koperasi akan membawa meningkatkan kesejahteraan hidup anggota-anggota koperasi khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Macam kita menunjuk jari, satu didepan,  yang jari-jari lain menunjuk balik  kearah kita., apa yang kita anggota boleh lakukan. Sekian.