Alhamdulilah, saya sempat menghadiri Forum Anjuran Angkasa sempena pelunjuran Hari Koperasi Sedunia dengan tema *Koperasi membina Kesejahteraan Sejagat" pada bulan Disember 2024 yang lepas. panel panel yang bercakap dalam forum tersebut antaranya Tan Sri Abu Kasim (ex SPRM) dan Prof Tan Sri Dr Nor Azlan (UKM). Masa pendik, ramai yang nak bertanya dan memberi pandangan tidak kesenpatan. Ahli panel byk bercakap tentang baiknya berkoperasi dan apa kerajaan boleh bantu.
Pada pandangan saya , banyak dah kerajaan membantu menyuburkan Gerakan Koperasi dinegara ini, antaranya yang sempat saya ingat , antaranya:-
- Kerajaan telah menyatukan Akta koperasi untuk seluruh negara, dulunya ada tiga akta berasingan untuk semenanjung, sabah dan sarawak.
- Kerajaan teah selaraskan semua pendaftaran dan seliaan koperasi kepada satu agensi iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). dulunya koperasi fungsi pertanian dan perikanan dibawah Kementeria Pertanian
- Setiap garis panduan dan dasar dikaji dan diperbaiki antaranya Dasar Koperasi Negara (2010 - 2030) dan rangangan 5 tahun
- Kerajaan peruntukan belanjajawan setiap tahun , hampir RM30 Juta setiap tahun dengan mengambilkira penggunaan dana Kumpulan Wang Pembangunan , Kumpulan Wang pendidikan, Tabung Modal Pusingan (TMP) dan buget dari MOF dalam belanjawan tahunan
- Kerajaan juga telah menyelaraskan fungsi antara SKM, IKMA dan Angkasa melalui deklasai Aspirasi Koperasi Negara (ASKOM), yang mana masing masing ada fungsi yang tersendiri untuk bekerjasama membantu melonjakkan Gerakan Koperasi negara ini
- Tambahbaik dalam Akta Koperasi, tingkatkan lagi denda dan sebagainya
- Setiap tahun latihan koperasi , sumbangan bantuan diadakan.
- Gerakan Koperasi telah berada 102 tahun dinegara ini
TETAPI APA YANG KURANG ? Dalam forum tersebut ada dibangkitkan sumbangan KDNK Gerakan koperasi masih rendah, bawah 3%. Angka ini sebenarnya tiada pengiraan yang tepat, Tiada kajian sebenar dibuat , hanya kiraan kasar berdasarkan formula sedia ada. Perlu juga dikira program kebajikan, kemudahan kebajikan dan perkhidmatan yang disediakan kepada anggota koperasi , yang membantu anggota tersebut, yang perlu diberi penilaian jika kita hendak mengukur kesejahteraan koperasi membantu anggota-anggotanya,
Bagi saya kerajaan telah banyak membantu, yang kurang ialah apa anggota-anggota koperasi termasuk Barisan Lembaga Koperasi memainkan peranan masing-masing dalam membangunkan koperasi mereka, berlandaskan prinsip dan nilai koperasi yang sebenar. apabila nilai koperasi yang sebenar diamalkan oleh koperasi dan semua anggota koperasi dinegara ini, saya yakin Gerakan Koperasi akan membawa meningkatkan kesejahteraan hidup anggota-anggota koperasi khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Macam kita menunjuk jari, satu didepan, yang jari-jari lain menunjuk balik kearah kita., apa yang kita anggota boleh lakukan. Sekian.