Thursday, 8 August 2013

Koperasi Keluarga

Salam. Selamat hari Raya , maaf zahir dan batin. Bila suasana meriah ini, dengan keluarga berkumpul, teringat saya kepada peranan Koperasi Keluarga. Musim macam ni, banyak keluarga yang besar telah mengambil kesempatan menubuhkan koperasi keluarga. Mesyuarat agung dijalankan masa ini untuk memajukan ekonomi anggota keluarga. Ada yang bertanya , apa aktiviti koperasi keluarga ini. Banyak! Antaranya :-
  • menyatukan tanah-tanah anggota keluarga yang tidak ekonomik untuk dibincang bersama, dimajukan melalui koperasi keluarga
  • untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang lain, kerana setiap anggota keluarga mesti ada kemahirannya
  • menyuburkan semangat keluargaan yang ketal
  • perpaduan yang utuh dalam keluarga
Sebenarnya banyak lagi faedah, ialah bergantung kepada niat kita. Ni nak gi beraya lagi, sambung esok ye. Bye

Friday, 2 August 2013

Tanah Wakaf

Adalah difahamkan bahawa terdapat lebih 11 ribu hektar tanah waqah terdapat di negara ini , setengahnya belum dimajukan. Ini merupakan peluang perniagaan yang boleh diambil peluang oleh gerakan koperasi negara ini. Koperasi boleh ambil langkah pro aktif dengan berkunjung ke pejabat majlis agama negeri (MAIN) untuk bertanyakan peluang-peluang tersebut. Yayasan wakaf memang nak memajukan tanah-tanah tersebut dan memerlukan pemaju-pemaju
yang mempunyai keupayaan kewangan dan pemgurusan. Salah satu contoh ialah membina hotel , ruang perniagaan dan penternakan. Untuk mendapatkan tanah dari kerajaan negeri agak payah sekarang ini, oleh itu peluang memajukan tanah-tanah wakaf ini patut direbut oleh koperasi.
Koperasi pula kalau tak cukup modal, buat skim pelaburan khas untuk mendapatkan dana dari anggota. Akhirnya usaha ini nanti beri keuntungan kepada koperasi , anggota serta mendapat pahala.