Thursday, 26 December 2013

Usul Koperasi

Setengah koperasi ada mewujudkan jawatankuasa penapis usul yang tujuannya adalah untuk menerima atau tidak usul yang telah dihantar oleh anggota untuk dibahaskan dalam mesyuarat agung koperasi. Soalannya perlukah usul anggota yang cukup notis 7 hari itu ditapis oleh lembaga koperasi. Pada pandangan saya , ini telah menafikan hak anggota tersebut bersuara dengan memberikan pandangannya dalam mesyuarat agung. Setiap usul yang cukup syarat mengikut peraturan koperasi hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat agung koperasi untuk dibahaskan dan diterima atau ditolak dalam mesyuarat agung itu nanti. Risaunya ialah , jika usul tersebut 'mengusik ' lembaga, sudah pasti usul tersebut ditolak dalam jawantankuasa penapis usul ini.
Oleh itu, setiap anggota koperasi cuba lihat amalan koperasi masing-masing, samada amalan yang bertentangan dengan prinsip koperasi ini telah diamalkan tanpa disedari oleh mereka.

Monday, 2 December 2013

Memperkasakan Gerakan Koperasi

Apabila melihat kepada perkembangan gerakan koperasi di Malaysia, yang mana lebih kurang 20 % koperasi telah memberi sumbangan 80% jumlah perniagaan koperasi. Jelas ada yang tidak seimbang. Kerana 80% koperasi lagi masih kecil dan hanya menyumbang kepada 20% perniagaan koperasi, walaupun dari segi kuantiti koperasi itu adalah besar. Bayangkan jika , kita fokus 80% koperasi yang kecil ini, bantu mereka dengan naikkan jumlah perniagaan mereka, sudah pasti jumlah perniagaan koperasi di Malaysia akan meningkat naik dengan banyaknya.

Isunya kenapa 80% koperasi masih kecil jumlah perniagaannya. Banyak sebab, antaranya:-
  • tiada komitmen anggota koperasi tersebut secara menyeluruh terhadap koperasi mereka
  • modal perniagaan tidak bertambah
  • saham mereka juga tidak bertambah
  • mungkin semasa penubuhan dulu mempunyai niat yang tertentu, niat jangka pendik
  • hanya mengharapkan bantuan kerajaan sahaja.
Oleh itu kita kena cari usaha untuk memperkasakan koperasi kecil-kecil ini. Jangan bangga dengan kuantiti tetapi mesti tekankan kualiti koperasi. Antara langkah yang boleh diambil:-
  • cantumkan koperasi-koperasi yang kecil ini, buat pemutihan semula
  • gerakankan rangkaian dan kerjasama antara koperasi,
  • sediakan dan tambah dana pinjaman mudah untuk aktiviti koperasi
  • naikkan program pendidikan anggota, program kesedaran
  • semua pihak harus terlibat membantu.
  • gerakkan koperasi besar sebagai pemangkin (mentor)