RUMUSAN KAJIAN SEMULA DASAR KOPERASI NEGARA (DKN2) : SEKTOR PEMBANGUNAN HARTANAH DAN INDUSTRI PEMBINAAN MENJELANG TAHUN 2020
- OBJEKTIF SEKTOR
- Meningkatkan bilangan koperasi yang terlibat dalam urusniaga dan pelaburan hartanah sekurang-kurangnya 3,000 buah koperasi.
- Meningkatkan nilai dalam industri hartanah sekurang-kurangnya RM5bil pada tahun 2020.
- Memperkasa rantaian nilai koperasi dalam sektor pembangunan hartanah dan industri pembinaan sekurang-kurangnya 4 buah koperasi membekalkan bahan binaan.
- ISU DAN CABARAN
Antara cabaran dan isu yang dihadapi oleh koperasi dalam sektor hartanah koperasi ini antaranya adalah seperti berikut:-
- Keperluan modal yang tinggi.
- Kurang kepakaran dalam menguruskan projek.
- Birokrasi kerajaan tempatan, yang mana memerlukan banyak kelulusan daripada pihak penguasa tempatan.
- Merupakan satu aktiviti perniagaan yang kompleks yang memerlukan pengetahuan dan maklumat yang baik.
- Kos yang tidak dijangka kerana faktor harga bahan binaan yang tidak menentu.
- Tiada jati diri berkoperasi. Setengah koperasi kurang peka dengan keperluan anggota yang memerlukan rumah mampu milik.
- Persaingan dengan pemaju swasta.
- KATEGORI PENILAIAN HARTANAH
- Pemilikan bangunan kediaman/komersil adalah berkaitan aset hakmilik koperasi dan yang menjana pendapatan.
- Pelaburan hartanah adalah pembelian aset oleh koperasi untuk satu jangka masa tertentu yang dijual/dilabur semula untuk memperoleh keuntungan.
- Pemilikan dan pajakan tanah adalah berkaitan aset milik koperasi yang dapat menjana pendapatan.
- Industri pembinaan bermaksud koperasi bertindak sebagai kontraktor dan pemaju hartanah.
- Real Estate Investment Trust (REIT) atau pelaburan amanah harta tanah merupakan pelaburan hartanah dalam bentuk unit amanah yang dikumpul dari pelabur dan diuruskan oleh koperasi melalui pembelian, penyewaan dan penjualan hartanah.
- MENGIMBAS PENCAPAIAN 2011-2014
Bil.
|
Aktiviti
|
Pencapaian 2013
(RM Bilion)
|
Pencapaian 2014
(RM Bilion)
|
Sasaran 2020
(RM Bilion)
|
1.
|
Pemilikan bangunan komersil dan kediaman
|
1.08b
|
1.48b
|
2.9b
|
2.
|
Pemilikan tanah
|
0.89b
|
1.25b
| |
3.
|
Pelaburan hartanah
|
0.23b
|
0.13b
| |
Jumlah
|
2.20b
|
2.86b
|
Ulasan pencapaian
- Berlaku peningkatan pencapaian nilai pemilikan scara keseluruhan oleh koperasi daripada RM2.20b kepada RM2.86b sebanyak 30 peratus.
- Peningkatan dapat dilihat pada pemilikan bangunan komersil dan kediaman sebanyak 37 peratus dan pemilikan tanah sebanyak 40 peratus. Walau bagaimanapun penurunan sebanyak 43 peratus dilihat pada pelaburan hartanah.
- KAJIAN SEMULA PENCAPAIAN DAN SASARAN TAHUN 2015
- Kajian Semula DKN2
Satu kajian semula dibuat berdasarkan faktor berikut:
- peluasan skop kepada kategori hartanah;
- sumbangan aktiviti hartanah merupakan tulang belakang pertumbuhan ekonomi Negara;
- secara keseluruhannya berlaku peningkatan transaksi kediaman pada tahun 2014 iaitu 27.2% (sumber Rahim & Co. Charted Surveyor)
- trend pelaburah hartanah meningkat;
- menggalakkan pemilikan hartanah di kalangan bumiputera;
- dasar semasa kerajaan yang menggalakkan pembinaan rumah mampu milik;
- Agenda dalam RMK11 bagi menjadikan koperasi sebagai pemangkin dalam membantu anggota untuk mendapatkan kediaman; dan
- mendapatkan data yang tepat dan bermakna (to have a meaningful and accurate data).
- Aktiviti yang dikategorikan di bawah Sektor Pengurusan Hartanah telah diperluaskan seperti berikut:-
- Pemilikan bangunan komersil dan kediaman;
- Pelaburan hartanah;
- Pemilikan dan pajakan tanah;
- Industri pembinaan; dan
- Pelaburan amanah harta tanah (REIT).
- Faktor Pendorong
- Faktor mendorong sektor hartanah dan industri pembinaan adalah:
- Permintaan terhadap rumah kediaman dan bangunan komersil yang meningkat.
- Tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyediakan rumah mampu milik kepada anggota dan orang awam.
- Menyahut Dasar Perumahan Negara (DPN) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri
- Gerakan koperasi yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara secara tidak langsung.
- merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah Negara maju.
- Negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
- Sasaran 2015 – 2020
- Semasa DKN2 digubal, pertumbuhan sektor hartanah dan industri pembinaan disasarkan pada 6 peratus untuk tahun 2020.
- Berdasarkan kepada pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2015 yang dijangkakan meningkat antara 5 hingga 6 peratus, maka sasaran pertumbuhan sektor pembangunan hartanah koperasi dipinda kepada 5 hingga 10 peratus setahun.
- Semakan dan kajian kepada data koperasi yang dikumpul, juga melibatkan pecahan perolehan koperasi mengikut aktiviti.
- Pertumbuhan ekonomi Negara dalam sektor hartanah di antara 5 hingga 10 peratus sebagai penanda aras oleh sektor ini dan disasarkan unjuran pertumbuhan sumbangannya adalah seperti berikut:
Bil.
|
Aktiviti
|
Sasaran Pertumbuhan
|
Pencapaian 2014
|
Sasaran 2015
|
Sasaran 2016
|
Sasaran 2017
|
Sasaran 2018
|
Sasaran 2019
|
Sasaran 2020
|
(%)
|
(RM'bil)
|
(RM'bil)
|
(RM'bil)
|
(RM'bil)
|
(RM'bil)
|
(RM'bil)
|
(RM'bil)
| ||
1
|
Pemilikan bangunan komersil dan kediaman
|
6
|
1.48
|
1.57
|
1.66
|
1.76
|
1.87
|
1.98
|
2.10
|
2
|
Pelaburan hartanah
|
10
|
0.13
|
0.14
|
0.16
|
0.17
|
0.19
|
0.21
|
0.23
|
3
|
Pemilikan dan pajakan tanah
|
6
|
1.25
|
1.33
|
1.40
|
1.49
|
1.58
|
1.67
|
1.77
|
4
|
Industri pembinaan
|
10
|
-
|
0.50
|
0.55
|
0.61
|
0.67
|
0.73
|
0.81
|
5
|
Pelaburan amanah harta tanah (REIT)
|
5
|
-
|
-
|
-
|
0.30
|
0.32
|
0.33
|
0.35
|
Jumlah
|
2.86
|
3.54
|
3.77
|
4.33
|
4.62
|
4.93
|
5.26
|
Nota:
- Terdapat 202 buah koperasi terlibat secara langsung dalam sektor hartanah sehingga tahun 2014.
- Walau bagaimanapun terdapat tidak kurang 2,200 buah koperasi terlibat secara tidak langsung (selain fungsi perumahan dan hartanah) dalam sektor ini.