Wednesday, 5 July 2023

KERJA BERPASUKAN ELEMEN PENTING DALAM KEJAYAAN KOPERASI

 Kerja Berpasukan yang saya faham ialah kita bekerja, bertindak secara bersama dan semua ahli faham apa tindakan dan kesan daripada tindakan yang kita ambil. Pastinya kerja berpasukan ini dibuat setelah semua ahli dalam kumpulan tersebut memahami hasrat bersama yang ingin dicapai melalui tindakan bersama yang diambil dan setiap ahli tersebut telah jelas peranan masing-masing. Ini bermakna telahada penjelasan yang jelas dan  ada pembahagian tugas yang dipersetujui bersama.



Dalam koperasi, jelas elemen kerja berpasukan ini penting , selari dengan konsep koperasi. Lembaga perlu bertindak secara kumpulan / bersama dalam membuat keputusan. Jkuasa Audit Dalam juga secara bersama bertindak untuk menjaga kepentingan koperasi. Pasukan pengurusan juga yang diketuai oleh Pengurus Besar akan selalu berbincang untuk mengambil tindakan-tindakan yang telah diarah oleh lembaga koperasi. Dan akhirnya, anggota koperasi bersepakat dalam mesyuarat agung untuk meluluskan apa usul yang dibincangkan dan bersama memantau perkembangan koperasi mereka.. Jelas, elemen kerja berpasukan ini antara asas penting untuk memajukan koperasi. Juga , jika ada yang tidak disenangi oleh anggota, secara bersama juga melalui proses undang-undang dan peraturan , kita mengubah menjadi baik.

Isunya , Bagaimana kerja berpasukan ini boleh diterapkan. Pada pandangan saya, komunikasi berkesan, bermaklumat sangat penting supaya semua anggota faham tujuan hasrat yang diperjuangkan. Penggunan teknologi yang baik dapat dimanfaatkan untuk tujuan ini. Dan yang penting , kerja berpasukan ini mesti mematuhi peraturan yang ada.