Bank Koperasi bermaksud bank yang ditubuhkan melalui Akta Koperasi dengan kelulusan Bank Negara. Di Malaysia, kita ada dua buah Bank Koperasi iaitu Bank Rakyat dan Bank Pertama (dulu dikenali sebagai bank persatuan). Bank koperasi ini sebenarnya dipunyai oleh koperasi-koperasi yang melanggan saham bank koperasi ini, jadi wakil-wakil koperasi akan hadir dalam mesyuarat agung Bank Koperasi ini. Bank koperasi wajib mengadakan mesyuarat agung setiap tahun, melantik lembaga bank koperasi, selain meluluskan dividen , dan keputusan-keputusan penting yang lain dalam mesyuarat agung tersebut. Ini bermakna koperasi-koperasi adalah anggota bank koperasi yang sepatutnya, meluluskan hala tuju koperasi dan dalam masa yang sama merupakan pelanggan kepada Bank koperasi ini.
Saya melihat sambutan koperasi-koperasi terhadap bank mereka ini kurang kecuali dalam mendapatkan dana untuk koperasi menjalankan aktiviti kredit. Pembiayaan kepada lain-lain aktiviti-aktiviti koperasi tidak berapa menggalakan terutama dalam aktiviti pertanian dan perladangan,
Apakah sebabnya, adakah:-
- kerana caj perkhidmatan dan faedah keuntungan yang dikenakan tinggi atau sama dengan bank komersil yang lain, ini disebabkan ukuran memberi dividen tinggi meupakan "kejayaan" sebuah koperasi
- Bank koperasi lebih suka bagi pinjaman yang selamat iaitu pembiayaan pinjaman peribadi untuk koperasi jalankan sebab adanya potongan gaji Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
- kurang promosi , atau tidak mesra dengan koperasi-koperasi yang baru, kecil dan sederhana
- lembaga Bank Koperasi kurang memahami tujuan penubuhan bank koperasi ini.
Ternakan Lembu Mempunyai potensi yang besar |