Sunday, 30 June 2013

Kenapa Koperasi Gagal

Seringkali juga ditanya , kenapa dulu koperasi itu berjaya tetapi kini gagal pula. Banyak sebab, pengalaman menjadi pentadbir koperasi sedikit sebanyak boleh menjelaskan isu ini. Antara sebab-sebabnya, pada pandangan saya ialah:-
  • koperasi apabila dah banyak duit, mula menceburi pula aktiviti yang lembaga dan pengurusan sendiri tidak mahir, yang pengurusan koperasi tidak mahir dalam bidang itu,  misalanya aktiviti utama yang berjaya ialah kredit(pinjam meminjam) tetapi bila dah banyak tunai dalam koperasi (cash flow) mula pula nak ceburi aktiviti lain seperti hartanah dan perhotelan. Masalahnya , pengurusan dan lembaga tidak mahir dalam bidang aktiviti  baru ini, kena tipu pula oleh pihak ke tiga yang kononnya sebagai konsultan..pelaburan yang tidak menguntungkan sebab lembaga tiada ilmu dalam bidang tersebut.

Thursday, 27 June 2013

Koperasi Mondragon

Boleh ke koperasi memainkan peranan yang berkesan dalam sector ekonomi kita? Jawapan saya , terbukti boleh. banyak contoh dalam Negara yang mana koperasi telah menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anggota dan masyarakat, misalnya koperasi yang buka pasar mini , sudah pasti menyediakan pekerjaan dan ruang berniaga untuk anggotanya. Cuba lihat koperasi-koperasi di Felda dan luar bandar yang telah membantu ekonomi masyarakat setempat. Kalau didunia, banyak contohnya, satu yang selalu di sebut ialah Koperasi Mondragon di Sepanyol yang merupakan organisasi perniagaan ke tujuh terbesar di Sepanyol dangan pusingan perniagaannya dalam 12 billion euros setahun. Koperasi ni melalui syarikat-syarikat perniagaan yang ditubuh bawahnya telah membuka banyak cawangan perniagaan  seluruh dunia, telah menyediakan pekerjaan kepada 83,000 orang. ini Pekerja-pekerja ni merupakan anggota Koperasi Mandragon ini. Koperasi ini juga mempunyai university dengan palajar seramai 9,000 orang.
Pada pandangan saya, Koperasi boleh memberi impak kepada ekonomi Negara kita. Contoh kejayaan koperasi-koperasi ini kerana mereka mengamalkan nilai-nilai koperasi yang baik dan tulin, penyertaan semua pihak terutama anggota2nya dalam perancangan dan kawalan koperasi, pengurusan secara profesional, menjalankan tanggungjawab social dan sentiasa memikirkan innovasi dalam perniagaan mereka.
Koperasi Mondragon Yang Berjaya Di Sepanyol

Wednesday, 26 June 2013

Apa ciri koperasi berjaya

Selalu juga koperator bertanya pada saya, apakah ciri-ciri koperasi yang berjaya. Mestikah koperasi yang berjaya tu berniaga berjuta-juta ringgit tetapi anggota tak tau apa yang berlaku dalam koperasi, pejabat koperasi pun tak tahu alamatnya atau koperasi tu hanya bergiat secara kecil-kecilan aje. Jawapan saya , senang aje, kena lihat beberapa sudut. Antaranya:-


  • pertama sekali , lihat pada tujuan penubuhan koperasi itu, bersungguh dulu nak tubuh sebab apa? Apa tujuan pakat beramai-ramai dengan kumpul modal dulu. Kalau nak jalankan aktiviti pinjam meminjam, dah berjalan ke aktiviti tu. Maknanya , berjaya jika telah berjaya menjalankan aktiviti yang dirancang.
  • seterusnya lihat pula apa faedah kepada anggota, orang yang menyertai koperasi itu. Jika mereka telah dapat faedah dan perkhidmatan yang disediakan, maknanya koperasi itu berjaya membantu anggota. Faedah ni termasuk dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan.
  • Juga kena lihat, adakah perkhidmatan tu membebankan anggotanya, jika kena bayar dengan kos yang tinggi sedangkan beli tempat lain lagi murah, itu maknanya tidak berjaya berjalan sebagai sebuah koperasi
  • Unsur penting bagi saya, adakah proses demokrasi itu berlaku dalam membuat keputusan. Jika tidak berlaku, berniaga berjuta-juta pun tidak dianggap berjaya dalam istilah konsep koperasi. (mungkin saya berfikiran lama sangat?)

Sunday, 23 June 2013

Koperasi mesti bersaing

Melihat kepada perkembangan gerakan koperasi dalam negara ini, 80% sumbangan dalam turnover koperasi datangnya dari gerakan koperasi kredit dan yang menariknya pula 80% daripada sumbangan tersebut datangnya dari koperasi besar (yang minima turnovernya lebih RM5 juta setahun) yang hanya sekitar 10% dari jumlah gerakan koperasi negara ini. Maknanya masih wujud jarak yang besar antara koperasi besar yang hanya sekitar 10% dari jumlah koperasi  negara sekitar 10,000 buah dengan koperasi-koperasi yang lain. Kalau lah 90% laian-lain koperasi itu kita besarkan, sudah pasti impak besar kepada turnover gerakan koperasi negara ini.
Agaknya, kenapa jurang itu masih berlaku setelah hampir 90 tahun gerakan koperasi diperkenalkan dalam negara ini. Pada pandangan saya:-
  • dulu koperasi ini ada 3 agensi yang kawal. Jabatan koperasi (JPK) pada masa itu hanya fokus koperasi bandar kredit) yang lain dibawah agensi-agensi  lain. Sekarang , keadaan bertambah baik dibawah akta yang dipinda , semuanya dibawah SKM
  • Aktiviti Koperasi kredit dapat sambutan sebab anggotanya ramai dan orang suka nak ambil pinjaman yang cepat dan mudah
  • Kebanyakan koperasi hanya tertumpu jalankan aktiviti secara kecil-kecilan dan terlalu bergantung kepada geran kerajaan. Kalau tak dapat geran kerajaan , payah nak bergerak. Ada unsur terlalu banyak sukarela.
  • sikap lembaga yang masih lemah dan kurang aktif untuk teroka perniagaan yang besar
  • kekurangan modal. Anggota kurang yakin untuk menambah saham yang sepatutnya boleh menambahkan modal koperasi untuk koperasi kembangkan perniagaan
  • Dulu, kita tiada halatuju yang jelas, tetapi dengan adanya Dasar Koperasi Negara (DKN) kita lebih fokus untuk kembangkan perniagaan koperasi
  • terlalu banyak penubuhan koperasi datangnya dari arahan atasan bukannya dari sudut hati mereka sendiri, mereka tidak menjiwai erti berkoperasi
Mungkin , ada sebab lain lagi. Kita banyak pilihan untuk berniaga. Kalau nak cepat berjaya, setengah lembaga berhenti koperasi dan buka perniagaan sendiri. Anggota pun banyak pilihan, jika tiada perkhidmatan yang diberi, mereka boleh cari ditempat lain. Maknanya , koperasi kita mesti mampu bersaing jika ingin lebih berjaya.

Friday, 21 June 2013

Jaringan antara koperasi

Antara prinsip koperasi yang paling penting bagi saya ialah mengadakan kerjasama antara koperasi. Koperasi boleh mengadakan kerjasama antara mereka untuk kembangkan aktiviti bagi kemajuan bersama, misalnya koperasi yang menjalanakan aktiviti pemborongan boleh menjalankan kerjasama perniagaan dengan koperasi yang menjalankan peruncitan, ataupun koperasi yang menjalankan aktiviti kredit boleh kerjasama dengan koperasi yang menjalankan aktiviti pengguna. Kelemahan kita sekarang ialah kurangnya jaringan kerjasama ini dijalankan. Kalau adapun 'hangat-hangat tahi ayam'. Koperasi lebih suka menjalankan aktiviti secara bersendirian dengan anggota-anggotanya.
Sepatutnya dengan adanya kerjasama ini, ruang berniaga koperasi akan lebih luas dan aliran kewangan akan berligar dalam gerakan koperasi sahaja.Kuasa menawar dan kuasa membeli akan meningkat.  Ini akan menjadikan gerakan koperasi lebih kukuh. Saya rasa perlu ada pengerak jika ianya ingin berjaya, ini sepatutnya boleh dijalankan oleh koperasi apex. Angkasa boleh mengukuhkan lagi peranannya dengan promosikan jaringan antara koperasi ini.Kadang-kadang , organisasi luar (syarikat swasta)  pula yang nampak akan kekuatan gerakan koperasi ini. Mereka pula yang selalu cuba untuk menjalankan kerjasama dengan koperasi kerana mereka nampak akan kelebihan itu, dan kadangkala kita pula yang tertipu.

Thursday, 20 June 2013

Kumpulan Wang Amanah Koperasi

Atas keperluan Akta Koperasi, setiap koperasi yang untung kena mencarum 2% dari keuntungannya dalam Kumpulan Wang Amanah Pembangunan dan 1% dalam Kumpulan Wang Pendidikan yang diamanahkan kepada SKM untuk menguruskannya. Duit ni kena guna untuk pembangunan gerakan koperasi dalam negara ini. Murni sungguh tujuan kumpulan wang ni, koperasi bersatu hati sumbang sedikit keuntungan mereka kepada kumpulan wang ni dan berharap sungguh SKM menguruskan dengan efisyen dan berhemah untuk kemajuan gerakan koperasi negara. Amaun dana ni meningkat setiap tahun kerana gerakan koperasi kita sentiasa buat untung dan berhemah dalam perbelanjaan mereka. Pengalaman saya menyelia koperasi dapat menilai dan melihat kesungguhan mereka untuk mencarum dalam kumpulan wang ni walaupun hakikatnya koperasi mereka memerlukan dana untuk berkembang. Kalau tertunggak, kita datang untuk kutip dan dengan malu-malu mereka bayar apa yang ada dalam simpanan mereka.

Tuesday, 18 June 2013

Indeks Koperasi

Aset Koperasi

Sekarang ni nak kumpul aset susah, lainlah kalau kita banyak duit. Tetapi perkara ni boleh dibuat melalui penglibatan koperasi dalam aktiviti hartanah. Bayangkan kalau tiada koperasi,, tak ramai orang melayu boleh beli aset ditengah bandar terutama di bandar Kuala Lumpur. Namun , melalui koperasi koperasi, banyak koperasi kita mampu beli aset tengah bandar. Cuba lihat sign board bangunan ditengah-tengah bandar atau bandar kecil, sudah banyak bangunan yang dimiliki oleh koperasi orang melayu. Ini dibantu dengan pinjaman mudah oleh SKM.
Isunya dah beli, jadikan ianya aset yang bawa pulangan kepada koperasi, jangan tak dijaga atau tidak diusahakan. Dianggarkan nilai aset koperasi kita ada sekitar RM 80 billion dalam berbagai bentuk.

Saturday, 15 June 2013

Pertikaian merugikan

Agak-agaknya apalah sebab jika ada pertikaian dalam koperasi,misalnya pertikaian antara anggota dengan lembaga koperasi, atau pertikaian antara bekas lembaga dengan lembaga koperasi sedia ada, tidak boleh diselesaikan cara baik. Cara yang baik maksudnya , ambilkira semangat koperasi itu sendiri, kita selesaikan pertikaian itu secara bermusyawarah, secara rundingan dan akhirnya dapat kata sepakat. Bukan apa,jika dibawa ke tribunal koperasi misalnya akan melibatkan kos yang tinggi dan semua anggota akan menanggung kos tersebut. Ini satu kerugian. Pertikaian ini berlaku antaranya disebabkan :-
  • tidak jelas peraturan yang terpakai dalam koperasi
  • lemah kawalan dalaman yang menyebabkan ada pihak cuba mendapatkan kepentingan diri
  • dengki atau iri hati
  • kurang komunikasi antara lembaga
  • tiada komunikasi yang berkesan antara lembaga koperasi dengan anggota
Nasihat saya, cuba bincang dulu isu-isu yang timbul sebelum ianya melarat...focus kepada masalah, fikir risiko dalam setiap tindakan.. Fikrkan kerugian dari segi masa dan kewangan, yang akhirnya dibebankan kepada semua anggota. Lebih malang lagi, majoriti anggota tidak sedar mereka sedang dalam kerugian disebabkan pertikaian itu.

Friday, 14 June 2013

Musim Mesyuarat Agung Koperasi

Bulan Jun ni kebanyakkan koperasi yang akaunnya berakhir Disember 2012 akan mengadakan mesyuarat agungnya. Ini keperluan Akta Koperasi. Isunya , anggota ramai tetapi mesyuarat perwakilan tidak ramai. Kuasa lembaga yang menentukan kawasan. Ini menyebabkan seolah-olah ada kawalan dalam proses demokratik ni. Sepatutnya jumlah perwakilan yang hadir daalam mesyuarat agung tu sebaik-baiknya mewakili angka yang munasabah. SKM kena lihat perkara ini. Anggota koperasi juga harus mainkan peranan untuk meminda Undang-undang kecil koperasi mereka supaya nisbah perwakilan yang sesuai.
Ada tu jumlah anggota 30 ribu tetapi yang hadir sebagai perwakilan hanya sekitar 50 orang...

Wednesday, 12 June 2013

Pertumbuhan Koperasi Malaysia

Gerakan Koperasi di negara kita telah menjangkau lebih 90   tahun. Dalam seusia begini, Gerakan Koperasi kita sebenarnya telah matang, berpengalaman  dan mempunyai daya saing yang baik. . Melihat pada tren nya, sentiasa meningkat. Sebagai koperator, kita sepatutnya boleh belajar dari perkembangan Gerakan Koperasi negara ini. Ada koperasi yang mampu bertahan dari awal penubuhannya iaitu sama dengan pengenalan Gerakan Koperasi di negara ini dan ada koperasi yang berkubur akhirnya hanya setelah beberapa tahun didaftarkan dan tidak aktif.  Ini menjejaskan kepercayaan orang ramai sebanyak sedikit terhadap koperasi negara ini. Kita sepatutnya belajar dari peristiwa tersebut, kenapa setengah koperasi  terus berjaya dan kenapa pula ada koperasi tidak lama hayatnya. Pastinya tuan/puan, pengajaran yang baik akan kita jadikan teladan dan yang buruk akan kita jadikan sempadan. Belajarlah dari kegagalan yang lalu untuk kita membaiki keadaan koperasi kita untuk masa akan datang.
  

Peraturan Pelaburan Koperasi

 Peraturan-Peraturan Koperasi menjelaskan peruntukan Akta Koperasi berkenaan dengan aktiviti pelaburan koperasi. Sebelum pelaburan dibuat dari wang berlebihannya koperasi hendaklah memastikan:

(i)         Pelaburan itu mematuhi peruntukan Akta, peraturan-peraturan, pekeliling dan   garis panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);

(ii)        Undang-undang kecil koperasi membenarkan aktiviti pelaburan;

(iii)      Pelaburan itu memperuntukkan pulangan atau manfaat kepada koperasi dan anggotanya;

(iv)       Tujuan pelaburan bukan untuk spekulasi;

(v)         Pelaburan itu diluluskan oleh Lembaga Koperasi;

(vi)        Pelaburan itu tidak menjejaskan aktiviti utama koperasi;

(vii)       Pelaburan itu diuruskan secara berkesan dan sistematik dan hendaklah:

·     menetapkan polisi dan tatacara bagi operasi dan  aktiviti pelaburan;

·      menjalankan pemantauan dan penilaian berkala ke atas pegangan instrumen-instrumen pelaburan;

·      mengadakan kawalan dalaman yang berkesan; dan

·      mewujudkan polisi pengurusan risiko.

Monday, 10 June 2013

Bagaimana nak tubuh koperasi

Sekarang ni nak tubuh koperasi mudah aje...boleh mohon secara online , buka web skm.gov.my. Dulu mesti ada 100 orang boleh koperasi, dengan pindaan akta koperasi , dalam 50 orang dah boleh tubuh koperasi. matlamat nak tubuh tu mesti kita nak jalankan kegiatan ekonomi dan membantu diri sendiri...boleh mudahkan urusan harian kita , disamping tambah pendapatan. Kena muafakat dan bantu membantu, bantu keluarkan modal, bantu beri idea nak berniaga dan bantu menguruskan koperasi.

Sunday, 9 June 2013

Dasar Koperasi Negara


Dasar Koperasi Negara 2011-2020. Dilancarkan secara rasminya oleh Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Julai 2010 bersempena dengan sambutan Hari Koperasi Negara 2010. Objektif dasar ini ialah menentukan Gerakan Koperasi mampu Menyumbang 5% kepada Keluaran Negara menjelang 2013 dan 10% menjelang 2020,  disamping untuk Meningkatkan taraf sosioekonomi anggota. Dasar ini juga menekan isu Prihatin koperasi terhadap isu persekitaran.

Strategi yang kita gunakan: 

Friday, 7 June 2013

Koperasi mesti ada misi, visi dan pelan strategik supaya anggota koperasi faham akan hala tuju koperasi. Beri kefahaman yang jelas kepada semua anggota akan hala tuju kita.   Kepimpinan koperasi yang berintegriti, akauntibiliti, kompeten, berpengalaman, berpengetahuan dan dapat membuat keputusan yang bijak.  

.
       Mengwujudkan J/kuasa yang berkesan untuk menilai kelayakan, prestasi dan sumbangan setiap Anggota Lembaga mengikut ketetapan kriteria pencapaian koperasi.
Menghadiri mesyuarat agung koperasi serbaguna iman di Heritage Hotel Cameron  Highland. Mesyuarat agung merupakan temapt anggota koperasi menilai kemanpuan koperasi mereka' aktif bersuara untuk kemajuan koperasi