Wednesday, 26 August 2015

Bolehkah koperasi berjaya dalam aktiviti perumahan

Sering dibincangkan , bagaimana koperasi boleh berjaya menjalankan aktiviti perumahan untuk anggotanya. Pada masa ini terdapat hampir 200 buah koperasi yang didaftarkan untuk menjalankan aktiviti perumahan, namun begitu sebenarnya ada lebih 1,500 buah lagi yang menjalankan aktiviti ini sebagai pelaburan dalam koperasi dan juga untuk memenuhi kehendak anggota koperasi mereka. Pada pandangan saya, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu kejayaan ini; antaranya ialah:

  • koperasi mesti berjalan dan diurus sepertimana pengurusan koperasi yang sebenar, faham prinsip dan falsafah berkoperasi. Lembaga koperasi mesti mematuhi peraturan koperasi terutama Undang-Undang Kecil koperasi dalam menguruskan koperasi ini.
  • Pengurusan kewangan dan projek yang baik . "operate at cost". Pastikan efisyen dalam menguruskan kos projek
  • Perlu ada kemahiran. Lantik mereka yang bertauliah dalam menguruskan projek perumahan ini, jika lembaga kurang ilmu. Lembaga akan membuat pemantauan yang rapi. Selalu nya koperasi kurang mahir dalam memahami kandungan surat perjanjian - ada yang tertipu semasa urusan 'joint venture'. Biar kita rugi sikit dengan mendapatkan pandangan profesional daripada kita rugi banyak dan memalukan.
  • Beri maklumbalas yang jujur dan tepat kepada para anggota akan kemajuan projek kita. Kerana anggota merupakan pembeli dan penyumbang modal.
  • Perlu ada garis panduan yang jelas mengenai urusan aktiviti perumahan ini. Dapatkan kelulusan mesyuarat agung koperasi. Ini dapat menjadi bahan rujukan jika berlaku sebarang masalah atau pertikaian.
  • Yang paling penting,, kita buat rumah untuk anggota kita mampu milik. 
Syabas kepada pihak Maktab Kerjasama Malaysia yang telah mengadakan seminar mengenai hartanah ini pada 26 - 27 Ogos 2015. Perlu diteruskan.

Tuesday, 11 August 2015

Hari Koperasi Negara 2015



Hari Koperasi Negara 2015 akan di adakan di Tebingan Kuching Sarawak pada 14 hingga 16 Ogos tahun ini. Ianya adalah julung kali sambutan hari koperasi ini diadakan di Malaysia Timur khususnya di Negeri Sarawak. Tujuan Hari koperasi ini adalah memberi pengiktirafan kepada koperasi yang berjaya pada tahun ini, disamping untuk mempromosikan gerakan koperasi kepada masyarakat negara ini. Koperasi-koperasi yang mengambil bahagian dalam expo ini akan mempamirkan produk dan perkhidmatan yang ada dalam koperasi mereka. Para pengunjung akan melihat pamiran koperasi serta banyak acara untuk menarik mereka hadir akan diadakan.
Kejayaan sambutan ini pada pandangan saya bergantung kepada berapa faktor :-
  • mereka yang datang dapat menghayati dan mempelajari kejayaan dan kebaikan berkoperasi. Kalau setakat datang untuk berhibur saya kuatir maksud sebenar tidak tercapai
  • pengisian program-program ilmuu  yang dapat memahamkan para pengunjung mengenai kegiatan berkoperasi
  • pemantauan selepas program, maklum balas dan follow up dan follow through akan setiap persafahaman atau perbincangan yang telah dibuat semasa majlis tersebut
  • Pamiran yang tunjukan kejayaan koperasi yang telah berjaya dan faktor-faktor kejayaan mereka untuk dicontohi oleh koperasi-koperasi baru. Ada proses knowledge sharing, ada proses penghijarahan ilmu
Kalau tidak, sambutan Hari Koperasi Negara ini kurang impak yang seperti diharapkan dan hanya menguntungkan segelintir pihak.

Saturday, 25 July 2015

Koperasi Gabungan

Pada masa ini terdapat sebanyak 76 koperasi gabungan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Berikut adalah kedudukan bilangan koperasi gabungan mengikut negeri sehingga Jun 2015. Apakah peranan koperasi gabungan ini. Peranan koperasi gabungan ini sepatutnya memudahkan dan membantu koperasi-koperasi yang menjadi anggotanya. Contohnya Koperasi Gabungan Kredit misalnya akan mencari dana untuk dipinjamkan kepada koperasi anggota yang mana koperasi anggota ini akan memberi pinjaman pula kepada anggota-anggotanya. Tetapi kenapa koperasi gabungan ini ini kurang berjaya?
Bil.
Negeri
Sehingga 31 Dis 2014
Tahun 2015
Jumlah Terkumpul Sehingga
Jun 2015
1
  Johor
2

2
2
  Kedah
5

5
3
  Kelantan
3

3
4
  Melaka
2

2
5
  N.Sembilan
4

4
6
  Pahang
7

7
7
  Perak
3

3
8
  Perlis
4
1
5
9
  P.Pinang
8

8
10
  Sabah
4

4
11
  Sarawak
2

2
12
  Selangor
4

4
13
  Terengganu
4
1
5
14
  WP
21

21
15
  Nasional
1

1

JUMLAH
74
2
76

Saturday, 13 June 2015

HALATUJU KOPERASI HARTANAH

RUMUSAN KAJIAN SEMULA DASAR KOPERASI NEGARA (DKN2) : SEKTOR PEMBANGUNAN HARTANAH DAN INDUSTRI PEMBINAAN MENJELANG TAHUN 2020




  1. OBJEKTIF SEKTOR


    1. Meningkatkan bilangan koperasi yang terlibat dalam urusniaga dan pelaburan hartanah sekurang-kurangnya 3,000 buah koperasi.


    1. Meningkatkan nilai dalam industri hartanah sekurang-kurangnya RM5bil pada tahun 2020.


    1. Memperkasa rantaian nilai koperasi dalam sektor pembangunan hartanah dan industri pembinaan sekurang-kurangnya 4 buah koperasi membekalkan bahan binaan.


  1. ISU DAN CABARAN


Antara cabaran dan isu yang dihadapi oleh koperasi dalam sektor hartanah koperasi ini antaranya adalah seperti berikut:-


    1. Keperluan modal yang tinggi.


    1. Kurang kepakaran dalam menguruskan projek.


    1. Birokrasi kerajaan tempatan, yang mana memerlukan banyak kelulusan daripada pihak penguasa tempatan.


    1. Merupakan satu aktiviti perniagaan yang kompleks yang memerlukan pengetahuan dan maklumat  yang baik.


    1. Kos yang tidak dijangka kerana faktor harga bahan binaan yang tidak menentu.


    1. Tiada jati diri berkoperasi. Setengah koperasi kurang peka dengan keperluan anggota yang memerlukan rumah mampu milik.


    1. Persaingan dengan pemaju swasta.

  1. KATEGORI PENILAIAN HARTANAH


    1. Pemilikan bangunan kediaman/komersil adalah berkaitan aset hakmilik koperasi dan yang menjana pendapatan.


    1. Pelaburan hartanah adalah pembelian aset oleh koperasi untuk satu jangka masa tertentu yang  dijual/dilabur semula untuk memperoleh keuntungan.


    1. Pemilikan dan pajakan tanah adalah berkaitan aset milik koperasi yang dapat menjana pendapatan.


    1. Industri pembinaan bermaksud koperasi bertindak sebagai kontraktor dan pemaju hartanah.


    1. Real Estate Investment Trust (REIT) atau pelaburan amanah harta tanah merupakan pelaburan hartanah dalam bentuk unit amanah yang dikumpul dari pelabur dan diuruskan oleh koperasi melalui pembelian, penyewaan dan penjualan hartanah.


  1. MENGIMBAS PENCAPAIAN 2011-2014


Bil.
Aktiviti
Pencapaian 2013
(RM Bilion)
Pencapaian 2014
(RM Bilion)
Sasaran 2020

(RM Bilion)
1.
Pemilikan bangunan komersil dan kediaman
1.08b
1.48b
2.9b
2.
Pemilikan tanah
0.89b
1.25b
3.
Pelaburan hartanah
0.23b
0.13b

Jumlah
2.20b
2.86b
Ulasan pencapaian


    1. Berlaku peningkatan pencapaian nilai pemilikan scara keseluruhan oleh koperasi daripada RM2.20b kepada RM2.86b sebanyak 30 peratus.


    1. Peningkatan dapat dilihat pada pemilikan bangunan komersil dan kediaman sebanyak 37 peratus dan pemilikan tanah sebanyak 40 peratus. Walau bagaimanapun penurunan sebanyak 43 peratus dilihat pada pelaburan hartanah.


  1. KAJIAN SEMULA PENCAPAIAN DAN SASARAN TAHUN 2015


    1. Kajian Semula DKN2


Satu kajian semula dibuat berdasarkan faktor berikut:


    1. peluasan skop kepada kategori hartanah;


    1. sumbangan aktiviti hartanah merupakan tulang belakang pertumbuhan ekonomi Negara;


      • secara keseluruhannya berlaku peningkatan transaksi kediaman pada tahun 2014 iaitu 27.2% (sumber Rahim & Co. Charted Surveyor)


    1. trend pelaburah hartanah meningkat;


    1. menggalakkan pemilikan hartanah di kalangan bumiputera;


    1. dasar semasa kerajaan yang menggalakkan pembinaan rumah mampu milik;


    1. Agenda dalam RMK11 bagi menjadikan koperasi sebagai pemangkin dalam membantu anggota untuk mendapatkan kediaman; dan


    1. mendapatkan data yang tepat dan bermakna (to have a meaningful and accurate data).


    1. Aktiviti yang dikategorikan di bawah Sektor Pengurusan Hartanah telah diperluaskan seperti berikut:-


  1. Pemilikan bangunan komersil dan kediaman;
  1. Pelaburan hartanah;
  1. Pemilikan dan pajakan tanah;
  1. Industri pembinaan; dan
  1. Pelaburan amanah harta tanah (REIT).

    1. Faktor Pendorong


  1. Faktor mendorong sektor hartanah dan industri pembinaan adalah:


      1. Permintaan terhadap rumah kediaman dan bangunan komersil yang meningkat.


      1. Tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyediakan rumah mampu milik kepada anggota dan orang awam.


  1. Menyahut Dasar Perumahan Negara (DPN) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri


      1. Gerakan koperasi yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara secara tidak langsung.


      1. merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah Negara maju.


      1. Negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.


    1. Sasaran 2015 – 2020


  1. Semasa DKN2 digubal, pertumbuhan sektor hartanah dan industri pembinaan disasarkan pada 6 peratus untuk tahun 2020.


  1. Berdasarkan kepada pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2015 yang dijangkakan meningkat antara 5 hingga 6 peratus, maka sasaran pertumbuhan sektor pembangunan hartanah koperasi  dipinda kepada 5 hingga 10 peratus setahun.


  1. Semakan dan kajian kepada data koperasi yang dikumpul, juga melibatkan pecahan perolehan koperasi mengikut aktiviti.



    1. Pertumbuhan ekonomi Negara dalam sektor hartanah di antara 5 hingga 10 peratus sebagai penanda aras oleh sektor ini dan disasarkan unjuran pertumbuhan sumbangannya adalah seperti berikut:


Bil.
Aktiviti
Sasaran Pertumbuhan
Pencapaian 2014
Sasaran 2015
Sasaran 2016
Sasaran 2017
Sasaran 2018
Sasaran 2019
Sasaran 2020
(%)
(RM'bil)
(RM'bil)
(RM'bil)
(RM'bil)
(RM'bil)
(RM'bil)
(RM'bil)
1
Pemilikan bangunan komersil dan kediaman
6
1.48
1.57
1.66
1.76
1.87
1.98
2.10
2
Pelaburan hartanah
10
0.13
0.14
0.16
0.17
0.19
0.21
0.23
3
Pemilikan dan pajakan tanah
6
1.25
1.33
1.40
1.49
1.58
1.67
1.77
4
Industri pembinaan
10
-
0.50
0.55
0.61
0.67
0.73
0.81
5
Pelaburan amanah harta tanah (REIT)
5
-
-
-
0.30
0.32
0.33
0.35

Jumlah

2.86
3.54
3.77
4.33
4.62
4.93
5.26


Nota:

  1. Terdapat 202 buah koperasi terlibat secara langsung dalam sektor hartanah sehingga tahun 2014.
  2. Walau bagaimanapun terdapat tidak kurang 2,200 buah koperasi terlibat secara tidak langsung (selain fungsi perumahan dan hartanah) dalam sektor ini.