- koperasi mesti berjalan dan diurus sepertimana pengurusan koperasi yang sebenar, faham prinsip dan falsafah berkoperasi. Lembaga koperasi mesti mematuhi peraturan koperasi terutama Undang-Undang Kecil koperasi dalam menguruskan koperasi ini.
- Pengurusan kewangan dan projek yang baik . "operate at cost". Pastikan efisyen dalam menguruskan kos projek
- Perlu ada kemahiran. Lantik mereka yang bertauliah dalam menguruskan projek perumahan ini, jika lembaga kurang ilmu. Lembaga akan membuat pemantauan yang rapi. Selalu nya koperasi kurang mahir dalam memahami kandungan surat perjanjian - ada yang tertipu semasa urusan 'joint venture'. Biar kita rugi sikit dengan mendapatkan pandangan profesional daripada kita rugi banyak dan memalukan.
- Beri maklumbalas yang jujur dan tepat kepada para anggota akan kemajuan projek kita. Kerana anggota merupakan pembeli dan penyumbang modal.
- Perlu ada garis panduan yang jelas mengenai urusan aktiviti perumahan ini. Dapatkan kelulusan mesyuarat agung koperasi. Ini dapat menjadi bahan rujukan jika berlaku sebarang masalah atau pertikaian.
- Yang paling penting,, kita buat rumah untuk anggota kita mampu milik.
Syabas kepada pihak Maktab Kerjasama Malaysia yang telah mengadakan seminar mengenai hartanah ini pada 26 - 27 Ogos 2015. Perlu diteruskan.
No comments:
Post a Comment