Faktor utama , pada pandangan saya ialah kurangnya kefahaman atau jati diri anggota dalam memahami konsep koperasi yang sebenar. Tiada penghayatan yang mendalam mengenai konsep dan falsafah koperasi. Senang tergugat dengan niat penting diri. sudah sampai masanya setiap koperasi wajib sediakan peruntukan kursus ilmu dan aktiviti yang boleh menanam semangat jatidiri berkoperasi ini. Masukkan dalam belanjawan koperasi. Jika konsep dan falsafah berkoperasi ini terpahat kuat dalam hati setiap anggota koperasi, mereka sebagai anggota sudah pasti peka dengan kemajuan koperasi mereka. Kerana majunya koperasi mereka bermakna majulah anggota tersebut. Faktor -faktor lain antaranya ialah:-
- orang ramai menyertai koperasi hanya dengan niat untuk mendapat perkhidmatan koperasi itu sahaja, misalnya hendak dapatkan pinjaman yang cepat tanpa kisah dengan caj yang dikenakan
- tidak tahu bila mesyurat agung koperasi, tidak tahu hak mereka,
- tidak tahu pun dimana pejabat koperasi dan ada yang tidak tahu mereka itu anggota koperasi
- kurang majlis ilmu untuk mereka memahami konsep koperasi ini. Koperasi sebenarnya juga adalah satu bentuk dakwah ke jalan yang baik.
- pentingkan bilangan koperasi dari kualiti koperasi - rangka penyeliaan koperasi perlu di kemaskini
- susah mencari mereka yang bermutu untuk dianggap tokoh koperasi, yang boleh dikenali sepertima kenalnya kita kepada Prof Di Raja Ungku Aziz