Faktor utama , pada pandangan saya ialah kurangnya kefahaman atau jati diri anggota dalam memahami konsep koperasi yang sebenar. Tiada penghayatan yang mendalam mengenai konsep dan falsafah koperasi. Senang tergugat dengan niat penting diri. sudah sampai masanya setiap koperasi wajib sediakan peruntukan kursus ilmu dan aktiviti yang boleh menanam semangat jatidiri berkoperasi ini. Masukkan dalam belanjawan koperasi. Jika konsep dan falsafah berkoperasi ini terpahat kuat dalam hati setiap anggota koperasi, mereka sebagai anggota sudah pasti peka dengan kemajuan koperasi mereka. Kerana majunya koperasi mereka bermakna majulah anggota tersebut. Faktor -faktor lain antaranya ialah:-
- orang ramai menyertai koperasi hanya dengan niat untuk mendapat perkhidmatan koperasi itu sahaja, misalnya hendak dapatkan pinjaman yang cepat tanpa kisah dengan caj yang dikenakan
- tidak tahu bila mesyurat agung koperasi, tidak tahu hak mereka,
- tidak tahu pun dimana pejabat koperasi dan ada yang tidak tahu mereka itu anggota koperasi
- kurang majlis ilmu untuk mereka memahami konsep koperasi ini. Koperasi sebenarnya juga adalah satu bentuk dakwah ke jalan yang baik.
- pentingkan bilangan koperasi dari kualiti koperasi - rangka penyeliaan koperasi perlu di kemaskini
- susah mencari mereka yang bermutu untuk dianggap tokoh koperasi, yang boleh dikenali sepertima kenalnya kita kepada Prof Di Raja Ungku Aziz
Pada pandangan saya, anggota yang berkualit serta ikhlas tidak mahu berkimpung dalam gerakan koperasi yang sakit yang dipenuhi oleh pemimpin yang opotunis. Stuktur dan budaya koperasi diMalaysia tidak berjaya dibersihkan oleh SKM dengan penyeliannya yang lemah. Kualiti anggota turut rendah keranan kegagalan MKM dalam menyempurnakan peranan. Pada saya Ungku Aziz tidak merupakan pemimpin yang berjaya jika selama ini dia tidak berjaya membawa gerakan koperasi ketahap yang lebih tinggi seperti tuan terangkan dalam para pertama.
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan tuan. Bagi saya kekuatan sebuah koperasi terletak kepada kualiti anggota-anggotanya. Sebenarnya SKM tida perlu menyelia jika anggota koperasi itu sendiri memahami tanggungjawab mereka sebagai anggota. Proses pemulihan dan pembangunan akan berjalan dengan sendirinya. Prinsip kerjasama tanpa mementingkan diri adalah paksi utama untuk kejayaan.
DeleteKita boleh salahkan ramai pihak yang menyebabkan kegagalan gerakan koperasi diMalaysia. Tetapi kesalahan yang paling tinggi dan tanggongjawab yang paling besar terletak pada mereka yang berkuasa seperti pemimpin diANGKASA, MKM dan SKM .
ReplyDeleteKalau berharap kepada ahli semata mata, baik SKM dibubarkan. Buang wang dan kos. Tidak ada negara dalam dunia yang tidak ada polis. Penyelian yang berkesan adalah asas kepada kemajuan.
ReplyDeleteTq Tuan atas komen. Bagi saya kawalan yang paling baik ialah dari dalaman koperasi itu sendiri. Cuba wujudkan tadbir urus yang baik, sediakan garis panduan yang diluluskan dalam mesyuarat agung.
ReplyDelete