Saturday 28 February 2015

Isu Seksyen 37 Akta Koperasi


Seksyen 37 Akta Koperasi menyatakan . "Mesyuarat agung perwakilan Melainkan jika Suruhanjaya menentukan selainnya, tiap-tiap koperasi yang kawasan operasinya meliputi satu Negeri, meliputi dua Negeri atau lebih atau meliputi seluruh Malaysia hendaklah membuat undang-undang kecil yang memperuntukkan bahawa perwakilan di mesyuarat agungnya hendaklah 
(a) melalui perwakilan yang dipilih oleh anggota-anggota individu pada mesyuarat agung wilayah atau kawasan mereka; atau 
(b) melalui perwakilan koperasi-koperasi anggota, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Isu timbul bila dikatakan koperasi yang hendak diaftarkan di negeri yang kecil seperti Melaka dan Perlis perlu juga ke mengadakan mesyuarat perwakilan kerana operasinya meliputi satu negeri, walhal kawasannya kecil...
Pada pandangan saya, seksyen ini telah jelas memberi kuasa kepada Suruhanjaya Koperasi sendiri boleh menentukan keperluan untuk koperasi mengadakan mesyuarat perwakilan tersebut kerana ayat "Mesyuarat agung perwakilan Melainkan jika Suruhanjaya menentukan selainnya..." Ini bermakna tiada isu jika Suruhanjaya berpandangan anggota koperasi itu masih kecil biarlah Undang-undang Kecilnya berjalan macam mesyuarat agung biasa terlebih dahulu , tidak perlu kepada perwakilan. Semua anggota yang layak dan masih tidak ramai itu boleh hadir. Tetapi jika anggota koperasi itu dah ramai sangat dan jauh kedudukannya, Suruhanjaya boleh mengarahkan koperasi itu meminda Undang-undang Kecil untuk mengadakan mesyuarat perwakilan terlebih dahulu. Bagi saya tujuan mesyuarat perwakilan itu adalah untuk:-

  • untuk memberi semua anggota membincangkan kedudukan kewangan dan kemajuan koperasi secara lebih bermakna
  • akan menjimatkan masa perbincangan semasa mesyuarat agung tahunan nanti
Oleh itu , pada pandangan saya elok di kaji keperluan mengadakan mesyuarat perwakilan ini dalam  Undang-undang Kecil koperasi kerana yang sesuai sahaja kita  benarkan  untuk mengadakan  mesyuarat agung perwakilan ini. Saya risau ,jika diberi terlebih awal seperti amalan sekarang, dah lah anggota sikit buat juga mesyuarat perwakilan sudah pasti ada yang tidak kena...selain dari tektik untuk mengekalkan lembaga yang sedia ada untuk terus berkuasa.
Anggota hadir dalam Mesyuarat Agung untuk mengetahui perjalanan koperasi mereka.

No comments:

Post a Comment