Kursus wajib untuk anggota lembaga kopeasi merupakan satu keperluan kepada semua lembaga koperasi. Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) telah mengarahkan setiap anggota baru yang dipilih menjadi /yang dilantik sebagai lembaga koperasi hendaklah menghadiri kursus wajib ini dalam tempoh 2 tahun setelah dilantik menjadi lembaga koperasi. Kegagalan menghadiri kursus tersebut menyebabkan lembaga tersebut boleh dikompoun.
Friday, 8 December 2023
KURSUS WAJIB LEMBAGA KOPERASI
Wednesday, 11 October 2023
Dasar Koperasi Negara 2030
Hari ni , pelancaran Dasar koperasi negara untuk jadi panduan hala tuju Gerakan koperasi Malaysia sehingga tahun 2030. Dasar ini mensasarkan jumlah perolehan sehingga rm73biliion pada tahun 2030.
Sebanyak 4 teras dasar Dan 20 strategi di gubal. Semuga akan membawa gerakan koperasi negara ini ke tahap yg lebih tinggi.
Penglibatan semua pihak semestinya wajib untuk membawa lonjakan tersebut.
Monday, 21 August 2023
PERANAN BANK KOPERASI MEMBANTU KOPERASI
Bank Koperasi bermaksud bank yang ditubuhkan melalui Akta Koperasi dengan kelulusan Bank Negara. Di Malaysia, kita ada dua buah Bank Koperasi iaitu Bank Rakyat dan Bank Pertama (dulu dikenali sebagai bank persatuan). Bank koperasi ini sebenarnya dipunyai oleh koperasi-koperasi yang melanggan saham bank koperasi ini, jadi wakil-wakil koperasi akan hadir dalam mesyuarat agung Bank Koperasi ini. Bank koperasi wajib mengadakan mesyuarat agung setiap tahun, melantik lembaga bank koperasi, selain meluluskan dividen , dan keputusan-keputusan penting yang lain dalam mesyuarat agung tersebut. Ini bermakna koperasi-koperasi adalah anggota bank koperasi yang sepatutnya, meluluskan hala tuju koperasi dan dalam masa yang sama merupakan pelanggan kepada Bank koperasi ini.
Saya melihat sambutan koperasi-koperasi terhadap bank mereka ini kurang kecuali dalam mendapatkan dana untuk koperasi menjalankan aktiviti kredit. Pembiayaan kepada lain-lain aktiviti-aktiviti koperasi tidak berapa menggalakan terutama dalam aktiviti pertanian dan perladangan,
Apakah sebabnya, adakah:-
- kerana caj perkhidmatan dan faedah keuntungan yang dikenakan tinggi atau sama dengan bank komersil yang lain, ini disebabkan ukuran memberi dividen tinggi meupakan "kejayaan" sebuah koperasi
- Bank koperasi lebih suka bagi pinjaman yang selamat iaitu pembiayaan pinjaman peribadi untuk koperasi jalankan sebab adanya potongan gaji Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
- kurang promosi , atau tidak mesra dengan koperasi-koperasi yang baru, kecil dan sederhana
- lembaga Bank Koperasi kurang memahami tujuan penubuhan bank koperasi ini.
Ternakan Lembu Mempunyai potensi yang besar |
Wednesday, 5 July 2023
KERJA BERPASUKAN ELEMEN PENTING DALAM KEJAYAAN KOPERASI
Kerja Berpasukan yang saya faham ialah kita bekerja, bertindak secara bersama dan semua ahli faham apa tindakan dan kesan daripada tindakan yang kita ambil. Pastinya kerja berpasukan ini dibuat setelah semua ahli dalam kumpulan tersebut memahami hasrat bersama yang ingin dicapai melalui tindakan bersama yang diambil dan setiap ahli tersebut telah jelas peranan masing-masing. Ini bermakna telahada penjelasan yang jelas dan ada pembahagian tugas yang dipersetujui bersama.
Dalam koperasi, jelas elemen kerja berpasukan ini penting , selari dengan konsep koperasi. Lembaga perlu bertindak secara kumpulan / bersama dalam membuat keputusan. Jkuasa Audit Dalam juga secara bersama bertindak untuk menjaga kepentingan koperasi. Pasukan pengurusan juga yang diketuai oleh Pengurus Besar akan selalu berbincang untuk mengambil tindakan-tindakan yang telah diarah oleh lembaga koperasi. Dan akhirnya, anggota koperasi bersepakat dalam mesyuarat agung untuk meluluskan apa usul yang dibincangkan dan bersama memantau perkembangan koperasi mereka.. Jelas, elemen kerja berpasukan ini antara asas penting untuk memajukan koperasi. Juga , jika ada yang tidak disenangi oleh anggota, secara bersama juga melalui proses undang-undang dan peraturan , kita mengubah menjadi baik.
Isunya , Bagaimana kerja berpasukan ini boleh diterapkan. Pada pandangan saya, komunikasi berkesan, bermaklumat sangat penting supaya semua anggota faham tujuan hasrat yang diperjuangkan. Penggunan teknologi yang baik dapat dimanfaatkan untuk tujuan ini. Dan yang penting , kerja berpasukan ini mesti mematuhi peraturan yang ada.
Saturday, 29 April 2023
Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Mengikut subseksyen 39(1), Akta Koperasi, Mesyuarat Agung hendaklah diadakan dalam tempoh 6 bulan setelah berakhirnya tahun kewangan (akaun koperasi di tutup dan diaudit.) Jika akaun berakhir bulan Disember, maknanya mesyuarat agung perlu diadakan selewat-lewatnya bulan 6. Ini keperluan Akta Koperasi, jika gagal dilaksanakan koperasi boleh didenda, boleh disabitkan kesalahan dan membawa imej yang tidak baik kepada anggota-anggota koperasi.
Tujuan kita mengadakan mesyuarat agung tahunan ni adalah untuk menilai kembali kemajuan koperasi kita dan mencari jalan untuk memprbaiki jika ada kelemahan. Kelulusan mesyuarat agung diperlukan untuk meluluskan aturan baru dan polisi baru, yang akan menjadi panduan kepada lembaga pengarah koperasi untuk menguruskan koperasi untuk tahun yang mendatang.
Isunya kenapa koperasi-kopeasi lewat atau gagal untuk mengadakan mesyuarat agung tersebut, melalui pengalaman saya, antara sebabnya ialah:-
- tiada persiapan awal, termasuk akaun tidak diuruskan dengan baik, tidak kemaskini
- koperasi tidak aktif, lembaga kurang berjumpa, anggota tidak dapat dikesan
- lembaga tidak sehaluan, tiada sepakat menyebabkan tiada keputusan untuk mengadakan mesyuarat agung
- ingin menutup kelemahan atau kesilapan, lembaga koperasi tangguh mesyuarat agung supaya anggota-anggota koperasi tidak tahu apa yang berlaku
- tidak faham perundangan koperasi
Sunday, 9 April 2023
Salam Dari Pejabat Koperasi Serbausaha Makmur Bhd (KOSMA)
Mula dilantik sebagai Pentadbir Kosma pada 26 Mac tahun ini. Tujuan SKM melantik pentadbir apabila lembaga koperasi yang sedia ada dibubarkan . Byk sebab lembaga koperasi dibubarkan, Mengikut Seksyen 69 Akta Koperasi, antaranya lembaga koperasi telah memudaratkan koperasi, keadaan kewangan yang bahaya, tiada muafakat antara lembaga atau telah melanggar , engkar mematuhi Akta Koperasi
Mengikut taksiran orang yang dilantik sebagai pentadbir, akan bertindak bagi pihak Suruhanjaya untuk memulihkan keadaan koperasi dan serah semula kepada lembaga baru yang dilantik melalui mesyuarat agung yang akan diuruskan oleh Pentadbir.
Sesebuah koperasi hendaklah mengelak dari tindakan pembubaran lembaga sehingga dilantik seorang pentadbir. Untuk itu, semua pihak dalam koperasi iaitu barisan lembaga koperasi, pengurusan dan semua anggota koperasi mesti memainkan peranan yang sewajarnya. Jangan ada salah tadbir urus yang dijalankan. Kemaskini peraturan melalui kelulusan mesyuarat agung, sebagai panduan dan kelulusan untuk lembaga koperasi bertimdak.
Sebagai pentadbir, tentunya memerlukan kemahiran dan pengetahuan mengenai perjalanan sesebuah koperasi. Bagaimana nak mengawal anggota yang ramai, terutama jika koperasi itu sedang menghadapi isu yang besar. Pergeseran antara anggota yang berterusan. Keadaan aktiviti yang tidak diurus dengan baik, ada kebocuran sana sini. Matlamat koperasi tidak tercapai. Semuanya ini perlu kebijaksanaan pentadbir untuk meguruskannya sebelum diserahkan semula kepada lembaga koperasi yang baru.
Sunday, 12 March 2023
Gerakan Koperasi Boleh Membantu Membangunkan Masyarakat Madani
Berdasarkan harapan Perdana Menteri yang memperkenalkan konsep MADANI dalam membangunkan negara ini. Konsep ini telah dirangka
sebagai ikhtiar kerajaan untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan
berkesan. Negara – dan peradaban – yang kita citakan, dan akan bangunkan menerusi konsep M.A.D.A.N.I. - iaitu Mampan, sejahterA, berDaya cipta, saling menghormAti,
punyai keyakiNan dan bersifat Ihsan. Umumnya , pada pandangan saya konsep Masyarakat MADANI ini selari dengan konsep dan tujuan kita berkoperasi.
Dalam konsep koperasi, amalan nilai-nilai murni dalam penjalanan koperasi iaitu amanah, integreti, tanggungjawab bersama, tiada penindasan dan pembahagian yang adil melalui aktiviti yang dijalankan. Tujuan berkoperasi adalah untuk membantu sesama kita dan kebahagian bersama melalui pengurusan dan aktiviti yang koperasi jalankan. Koperasi akan pasif jika tiada kerjasama antara anggotanya. Setiap anggota mesti faham kenapa mereka menyertai koperasi.
Sejarah telah membuktikan bagaimana sesebuah koperasi itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anggota koperasi, menambahkan pendapatan mereka dan meningkatkan kerjasama serta perpaduan dalam masyarakat tersebut. Kita ambil contoh koperasi di Felda, bagaimana para peneroka bersatu dibawah koperasi, berlanggan dengan koperasi mereka dan koperasi menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan yang sewajarnya. Simpanan mereka meningkat melalui aktiviti koperasi.Koperasi juga telah menyediakan keperluan harian di kedai koperasi atau di stesyen minyak milik koperasi..
Isunya ialah bagaimana konsep koperasi ini mesti difahami dengan baik oleh masyarakt kita. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) perlu mengerakkan dan meningkatkan program-program pengembangan yang berterusan, dengan penglibatan bersama Institut Koperasi Malaysia (IKMA) dan Angkasa. Perlu ada dikalangan kita , para koperator yang selalu bercakap mengenai perkara ini.
Sunday, 8 January 2023
Peranan Koperasi Sekolah
Koperasi Sekolah di negara ini adalah antara yang terbaik di Dunia. Kejayaan ini diperolehi melalui kerjasama semua pihak khususnya sokongan Dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan kerajaan memperkenalkan Koperasi Sekolah ini antaranya :
- Untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai konsep Dan aktiviti koperasi
- Untuk memberi idea kepada para pelajar untuk memajukan diri melalui konsep koperasi apabila tamat persekolahan nanti
- Untuk kita mendedahkan pengurusan perniagaan termasuk pengurusan kewangan
- Untuk meningkatkn kerjasama Dan perpaduan dikalangan mereka tanpa mengira kaum Dan ugama
Namun , saya berpandangan ada berapa kelemahan yg telah dibangkitkan antaranya: Dan boleh kita perbaiki
- beban tugasan guru yang menjaga koperasi
- pertindihan aktiviti antara kantin sekolah dengan kedai koperasi
- para pelajar hanya menjadi jurujual Dan kurang penglibatan dalam pengurusan perniagaan koperasi
- Masih kurang kefahaman tentang konsep dan prinsip koperasi
- kurangnya garis panduan dalam pengurusan perniagaan koperasi Sekolah, perlu dikemaskini garis panduan sedia ada,
Tuesday, 3 January 2023
Selamat Tahun Baru 2023
Salam Gerakan Koperasi, lama juga saya tidak menulis. Dah bersara bermula 30 November 2022 yang lalu, dah ada masa ni boleh lah update blog saya ni. Sedih juga meninggalkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia,, 37 tahun berkhidmat membangunkan Gerakan Koperasi dalam negara ini, jawatan terakhir sebagai Pengerusi Eksekutif SKM. Sebagai Pengerusi Eksekutif, saya mempuntai dua peranan besar iaitu sebagai pengerusi lembaga SKM dan dalam masa yang sama sebagai Ketua Pengurusan SKM.
- tekankan penyeliaan berkesan oleh pegawai skm terhadap koperasi yang diselia
- naikkan taraf penggunaan IT dalam skm dan pengurusan koperasi
- kemaskini semula prosedur dan garis panduan yang tidak sesuai
- perbaiki dan tingkatkan kebajikan kakitangan skm
- penubuhan dan memantapkan federasi koperasi, iaitu kumpulan koperasi dalam aktiviti yang sama, supaya ada peningkatan aktivii dan hubungan antara koperasi
- tingkatkan hubungan antara agengsi kerajaan untuk pembangunan koperasi