Sunday, 21 July 2013

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Pulau Pinang

Dalam minggu ni berkesempatan melawat kop perumahan tunas muda  sungai ara pulau pinang' terpegun dgn kemajuan koperasi ini yang mampu beri rumah percuma kepada setiap anggotanya, disamping memberi imbuhan kewangan untuk 3 bulan, khususnya untuk sambutan hari raya akan datang, Petua kejayaan ialah komitmen sepenuhnya barisan lembaga dan pengurusan koperasi secara profesional. 
Bukan mudah untuk dapat rumah percuma di Pulau Pinang, mustahil sebenarnya tetapi koperasi ini telah membuktikan kebolehannya. Sokongan anggota terhadap koperasi sangat padu. Sehingga kini sebanyak 8,200 unit rumah yg telah berjaya koperasi ini bangunkan. Keuntungan jualan rumah kepada bukan anggota membolehkan pendapatan yang lumayan kepada koperasi' balik kepada anggota dengan pemberian rumah bernilai rm 300 ribu dgn prrcuma.
projek perumahan koperasi di Pulau pinang

Sunday, 14 July 2013

Persepsi Salah

Pada pandangan saya, antara kelemahan masyarakat kita terhadap koperasi ialah mereka mempunyai persepsi atau pandangan yang salah mengenai gerakan koperasi ini dalam minda setengah daripada masyarakat kita. Bila tanya apa yang dipaham mengenai koperasi , antara jawapan negetifnya ialah:-

  • koperasi ni hanya nak kayakan setengah orang tertentu sahaja
  • koperasi payah nak berjaya , sebab bila duit dah banyak akan berlaku pertikaian antara lembaga atau dengan anggota , kerana nak rebutkan jawatan penting dalam barisan lembaga dan dapat imbuhan yang lumayan
  • koperasi tak boleh pergi jauh sebab payah dan lambat buat buat keputusan
  • koperasi payah nak berjaya sebab tiada modal  dan sebagainya
  • aktiviti pinjaman meminjam bolehlah koperasi buat sebab ada potongan BPA, kalau tiada BPA payah koperasi kredit ni nak hidup
Ini jawapan diatas adalah persepsi yang salah, hanya kerana berlaku satu  dua kes yang di atas, setengah masyarakat nak buat kesimpulan yang salah dan menyeluruh. Sebenarnya banyak koperasi yang berjaya, dari modal kecil hingga mempunyai aset yang banyak. Rujuk web koperasi dalam internet ni banyak contoh yang diberikan.Kopearsi tentera kita, koperasi kakitangan kerajaan kita, koperasi perladangan dan koperasi pengguna banyak yang telah berjaya. Bahkan negara maju juga berjaya dalam bidang koperasi ni hingga memberi sumbangan yang besar dalam KNK mereka.
Masyarakat perlu diberi penerangan yang jelas mengenai konsep dan kejayaan koperasi kita. Tingkatkan program kesedaran dan promosi, contohnya  sambutan Hari Koperasi Negara setiap tahun merupakan langkah yang baik dan mesti dipromosikan. 

Tuesday, 9 July 2013

Isu kawalan koperasi

Bank Negara telah mengarahkan semua institusi kewangan termasuk koperasi memberi pinjaman kepada anggotanya dalam tempoh 10 tahun, bukan sekarang ada yang 15 tahun dan ada yang 20 tahun. Isu timbul, patut ke Bank Negara mengawal juga tempoh masa pinjaman yang koperasi beri kepada anggotanya kerana  koperasi telah dikawal oleh Akta Koperasi.
Bank negara mengawal antara tujuannya ialah pinjaman tempoh yang lama telah banyak menyusahkan rakyat,dengan kos pinjaman yang tinggi,  ramai yang terperangkap dalam putaran kehutangan. Ini memang sepatutnya dikawal.
Pada pandangan saya, jika perjalanan koperasi itu berjalan mengikut falsafah yang sebenar, antaranya anggota terlibat dalam membuat keputusan secara bersama, isu penindasan kepada anggota (peminjam) tidak akan berlaku. Kerana konsep koperasi mereka adalah tuan punya, tak akan pulak mereka nak menindas diri mereka sendiri. Ini agaknya masalah dalam koperasi kita yang mana anggota hanya bertindak sebagai pengguna sahaja, mereka tak tau apa yang berlaku dalam koperasi mereka yang akhirnya segelintir anggota (lembaga dan pengurusan) yang menguruskan koperasi tanpa memikirkan pandangan atau masalah anggota lain yang pasif ini.
Itu sebab, salah satu prinsip koperasi ialah pendidikan anggota. Ini penting untuk meningkat kesedaran anggota mengenai hak dan tanggungjawab bersama , isu ekonomi semasa mesti difahami oleh anggota melalui pendidikan anggota ini. Ini juga halangan kita kerana fokus pendidikan anggota ini masih kurang ditekankan.

Sunday, 7 July 2013

Modal Koperasi

Isu modal atau dana perniagaan dalam koperasi ini saya ada sentuh dulu. Ada yang bertanya,di mana koperasi boleh mendapatkan modal dan kenapa koperasi kecil khususnya tidak cukup modal perniagaan. Pada pandangan saya, koperasi ini macam juga badan perniagaan yang lain ,urusan  perniagaan nya macam juga syarikat-syarikat perniagaan yang telah berjaya, cuma kaedah kita buat keputusan tu lain iaitu mengikut kaedah koperasi. Bukan buat keputusan secara persendirian macam syarikat sendirian Berhadi. Ini bermakna , perjalanan perniagaan koperasi macam badan perniagaan yang lain juga, iaitu perlu ada modal, perlu ada perancangan perniagaan,, perlu ada rekod-rekod kewangan dan akaun yang kemasklini dan perlu ada pengurus dan pekerja.
Mana datangnya modal koperasi. Banyak punca antaranya:-