Bank Negara telah mengarahkan semua institusi kewangan termasuk koperasi memberi pinjaman kepada anggotanya dalam tempoh 10 tahun, bukan sekarang ada yang 15 tahun dan ada yang 20 tahun. Isu timbul, patut ke Bank Negara mengawal juga tempoh masa pinjaman yang koperasi beri kepada anggotanya kerana koperasi telah dikawal oleh Akta Koperasi.
Bank negara mengawal antara tujuannya ialah pinjaman tempoh yang lama telah banyak menyusahkan rakyat,dengan kos pinjaman yang tinggi, ramai yang terperangkap dalam putaran kehutangan. Ini memang sepatutnya dikawal.
Pada pandangan saya, jika perjalanan koperasi itu berjalan mengikut falsafah yang sebenar, antaranya anggota terlibat dalam membuat keputusan secara bersama, isu penindasan kepada anggota (peminjam) tidak akan berlaku. Kerana konsep koperasi mereka adalah tuan punya, tak akan pulak mereka nak menindas diri mereka sendiri. Ini agaknya masalah dalam koperasi kita yang mana anggota hanya bertindak sebagai pengguna sahaja, mereka tak tau apa yang berlaku dalam koperasi mereka yang akhirnya segelintir anggota (lembaga dan pengurusan) yang menguruskan koperasi tanpa memikirkan pandangan atau masalah anggota lain yang pasif ini.
Itu sebab, salah satu prinsip koperasi ialah pendidikan anggota. Ini penting untuk meningkat kesedaran anggota mengenai hak dan tanggungjawab bersama , isu ekonomi semasa mesti difahami oleh anggota melalui pendidikan anggota ini. Ini juga halangan kita kerana fokus pendidikan anggota ini masih kurang ditekankan.
No comments:
Post a Comment