Isu modal atau dana perniagaan dalam koperasi ini saya ada sentuh dulu. Ada yang bertanya,di mana koperasi boleh mendapatkan modal dan kenapa koperasi kecil khususnya tidak cukup modal perniagaan. Pada pandangan saya, koperasi ini macam juga badan perniagaan yang lain ,urusan perniagaan nya macam juga syarikat-syarikat perniagaan yang telah berjaya, cuma kaedah kita buat keputusan tu lain iaitu mengikut kaedah koperasi. Bukan buat keputusan secara persendirian macam syarikat sendirian Berhadi. Ini bermakna , perjalanan perniagaan koperasi macam badan perniagaan yang lain juga, iaitu perlu ada modal, perlu ada perancangan perniagaan,, perlu ada rekod-rekod kewangan dan akaun yang kemasklini dan perlu ada pengurus dan pekerja.
Mana datangnya modal koperasi. Banyak punca antaranya:-
Ø Koperasi ini milik anggota, milik ramai maka punca modal utama mesti datang dari anggota sendiri, samada dalam bentuk bayaran saham, yuran, deposit anggota, simpanan tertentu dan sebagainya.
Ø Keuntungan terkumpul juga merupakan modal koperasi, kumpulan wang rezab yang disimpan dalam bank tu patut digunakan untuk kembangkan perniagaan koperasi. Ada koperasi ambil risko rendah simpan sahaja dalam simpanan tetap di bank-bank tetapi jika mereka bijak menggunakan sebagai modal perniagaan, pulangannya lebih berganda.
Ø Koperasi juga boleh meminjam dari bank dan mana-mana syraikat kewangan, selalunya cagaran asset akan diminta. Dalam hal ini, pengurusan koperasi kena bijak memikirkan bagaimana pinjaman tersebut mampu dibayar, jika tidak hilang aset koperasi.
Ø Koperasi juga boleh menjalankan kerjasama dengan lain-lain koperasi yang mempunyai modal, atau kerjasama perniagaan dengan syarikat-syarikat perniagaan yang lain
Ø Kerajaan juga ada menyediakan modal pinjaman melalui Tabung Modal Pinjaman Koperasi yang diuruskan oleh SKM, selain dari bantuan dana perniagaan yang disediakan oleh kerajaan.
Tetapi yang paling utama, sebaik-baiknya modal perniagaan itu datang dari anggota-anggota koperasi kerana kos pinjaman sudah tentu lebih rendah dan ada kawalan oleh anggota-anggota
No comments:
Post a Comment