Friday, 17 October 2014

PENGANTUNGAN LEMBAGA KOPERASI

"Seksyen 47 Akta Koperasi menyatakan , Jika mana-mana prosiding dimulakan terhadap seseorang pegawai koperasi (anggota lembaga atau kakitangan)  berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh daftar atau sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, maka

 (a) Lembaga koperasi itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi itu; dan

 (b) jika pegawai itu ialah juga pegawai Lembaga mana-mana koperasi yang lain, Lembaga koperasi yang satu lagi itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi
pegawai koperasi yang satu lagi itu, dari masa dia mula-mula dipertuduh di mahkamah hingga selesai dengan muktamadnya prosiding terhadapnya, termasuk apa-apa prosiding selanjutnya dalam bentuk rayuan, dan dia hendaklah dengan itu berhenti menggunakan apa-apa hak atau melaksanakan apa-apa fungsi atau tugas berkenaan dengan jawatan itu dan dia tidak boleh menerima apa-apa saraan berkenaan dengan jawatan itu sepanjang tempoh penggantungan itu." 

Ini bermakna jika ada lembaga koperasi yang telah mula didakwa di mahkamah, maka lembaga hendaklah membuat keputusan mengantung anggota lembaga tersebut sehingga kesnya selesai di mahkamah. Tujuan gantung tersebut antaranya bertujuan :-
  • supaya anggota lembaga tersebut dapat menumpukan perhatian untuk membersihkan namanya
  • supaya koperasi tidak menghadapi masalah jika anggota lembaga tersebut disabitkan kesalahan
  • supaya menjadi pengajaran kepada semua kakitangan dan anggota lembaga koperasi berhati-hati dalam menguruskan koperasi mereka.

Thursday, 18 September 2014

Koperasi terbaik 2013

Diantara senarai koperasi yang terbaik pada tahun lepas, sempena Hari Koperasi Negara 2014 :-

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
- koperasi ini terlibat dalam berbagai pelaburan bernilai berjuta-juta ringgit

KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA BERHAD
- terlibat dalam aktiviti perumahan

KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERHAD
- aktiviti utama memberi pinjaman kepada anggota yang terdiri dari anggota tentera

KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BERHAD
- aktiviti pembangunan tanah dan pemasaran input pertanian, serta kerja kontrak

KOPERASI NLFCS BERHAD
- aktiviti perladangan

ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
- koperasi apex

KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD
- aktiviti pelaburan, hartanah dan pinjaman

Sesebuah koperasi ditakrifkan sebagai Koperasi Terbaik di Malaysia apabila koperasi berkenaan mencapai tahap prestasi kewangan (perolehan, aset dan ekuiti), perniagaan, pengurusan dan pematuhan perundangan yang memuaskan mengikut piawaian (standard) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan diselaraskan dengan kriteria yang digunapakai oleh
International Co-operative Alliance (ICA).



Sunday, 24 August 2014

Koperasi Sebagai Entiti PKS



KUALA PILAH, 23 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedia mengkaji cadangan mengiktiraf koperasi sebagai sebuah entiti yang didefinisikan sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi membolehkan koperasi menikmati pakej insentif dan keistimewaan setaraf dengan sektor PKS. Langkah ini sejajar dengan perkembangan aktiviti ekonomi koperasi berteraskan perniagaan sederhana kecil yang perlu disokong bagi meningkatkan daya saing mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Hari Koperasi Negara 2014 di sini.
 Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan. Hari Koperasi Negara bertema 'Memperkukuh Kerjasama Memperkasa Ekonomi' menyaksikan lebih 10,000 ahli koperasi seluruh negara dan pengunjung memenuhi Stadium Mini di sini. Muhyiddin turut menyeru Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengadakan kajian semula pencapaian Dasar Koperasi Negara 2011-2012 sejajar dengan kehendak persekitaran pasaran yang sentiasa dinamik.
 "Kajian semula ini perlulah mengambil kira perancangan dan pelaksanaan projek dan program pembangunan koperasi secara lebih agresif, inklusif dan komprehensif. "Ini termasuklah merancang peruntukan secukupnya dan menambah baik pakej insentif bagi memberi ruang dan peluang yang saksama untuk koperasi menceburi pelbagai bidang perniagaan".

Wednesday, 19 March 2014

Bagaimana nak meningkatkan perniagaan koperasi

Soalan yang sering ditanya , bagaimana kita sebagai lembaga koperasi berusaha untuk meningkatkan perniagaan koperasi. Apabila perniagaan meningkat, pendapatan koperasi akan meningkat, pulangan dalam bentuk rebet dan dividen kepada anggota koperasi juga akan meningkat. Pendapatan boleh belanja anggota koperasi akan meningkat. Permintaan dalamanan atas produk dan perkhidmatan juga akan meningkat..dan negara akhirnya meningkat KDNK kita. Makmur MALAYSIA. Bagaimana kita nak meningkatkan perniagaan koperasi ini. Antaranya , pada pandangan saya:=
  • koperasi mesti ada aktiviti utama yang mampu menyumbang kepada peningkatan pendapatan koperasi
  • aktiviti utama itu hendaklah mempunyai pelangan, pengguna yang ramai, atau mempunyai permintaan yang baik terutama dari kalangan anggota
  • koperasi mesti ada perancangan perniagaan yang baik, yang difahami oleh semua lembaga dan pengurusan koperasi
  • semua lembaga dan pengurusan kopeasi memahami dan sedar objektif perniagaan koperasi
  • paling utama, modal dan pengurusan kewangan yang baik
  • Peraturan / garis panduan koperasi dan proses yang jelas dalam kopeasi untuk setiap aktiviti
  • prinsip kerjasama antara koperasi perlu ditingkatkan
Sudah sampai masanya koperasi diurus secara profesional/ Lembaga memantau.


Friday, 14 March 2014

Dividen Bank Rakyat 15%

Bank Rakyat mengisytiharkan dividen tunai 15 peratus membabitkan pembayaran berjumlah RM446 juta kepada 950,000 ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.
Pengagihan dividen lumayan itu susulan keputusan kewangan memberangsangkan yang dicatatkan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu, yang merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM2.13 bilion pada tahun lalu. 

Sepanjang 2013, bank merekodkan peningkatan 3.6 peratus atau RM2.05 bilion dalam baki pembiayaan kepada RM58.81 bilion. Pembiayaan konsumer pula bertambah RM2.62 bilion kepada RM52.85 bilion berbanding RM50.23 bilion pada 2012. 
Sementara itu, pemberian dividen 15 peratus itu adalah tinggi walaupun kurang satu peratus berbanding 2012 iaitu 16 peratus, ditambah dua peratus pemberian bonus kerana ia mengambil kira situasi bank dalam keadaan ekonomi semasa.

Monday, 3 March 2014

Harga Barang Naik ..apa peranan koperasi kita


 Pada pandangan saya inilah masanya koperasi menjalankan program kesedaran dengan anggota-anggota masing. Kumpulkan anggota-anggota koperasi dan kita memberi penerangan kepada anggota kita mengenai konsep jimat cermat dan berhemah berbelanja. Sebaiknya koperasi mencari jalan untuk berniaga dengan anggota mereka, dengan ini harga barangan boleh dikawal,


Syariah dalam aktiviti koperasi

Koerasi sudah sampai masanya untuk patuh kepada konsep syariah terutama segi produk yang akan ditawarkan kepada anggota-anggotanya. Koperasi perlu mengadakan majlis syariah masing masing yang dianggotai oleh mereka yang pakar dalam bidang ini' Majlis ini akan memberi nasihat dan arahan kepada lembaga koperasi. Koperasi mesti menyediakan tatacra untuk menjalankan konsep syariah ini. Saya rasa sudah sampai masanya SKM memberi nasihat dalam bidang ini. Berkat dalam kehidupan dengan diredai oleh Allah merupakan matlamat kita. Selan itu, nasihat juga boleh didapatkan dari Bank Negra yang telah mahir dalam bidang ini.

Monday, 17 February 2014

Kekuatan Anggota Adalah Kekuatan Koperasi

Ramai yang bertanya dimanakah sebenarnya kekutan sesebuah koperasi itu. Pada pandangan saya, kekuatan sesebuah koperasi itu bergantung kepada komitmen anggota-anggotanya, yang faham maksud mereka berkoperasi. Anggota merasai kepunyaan dalam koperasi tersebut. Ada komunikasi yang jelas antara anggota bersama lembaga koperasi, mereka sepatutnya saling memahami arah tuju koperasi mereka.
Kegagalan setiap anggota memainkan peranan dalam mengawal, berlanggan dan memberi modal akan membawa koperasi mereka lari dari sifat sebuah koperasi yang tulin. Anggota yang berkualiti akan memberi impak koperasi yang berkualiti.
Banyak contoh dimana jika anggota gagal memgambil tahu perjalanan koperasi mereka, hanya serah pada lembaga, koperasi mereka akhirnya lingkup, banyak hutang dan tak mampu nak bayar balik saham anggotanya. bayar dividen jauh sekali. Apabila mereka sedar, mungkin sudah terlambat untuk memulihkan koperasi tersebut.
Oleh itu, setiap koperasi kena memastikan:-

  • setiap anggota terlibat dalam aktiviti koperasi
  • wujudkan media komunikasi yang jelas, gunakan teknologi terkini
  • wujudkan sistem maklumbalas yang berkesan

Sunday, 26 January 2014

Garis Panduan SKM

SKM dari masa kesemasa telah mengeluarkan garis panduan untuk menjadi panduan dan peraturan kepada Gerakan Koperasi, Garis Panduan yang dikeluarkan adalah selari dengan maksud Akta Koperasi. Garis Panduan ini menjelaskan bagaimana seksyen dalam Akta tersebut boleh dikuatkuasakan. Ianya akan menjadi panduan kepada gerakan koperasi dan juga pegawai penyelia dari SKM. Dalam Akta Koperasi, seksyen 86B menjelaskan kuasa SKM untuk mengeluarkan Garis Panduan :

86B. Kuasa untuk mengeluarkan arahan, garis panduan, dll.

(1) Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis 
berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini termasuk perkara yang dinyatakan dalam Jadual  yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kuat kuasa sepenuhnya kepada atau untuk menjalankan  mana-mana peruntukan Akta ini.

Isunya ada koperasi yang berpendapat Garis Panduan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan kerana ianya tidak diwartakan atau tidak dimasukkan dalam senarai kesalahan am dalam seksyen 91 Akta Koperasi.  Pada pandangan saya kuasa SKM itu telah jelas mengikut seksyen 86B  tersebut. Bahkan ianya telah banyak membantu koperasi yang pengurusannya  jujur dan amanah, dan mendapat kepujian  dari koperasi-koperasi tersebut. Mungkin , ada setengahnya garis panduan tersebut agaknya mengekang koperasi untuk berdaya maju, dan ini boleh dikaji semula. Saya cadangkan koperasi-koperasi ini memaklumkan semula kepada SKM garis panduan yang mana telah mengekang kemajuan koperasi mereka supaya dipinda, Beri cadangan bagaimana untuk meminda supaya menjadi garis panduan yang baik.