Friday 14 March 2014

Dividen Bank Rakyat 15%

Bank Rakyat mengisytiharkan dividen tunai 15 peratus membabitkan pembayaran berjumlah RM446 juta kepada 950,000 ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.
Pengagihan dividen lumayan itu susulan keputusan kewangan memberangsangkan yang dicatatkan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu, yang merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM2.13 bilion pada tahun lalu. 

Sepanjang 2013, bank merekodkan peningkatan 3.6 peratus atau RM2.05 bilion dalam baki pembiayaan kepada RM58.81 bilion. Pembiayaan konsumer pula bertambah RM2.62 bilion kepada RM52.85 bilion berbanding RM50.23 bilion pada 2012. 
Sementara itu, pemberian dividen 15 peratus itu adalah tinggi walaupun kurang satu peratus berbanding 2012 iaitu 16 peratus, ditambah dua peratus pemberian bonus kerana ia mengambil kira situasi bank dalam keadaan ekonomi semasa.

No comments:

Post a Comment